Dukun UMNO vs Bomoh PAS
 
PM menggelar ust. Harun Din sebagai bomoh PAS seolah-olah amalan perubatan berdasarkan Al-Quran itu kolot. Pada saya hujah PM itu seperti orang yang tidak percaya dengan konsep tawakkal. Bukankah kita ini digalakkan berminta kepada Allah dan berdoa?! Selagi perubatan itu tidak menyalahi hukum Islam, ianya tidak haram.

Malah, saya tahu bahawa ada orang UMNO sendiri yang mendapatkan bantuan murid Ust. Harun Din. Dikhabarkan bahawa, 6 orang dato' termasuk Dolah Badwi sendiri pernah meminta pertolongan seorang murid Harun Din yang menetap di felda air tawar, Kota Tinggi. Datin Zaleha Ismail sendiri sanggup menyamar untuk datang berubat. Agaknya dia takut orang tahu datin pun ada masalah besar. Kurang pasti pula apa masalah mereka. Mungkin cuba mengubat ketua yang nyanyuk, mungkin masalah rumah tangga, mungkin nak minta pendinding, dan mungkin juga minta dikasihi oleh rakyat. Walau apa pun, saya pasti
anak  murid Harun Din rela membantu selagi ianya tidak melanggar hukum.

Bomoh PAS tidak buat benda haram seperti amalan dukun karut. PM  buat lupa  bahawa orang BN sendiri tidak lekang dari mendapatkan khidmat dukun. Dukun  karut pulak tu. Wakil rakyat manakah yang mendapatkan khidmat Dukun Mona Fendy? Wakil rakyat BN la jawabnya. Kalau begitulah gamaknya, bolehkah saya  gelar Mona Fendy sebagai Dukun UMNO?