AYUH, PERJUANGKAN KEMERDEKAAN KEDUA!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
KEMERDEKAAN KEDUA....

Berpuluh-puluh tahun sebelum 31.Ogos.57, Tanah Melayu berada didalam keadaan yang sungguh tidak aman. di sana-sini lahirnya pejuang bangsayang menuntut kemerdekaan dari penjajah "nyata" iaitu inggeris. Dalam masa yang sama, lahirlah parti atau pertubuhan yang menjadi landasan bagi pejuang bangsa ini. Antaranya HIzbul muslimin iaitu partigerakan islam pertama di tanah melayu, PKMM (parti kebangsaan melayu malaya.) Sayap pemuda PKMM iaitu API (Angkatan pemuda Insaf) dan
AWAS {angkatan wanita insaf ) sebagai sayap wanita. PETA (pembela Tanahair)BATAS (Barisan Tani Malaya) , dan Malayan Democratis Youth League.

Dan kesemua parti ini telah diharamkan kecuali UMNO. Mengapa UMNO tidak diharamkan?????ini adalah kerana UMNO adalah parti belaan,didikan dan belaian penjajah inggeris ketika itu.Dan melaluiUMNOlahtanah melayu diberi kebebasan berkerajaan dari penjajahan nyata ini. Dan UMNO jugalah yang mentadbir tanah melayu sehingga kini.Dan umno jugalah
sebenarnya penjajah bangsanya sendiri bermula pada tarikh 31hb.ogos.1957 hingga hari ini.

 UMNO adalah penjajah "maya" UMNO adalah penjajah sebenar yang selalu dilaung-laungkan olehmahathirsebagai "penjajahan cara baru". mahathir kini adalah bapa kepadapenjajahancara baru ini. Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar tanah melayu.UMNO tidak lain hanya kuda tunggangan penjajah,jenterapemindahan
kuasa dari penjajah.Inilah adalah kerana pada masa itu penjajah inggeris telah hampir tewas kepada pejuang  kemerdekaan tulen.

Maka UMNO menjadi alat bagi mereka untuk terus menjajah tanah melayu. Ingatlah,,UMNO hanya alat kesinambungan penjajahan inggeris di bumi melayu tercinta ini. Sejarah juga telah membuktikan bahawa pejuang-pejuang kemerdekaan tulen tanah melayu adalah seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Lela, Mat Kilau , Rosli Dobby dan ramai lagi pahlawan-pahlawan melayu.... Mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir.Mereka telahmenggadaikannyawa untuk membebaskan bumi melayu tercinta ini.

Merekalah pejuang kemerdekaan sebenarnya dan bukannya pemimpin UMNOyang lahir dari golongan bangsawan.Perlu dingat bahawa golonganbangsawanketika itu adalah sekutu penjajah. Apakah yang sudah kita perolehi setelah 41 tahun "merdeka"?.Benarkah kita merdeka dan mendapat apa yang kita hajati?Dan "kemerdekaan" ini , sudahkah memberikan kita sebuah "kepuasan"mutlak?Sejauh manakah kita telah menggunakan kuasa "kemerdekaan" itu untukkepentingan bangsa dan agama tercinta ini?

Sejauh manakah aspek-aspek kehidupan kita telah diubah selaras dengankehendak agama dan bangsa? Sejauh manakah agenda pelajaran, ekonomi, kebudayaan dan yang paling penting agenda agama islam diletakkan padadasaryang sepatutnya? Dalam bidang ekonomi, kita telah menjadi kuli dalam negara sendiri.Kitamenjadi hamba dalam rumah sendiri.Segala pembangunan yang kita bina denganmudah hendak dilelong kepada orang luar hasil dari silapnya formulaekonomi yang dibawa oleh mahathir dengan sokongan UMNO.

Kita masih gagal menguasai ekonomi asas tanah air kita sendiri.Kita telah berpenat-lelah bekerja siang-malam untuk kepentinganmahathir kita berusaha untuk kekayaan mahathir dan kroni-kroninya.Mahathir dan kroninya makan isi dan kita ratah kulitnya sahaja. Begitu juga dengan sistem pendidikan negara.UMNO masih meneruskan sistem sekular tinggalan
penjajah.Apatah lagi dengan mahathir sebagaipemimpinnya.Mahathir telah mengatur dan mengajar kita dan anak-anak bangsa kita menjauhkan tuhan dan mendekati kebendaan.pembangunan ihsantelah jauh kita tinggalkan akibat dari pimpinan mahathir.

Kita tidak mampu untuk menentang kerana memang kita telah dilatih danpemikiran kita telah dibentuk melalui media-media mereka seperti UTUSANMALAYSIA walaupun kita mengerti akibat buruk yang akan berlaku.Inilah nasib kita bangsa melayu di bawah UMNO. Lihat saja Datuk Sri Anwar Ibrahim.Ketika menjadi Menteri Pendidikan,beliau telah menggubal akta pendidikan yang baru.Apakah lebih kearahislam? Hanya beliau yang tahu. Namun begitu, ia telah membuatkan mahathir
menjadi begitu takut dan telah bertindak dengan segera.Beliau lantik DSA menjadi Menteri Kewangan seolah-olah "naik pangkat".Itulah mahathir yang takut dengan bayang-bayang sendiri. SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA MENCURI. Itulah mahathir, sejak mula memerintah selalu tipu rakyat dengan bermacam-macam kisah dan kini beliau telah mula "mencuri" segala khazanah negara untuk kepentingan anak-anak dan kroni-kroninya atasalasan ciptaan beliau sendiri.

Penjajah inggeris tidak pernah menyentuh soal agama  sepanjangpenjajahankerana mereka tahu isu agama cukup sensitif.Tetapi
tidak denganmahathir,beliau secara lantang dan terang-terangan membidas kadhi dan ulama-ulama yang menjalankan tanggungjawab agama.Nampak gayanyamahathir lebih teruk dari penjajah inggeris.inilah mahathir bapa penjajahan cara barubangsa melayu dalam menuju alaf baru. kalau pemerintah UMNO hari ini menyaksikan betapa syiar islamdibatasiuntuk
ditanam di jiwa umat islam sendiri, apakah yang akan berlaku dalam masa 20-30 tahun akan datang.

Bukan sesuatu yang mustahil jika islam terus hilang di bumi melayu ini.Tidak mustahil jika pada satumasananti wanita-wanita islam dilarang dari memakai tudungsebebas-bebasnya. Turki menjadi saksi kepada perkara ini.Walaupun kamal artartuk telahlama mati tetapi lihatlah hasilnya hari ini.Sukarnya islam di negarasendiri.

                 Oleh itu, marilah saudara-saudara yang dikasihi.....bersamalah kita tekad dan bulatkan hati untuk sama-sama
berjuang mencari kemerdekaan kedua. perjuangan kali ini amat sukar berbanding perjuangan dulu kerana penjajahan yang sedang kita alami ini adalah "penjajahan maya". namun begitu, sebesar mana halangannya, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk membebaskan diri kita , bangsa kita dan agama kita dari cengkaman kuku besi mahathir dan "kumpulan diktator UMNO".  Bebaskan pemikiran kita dari aturan hidup ciptaan UMNO. ayuh rakan-rakan...... perjuangkan kemerdekaan kedua.............MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA....... melalui REFORMASI..REFORMASI..REFORMASI... demi AGAMA DAN BANGSA.
**************************************************************************

PERNAHKAH KITA TERFIKIR BAHAWA MALAYAN UNION ADALAH PROPAGANDATERJAHAT PEMIMPIN "MELAYU" KETIKA ITU UNTUK BERSEKONGKOL DENGAN BRITISH DEMI MEMASTIKAN PERJAJAHAN INGGERIS TERUS BERKEKALAN MELALUI MEKANISME YANG LAIN IAITU UMNO.MALAYAN UNION DIHEBAHKAN SUPAYA RAKYAT BERADA DIBELAKANG UMNO KERANA PADA KETIKA ITU, PEJUANG KEMERDEKAAN TULEN HAMPIR BERJAYA MEROBOHKAN PEMERINTAHAN INGGERIS DENGAN SEJUMLAH HAMPIR 60 RIBU PEJUANG TELAH DITAHAN DI MERATA TEMPAT TANAHAIR TERMASUK DI
PANTAI MORIB YANG KINI BERTUKAR MENJADI PADANG GOLF.