MASALAH JEREBU: RAKYAT ATAU PELANCUNG YANG PENTING?

Mengapa kerajaan bertindak kejam dengan tidak menyiarkan Indeks Pencemarahan Udara (IPU) semasa negara sedang dilanda jerebu sekarang? Pada tahun 1997 apabila negara dilanda jerebu, pada tiap tiap hari disiarkan IPU tapi sekarang walaupun jarak penglihatan ternyata beberapa meter sahaja, kerajaan mengambil sikap senyap sepi. Bukankah IPU ini penting khususnya pada orang orang yang mempunyai masalah kesihatan? Mengapa secara tiba tiba kerajaan yang kononnya prihatin tidak lagi sensitif dan tidak kisah terhadap kebajikan rakyat jelata sehingga sanggup tidak menyiarkan IPU?

Ramai yang berkunjung sekarang ke klinik untuk mendapat rawatan khususnya berhubung dengan masalah respiratori. Tua dan muda! Yang kesihannya kanak kanak yang mengidap penyakit lelah! Kadang kala pucat dan biru dibuatnya! Ada pesakit yang datang untuk mendapat rawatan sakit mata. Ada yang komplain sakit kepala dan muntah muntah. Yang jelas ialah jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan bertambah sejak kebelakangan ini. Cuaca panas dan keadaan berjerebu dengan udaranya yang tercemar dan tidak sihat menjadi punca masalah ramai yang  jatuh sakit!

Kerajaan yang prihatin dan sensitif pada kesahjeteraan rakyatnya sudah tentu tidak akan bersikap seperti apa yang berlaku sekarang. Sengaja IPU tidak dilaporkan walhal keadaan di luar dengan jelas menunjukkan ujudnya jerebu. Takkanlah rakyat buta? Penglihatan hanya di jarak beberapa meter sahaja. Pada siang hari, bangunan bangunan pencakar langit di bandararaya KL nampak samar samar sahaja kerana ditenggelami oleh asap jerebu dengan udaranya yang kurang sihat! Adakah kerana takutkan jerebu ini boleh menjejaskan kedatangan pelancung pelancung sehingga kepentingan dan kebajikan rakyat sendiri boleh dikorbankan?? Sanggup melihat majoriti rakyatnya menderita semata mata ekonomi punya pasal! Mana prioriti kerajaan? Rakyat penting atau pelancung penting?

TV3 langsung tak buat sebarang laporan mengenai insiden jerebu yang sedang melanda negara sekarang. Sengaja buat tak tahu. Takkanlah jurukamera TV3 buta tak nampak jerebu ni? Dulu pada tahun 1997, bukan main lagi tiap tiap hari ada laporan mengenai jerebu tapi kali ni, hairan juga, tiba tiba TV3 setakat ini tak buat sebarang laporan!! Macam ada arahan dari orang orang tertentu! Nak tunggu  juruterbang komplain susah nak buat pendaratan atau sebuah pesawat tergelincir baru nak buat laporan?? Atau berlakunya epidemik masalah respiratori kronik di kalangan rakyat negara ini barulah sibuk nak buat laporan?  Sekurang kurangnya, siarkanlah IPU supaya kanak kanak khususnya tidak bermain lama di luar supaya tidak terdedah pada udara yang tercemar dan kurang sihat!

Apalah nak jadi dengan kerajaan sekarang sehinggakan perkara penting macam ini yang boleh menjejaskan kesihatan rakyat jelata pun cuba nak disorokkkan. Benda yang rakyat nampak dan alami pun cuba nak disorokkan. Bayangkan yang rakyat tak nampak!! Nyata sekali kerajaan yang diterajui oleh UMNO ni dah teruk sangat! Kepentingan dan kebajikan rakyat jelata langsung tak diperdulikan. Betul seperti yang dikatakan oleh ramai orang, hanya kepentingan anak pinak dan kroni kroni sahaja yang dipentingkan!

Biar ramai rakyat menderita jatuh sakit tak mengapa pada mereka. Yang mereka  pentingkan sekarang ialah pelancung asing bukan rakyat!

DOKTOR  SWASTA