Lepak-lepuk III
 
AKTA PENGKHIANAT

Pembodek kreatif Ibrahim Ali cadangkan PM gubal Akta Pengkhianat Negara. Kreatif sungguh idea dia nak salah guna kuasa. Terlanjur dah cadang Akta Pengkhianat Negara, bila lagi Brahim nak cadang Akta Pengkhianat Suami? Tentu Brahim pernah dengar cerita isteri yang curi-curi berjahat dengan drebar kerana tak puas dengan suami yang cakap saja berdegar-degar
tetapi  abuk pun tak dak.

Penarik Beca - curi dengar

CURI DOKUMEN

Bersekali dengan Brahim, turut berkokok ialah Rafidah Aziz. Sampai terbelalak mata terangkat habis kening minta siasat siapa yang curi dokumen sulit. Teringin sungguh nak dengar Rafidah minta siasat juga orang yang salah guna kuasa untuk curi hak Bumiputera lalu diberikan kepada menantu. Agaknya lepas ni, dah habis tak dak apa nak kata, agaknya mak nenek tu akan
menyalak minta disegerakan pula Akta Pengkhianat Negara, idea kreatif Brahim yang pekerjaan tetapnya ialah membodek menjilat.

Penarik Beca - bodek bini

KHIANATI SEMUA

Yang Brahim lupa ialah muka pengkhianat yang paling masyhur seantero dunia ialah muka dia sendiri. Brahim mengkhianati apa sahaja untuk berdedikasi dengan pekerjaan tetapnya sebagai pembodek. Yang paling kuat dia khianati ialah kebenaran, keadilan dan hampir kesemua ajaran Allah. Lebih dari tu, bersama-sama tok pekong dia Dr Mahathir, Daim, Rafidah dan ramai lagi,  Brahimlah yang patut didakwa dulu jika Akta Pengkhianat Negara diluluskan. Tak kan dah lupa berapa banyak dah harta negara dan rakyat yang awak semua khianati.

Penarik Beca - harta tiada, rupa pun kurang

KHIANATI UMNO

Antara muka pengkhianat ialah Khalil Yaakob yang diikat tengkuknya oleh Dr Mahathir supaya jadi Setiausaha Agung Umno. Paling baru dia khianati ialah Umno sendiri. Dia kata, Umno tak ada masa nak jawab tuduhan pembangkang. Ini masalahnya bila sibodoh terbodoh disuruh kerja besar, tak ada otak nak jawab dia kata tak ada masa. Sudah nasib tak cerdik, Khalil. Tapi, tak jawab  maknanya tuduhan pembangkang benar. Membenarkan tuduhan pembangkang, walaupun memang benar sungguh, maknanya awak khianati Maha Firaun yang dipertuhankan gerombolan Umno.

Penarik Beca - tak bodoh, tak cerdik

TAK ADA OTAK

Antara tanda orang tak ada otak ialah orang yang main ikut saja nafsu Mahafiraun Mahazalim. Jenis inilah yang pertuhankan Maha Firaun atau Dr Mahathir yang dah tungging langgang mabuk menonong dengan kuasa tu. Dia kata Quran kena tafsir semula, puak bangang tu angguk. Dia kata kena buat Mahaligai Mahafiraun Mahazalim sebab aku nak berlagak, puak bengong tu angguk. Dia kata hukum Islam keras, puak tak dak ugama tu angguk. Dia kata jangan dakwa kawan aku, puak bacul tu angguk. Dia kata halal, depa kata halal walaupun haram. Dia kata haram, depa kata haram walaupun halal...sampailah depa sama-sama berkampung di neraka.

Penarik Beca - budak kampung

YA! YA! OH! TAK! TAK!

Sebab mempertuhankan Maha Firaunlah mereka main ikut saja. Dulu, Maha Firaun kata korporatkan hospital lebih 3,000 hospital dan klinik untuk anak aku, towkay Tongkah Holdings, mereka pun kata: "Ya! Ya! Bagus korporatkan hospital. Lebih berkesan. Untuk kepentingan rakyat". Tiba-tiba bila Maha Firaun batalkan pengkorporatan hospital kerana pilihan raya dah dekat dan anak bulan dah mula kelihatan, mereka pun kata: "Tak! Tak! Korporatkan hospital bebankan rakyat". Itu macam punya orang pun boleh ada ka?

Penarik Beca - ada serupa tiada

Tiada duit

Tersebut perkataan tiada, tak lama lagi negara ini mungkin kurang berduit atau langsung tiada berduit. Apa taknya, September nanti modal asing nak cabut lari sampai berpuluh belion (istilah Ghafar BA BA) setelah lama terikat kaki dengan kawalan modal yang menjadi hantu buruk yang mengecutkan mimpi kaya mereka. Maka puak Dr Mahathir pun kata: "Capital outflow ka?
No ploblem!" Ewah, awak tu selama ni bergaya berlagak dengan duit orang, dengan wang pana (hot money), kemudian mengaku pandai jaga ekonomi, tiba-tiba nak kata "no ploblem" lak! Agaknya sebab tulah nak cepat-cepat gabungkan bank
supaya awak boleh sapu wang di dalam yang rakyat himpun pulak bila wang luar nak balik negeri.

Penarik Beca - sapu peluh