SATU LAGI KEKEJAMAN TERHADAP BUMIPUTERA

Dari sumber sumber dalaman, sebuah syarikat milik penuh bumiputera kini ditekan dan dianiaya oleh regim Daim dan kuncu kuncunya. Syarikat Lankhorst sebuah syarikat kontraktor milik anak anak Melayu yang berwibawa, kini menghadapi masalah kesulitan kewangan disebabkan oleh tekanan tekanan dari perbendaharaan!

Semasa DSAI menerajui kementerian kewangan, syarikat ini ialah diantara syarikat syarikat bumiputera yang disenaraikan sebagai salah satu syarikat berwibawa yang dianggap layak menerima kontrak  kontrak kerajaan. Kontrak kontrak diberi kepada syarikat seperti ini bukan atas dasar kroni tetapi atas dasar kebolehan, kewibawaan  dan kemampuan syarikat milik penuh bumiputera ini untuk melaksana dan menyiapkan sesuatu projek.

Pada satu ketika dulu syarikat ini dipengerusikan oleh Dato Kamaruddin Jaafar tapi setelah DSAI dipecat, demi kesejahteraan syarikat tersebut supaya ia tidak dianiaya, Dato KJ terpaksa mengundur diri  dan digantikan dengan seorang pengerusi yang baru. Sayangnya, pengerusi yang baru ini tidak disenangi oleh Daim dan tidak dapat bertahan lama dan digantikan pula dengan seorang yang disenangi  Daim. Dalam masa beberapa bulan sahaja kerusi pengerusi dah tiga kali ganti!!

Yang peliknya, walaupun syarikat ini sudah melaksanakan kerja kontraknya di PutraJaya dengan sempurna, tapi sehingga hari ini, pembayaran untuk kerja yang telah siap masih ditahan lagi. Kezaliman terhadap syarikat bumiputera ini ialah atas  arahan Daim! Disebabkan ini, syarikat ini sekarang menghadapi masalah cash flow dan gaji pekerja pekerja terpaksa ditahan seketika. Ramai juga jurutera jurutera dan eksekutif eksekutif syarikat yang terpaksa dihentikan kerja dan yang sedihnya, kebanyakkan mangsa mangsa ini ialah anak anak Melayu belaka!

Memandangkan kekejaman dan tindakan tindakan tidak berperikemaknusiaan yang makin rancak dilakukan, marilah  kita dedahkan segala  kekejaman menteri kewangan yang baru ini terhadap syarikat syarikat anak anak Melayu yang berwibawa dan berkaliber. Demi kebenaran dan keadilan, kita sepatutunya jangan gentar dengan ugutan ugutan Daim dan kuncu kuncunya! Sanggupkah kita melihat satu persatu  syarikat syarikat anak anak Melayu hancur dikerjakan oleh Daim dan kuncu kuncunya??

ALLAHUAKHBAR!

AHLI KORPORAT