ORANG ISLAM SENDIRI MEMPERLECEHKAN HUKUM ALLAH

Ya Allah! Apa nak jadi? PM sendiri, seorang Islam boleh mempertikai dan memperlecehkan hukum hukum  Allah. Satu negara
dengar apa yang PM katakan mengenai hukum hudud! Pak Haji dan Mak Haji di kampong kampong pun dengar!  Adakah
PM ni buta agama atau sengaja dilakonkan untuk memikat pengundi pengundi bukan beragama Islam? Tak mungkin satu
lakonan kerana sudah banyak kali beliau secara terang terang menentang pelaksanaan undang undang Islam. Di Negri
Sembilan, PM sendiri yang berkata bahawa pelaksanaan hukum hudud boleh mencetuskan huru hara! Masyaallah kata kata
macam ini bukan keluar dari orang bukan Islam tapi PM sendiri yang beragama Islam!! Inilah interpretasi secara logik orang
yang tidak mendalami pendidikan agama. Kepala sekular!

Kita boleh terima jika YB Lim Kit Siang atau YB Karpal Singh menyuarakan kebimbangan mereka mengenai hukum hukum
Allah dan undang undang Islam. Namun demikian, sebagai orang Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita memberi
penerangan se cukup cukupnya pada mereka supaya mereka memahami apa makna hukum hukum Allah. Pada orang orang
bukan Islam yang sudah memahami sikit mengenai hukum hukum Islam, mereka percaya jika undang undang Islam
dilaksanakan, sudah pasti Lim Guan Eng dan DSAI tidak akan didapati bersalah dan dipenjarakan! Mereka mulai sedar
undang undang Islam ini sebenarnya ADIL tidak seperti apa yang digembargemburkan oleh Mahathir mengenai undang undang
Islam yang sengaja nak menakut nakutkan mereka!!

Sayang sekali dalam usaha usaha nak mencelikkan orang orang bukan Islam mengenai hukum hukum dan undang undang Islam,
ada pula orang orang Islam sendiri yang nak menggagalkan usaha usaha murni ini. Maka tak hairanlah nanti, menjelang
pilihanraya untuk menakut nakutkan pengundi pengundi bukan Islam, akan tersebar luas poster poster yang menunjukkan
seorang Pak Haji dengan pisau yang berlumuran darah dengan aksi mengejar seorang hamba  keturunan   Cina khususnya
kerana dikatakan nak potong LANCAU orang orang bukan Islam! Astaghafirullah!! Kotor! Kotor! Bersiap sedialah  untuk
menangkis tektik kotor macam ini yang akan  direkacipta oleh agen agen UMNO/BN!

Bukankah ini jelas menunjukkan SIAPA sebenarnya YANG ANTI ISLAM? Wahai pengundi beragama Islam khususnya di
Kubang Pasu, Pak Haji, Mak Haji dan orang orang UMNO yang mengaku diri mereka Islam, sedarlah bahawa pemimpin mu
sekarang dah SESAT LAGI  MENSESATKAN!! Masih anda mahu sokong pemimpin macam ini yang sudah sesat? Hanya
orang macam Isa Doremon yang negerinya ditimpa bala JE saja yang sanggup membodek Mahathir supaya terus memimpin!!
Masyaallah! Fikirkanlah!!

ALLAHUAKBAR! ORANG ISLAM SENDIRI MEMPERLECEHKAN HUKUM ALLAH