Mahathir Mendedahkan Kelemahan Sistem Pentadbiran Kerajaan

Didalam ruangan akhbar Berita Harian bertarikh 14 Ogos 1999, mukasurat 2,  dibawah tajuk: “Pendedahan dokumen tidak jejas BN:Mahathir”, dengan kuasa  Allah S.W.T, Mahathir secara terus-terang telah mendedahkan kelemahan beliau serta sistem pentadbiran dibawahnya.  Mari kita merenung serta berfikir sejenak beberapa kenyataan dari si Mahathir.

1.      “Pendedahan dokumen kerajaan tidak akan menjejas BN menjelang pilihanraya umum akan datang.”

Selalunya, mengikut logik, orang yang dirinya terjejas akan menyatakan  sebaliknya kerana ingin menutup kelemahan diri sendiri. Mengenai dokumen  sulit kerajaan yang diambil oleh D.S. Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa sistem pentadbiran Mahathir adalah lemah kerana bekas TPM boleh membawa keluar rahsia kerajaan sewenang-wenangnya tanpa diketahui olehnya. Adakah kita rakyat Malaysia mahu diperintah oleh seseorang yang lemah sehinggakan  rahsia kerajaan boleh dibawa keluar negara??? Berkenaan rahsia kerajaan itu, saya yakin D.S Anwar mengambil langkah yang bijak kerana semua dokumen itu akan mendedahkan bukti-bukti penyelewengan kerajaan terhadap amanah rakyat.

2.      “Saya tidak fikir pengundi akan memilih orang yang menipu kerajaan ketika dalam kerajaan.”

Kenyataan diatas dengan jelasnya menunjukkan penipuan kakitangan kerajaan di  dalam kerajaan Malaysia serta kenyataan di atas juga dengan secara tidak  langsung, Mahathir mengajak Semua rakyat mengundi Barisan Alternatif.

3.      “…Orang yang suka buat konspirasi ini selalu sangka orang lain buat kerja macam itu.”

Masa mula D.S Anwar dipecat, Mahathir mengatakan bahawa Anwar mempunyai akhlak rendah, meli**t Azizan dan Sukma.  Kini bila semua orang yakin D.S  Anwar tidak bersalah, Mahathir mengalih tumpuan mengatakan Anwar  berkonspirasi terhadapnya.  Dia seolah meniru kenyataan Anwar yang mana orang ramai yakin bahawa ada konspirasi pihak tertinggi untuk
menjatuhkan Anwar. Disini, Mahathir menggunakan taktik ‘reverse psychology’ dimana kenyataan diatas yang sebenarnya mengatakan sememangnya wujud konspirasi menjatuhkan Anwar.

4.      “Kita boleh panggil pilihanraya bila-bila masa, tetapi soalnya ialah kita tidak mahu membazir.”

Semenjak bila Mahathir tahu pasal membazir?  Bila nak buat projek mega-mega,  dia anggap tak membazir.  Dia kata rakyat nanti yang untung.  Sebagai  contoh, apa untungnya Sirkit Formula 1 Sepang tu?  Tapi bila nak tunaikan  hak rakyat dia anggap membazir. Kenyataan diatas juga menunjukkan sikap sombong, bongkak dan takburnya  dengan menyatakan boleh panggil pilihanraya bila-bila masa.  Saya yakin sahabat semua dah jemu dan mual berkenaan kenyataan Mahathir nak buat  pilihanraya bila-bila masa.  Rakyat Malaysia CABAR Mahathir untuk buat  pilihanraya dalam masa terdekat ini.  Insyallah, Allah akan menolong orang yang menegakkan Islam secara total.

5.      “Pas memanggil Kubang Pasu sebagai ‘Kubang Pas’ selepas menggugurkan huruf ‘u’ kerana orang Pas suka duduk dalam kubang.”

Mengikut statistik dan kajian yang dijalankan, sememangnya rakyat Kubang Pasu akan memilih kerajaan Barisan Alternatif yang diketuai oleh PAS.  Tidak menjadi kesalahan kalau nama Kubang Pasu diberi gelaran ‘Kubang Pas’. Ini menunjukkan kelemahan Mahathir sendiri didalam memimpin rakyat tempat beliau  membawa kemajuan. Berkenaan orang Pas suka duduk dalam kubang tidak menjadi masalah kerana  orang UMNO bergelumang dalam ‘S@#T’.  Duduk dalam kubang bila keluar
mandi  bersih kembali , tapi kalau duduk bergelumang dalam ‘S%^T’, tuang minyak wangi sebotol baunya masih melekat.

Oleh itu, ingatlah pesan Rasullullah S.W.T agar menegakkan keadilan dan mencegah yang mungkar.  Akhir sekali saya ada satu petikan dibawah dalam  filem animasi ANTS buat renungan sahabat sekelian.

“FIRST RULE OF LEADERSHIP IS THAT EVERYTHING IS YOUR FAULT”
 

Pencinta Kedamaian – ADIL4ALL