Mimpi Ngeri Buat PM

Pendedahan bersiri yang dibuat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim benar-benar menjadi mimpi ngeri buat Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad. Anwar, yang pernah menjadi orang nombor dua paling berkuasa  malah pernah memangku jawatan Perdana Menteri selama eman bulan tentunya mengetahui segala rahsia kerajaan. Beliau yang sekian lama mengawal khazanah negara mempunyai cukup maklumat tentang aliran wang negara. Malah jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Menagani Penyelewengan ketika dalam kerajaan dulu menjadikan segala rahsia penyelewengan menteri-menteri dan orang
kuat kerajaan dalam genggaman beliau

Bagi menutup pembogelan ini, maka Mahathir dan juak-juaknya mengambil kesempatan dari kenyataan Ezam, bahawa DSAI ada menyimpan berkotak-kotak dokumen tentang penyelewengan itu di luar negeri. Mereka cuba alihkan fikiran rakyat dari berfikir tentang penyelewengan  kepada pertamanya, satu jenayah yang kononnya dibuat oleh DSAI iaitu membocorkan maklumat kerajaan dan keduanya kaitan dengan 'luar negara'; kononnya DSAI telah jadi talibarut asing.

Riuh-rendah para pembodek Mahathir membuat ulasan. Tetapi mereka lupa:

1. OSA itu sendiri adalah akta draconian. Akta yang dekan kebebasan bersuara. Bila maklumat disekat, maka kebebasan bercakap dicabul. Osa bermakna rejim pemerintah boleh menyembunyikan segala-galanya dari rakyat. Buatlah apa saja, rakyat tak berhak tahu. Kalau ada yang dedahkan  penyelewengan- dia akan dihukum. Huh ZALIMNYA

2. Dokumen itu tentang keselamatan negara atau KESELAMATAN MAHATHIR DAN KUNCU-KUNCUNYA? Kalau berkaitan dengan keselamatan negara, takkanlah DSAI akan membocorkannya.

3. Kenapa simpan di luar negara? Semua orang tahu polis Malaysia akan BUAT APA SAJA untuk pastikan rejim Mahathir kekal berkuasa. So kalau simpan dalam negara pasti segala kejahatan dan jenayah Mahathir, Daim dan kuncu-kuncu mereka tak boleh di dedahkan.

Jadi, saya cadang;

1. Barisan Alternatif atau GERAK kena all out kempen MENENTANG OSA macam kempen menentang ISA dulu
2. Ezam dan rakan-rakan mesti pertahankan terus kebenaran
3. HARAKAH dan media alternatif kena tonjolkan isu yang ASAL iaitu penyelewengan kerajaan

HANCUR BN!

Pak Teh