Sajak Buat Pak Sasterawan Tua
(Dengan ucapan tahniah kerana teguran berani seumur hidup)

Bukan tak selalu
Dengan tiba-tibanya dia bikin berani lagi
Gatalnya tangan tua it
Dalam menceritakan keaiban, kezaliman
Mendedahkan apa yang patutnya lama didedahkan

Pak Sasterawan Yua tentu jadi begitu
Kerana tahu kata tohmah dan tuduh fitnah
Ramai yang tidak duduk senang
Bilamana akibat Wirawan ditahan selepas diibuang
Walau kini sudah terbukti tiadaya sebarang bukti

    Maka lahirlah tulisan busuk tentang kebusukan
    Berkisar antara bayangan kebimbangan dan kemarahan
    Peristiwa antara proses kemutan dan keADILan

Episod demi episod mengentut keluar
Menelanjangi pedas projek mega MKKM atau KMKM atau MKMK
(diisytiharkan ayik dan nikmat)
Mencemuhi berang fi'il korup Majlis Zenith (senang angguk dan geleng)
Dan lewat satira politik dengan kesimpulan
"betapa jijik sistem tampuk kepimpinan Maha kepala taik!!"

    dapat sejarah lihat
    bukan mainan di tangan bawahan
    gelombang rakyat dan taufan maha agung
    ancaman bertalu-talu di depan
    si matari, si angin, si hujan
    sebelum ditendang takdir lobang keramat yang menanti... ....

Sabar kita menunggu ke mana natijah mitos karangan itu
Mengundang sorakan kemenangan
Tanda keramat serta sokongan sepakat
    Robeknya kepingan barisan ketulan-ketulan patuh
        Kendurnya lipatan batang otomatis lusuh
Yang mana akhir berdirilah lebuhraya perut
Baru dengan keindahan, keimanan, keADILan dan keikhlasan

Bukan tak selalu
Dengan tiba-tiba dia bikin berani lagi
    Terima Kasih Pak Sasterawan Tua.

RIMAU
IIUM,
GOMBAK