Ceramah Umno di Batu 3 Tandop Alor Setar
menjadi tempat memaki hamun rakyat kampong. Malang sungguh.
 
Sebentar tadi 12.9.99 saya sempat menghadiri ceramah umno yang digembar-gemburkan akan dihadiri oleh ibrahim ali di dalam poster yg umno tampalkan dimerata2 tempat. Poster itu juga menjemput orang ramai datang menghadirinya. Sesampainya saya disitu didapati sudah ramai orang berdiri di jalanraya. Kebetulan pula tempat ceramah itu berhampiran jalan yang baru siap dibina 4 lorong, tetapi masih gelap gelita kerana tiada lampu2 jalan dipasang.
 
Ceramah diadakan di rumah seorang penyokong umno, dan rostrum diletakkan di atas tangga rumah itu. Saya sempat menjenguk ke dalam tempat ceramah. Ada dua khemah berbumbung yang terletak didepan pentas dan satu lagi disebelan kiri. Didapati kedua2 khemah yang disediakan bangku itu hampir dipenuhi oleh kaum wanita umno dan anak2 kecil. Kira2 100-200 orang bilangannya. Didepan jalan masuk ramai orang berdiri tercegat. Saya agak orang2 ini atas pagar. Nasi bungkus disediakan dalam polistrin.
 
Di jalan mini tar pula lebih ramai orang, kira 500-600 orang yang mungkin terdiri dari parti alternatif yang datang untuk mendengar repekan ibrahim ali. Manakala ditepi jalan raya (jalan besar) dan di atas divider termasuk diseberang jalan kelihatan ramai orang berkumpul untuk mendengar ceramah tersebut, anggaran saya dalam 200-300 orang.
 
Kira-kira jam 9.35 malam naiklah pengerusi majlis untuk memulakan ceramah umno ini. Dari ucapan alu-aluan itu tidak pulak disebut nama ibrahim ali. Katanya mereka masih menunggu ketibaan ibrahim ali, dan sedang menanti dua penceramah khas mereka iaitu kamal saidin dan jamil bekas S46.
 
Penceramah pertama ialah wan hanapiah ahli parlimen pokok sena. Antara ucapan beliau ialah memuji2 diktator nyanyok "Kalau Sadam husin, amerika takut sebab dia ada senjata kumannya, kalau Gadaffi amerika takut sebab dia suka berperang, tetapi di Malaysia ada Dr Mahathir yang tajam fikiran..." Disambut tepukan oleh hadirin yang di dalam khemah. (Nota: wan hanapiah ini pernah menghina hukum hudud diparlimen, dengan mengatakan zaman sekarang tak boleh digunakan hukum hudud kerana pencuri tidak menggunakan tangan, tetapi guna komputer dan otak mereka, macam mana nak dakwa mereka, takkan
nak potong kepala?...").
 
Kata wan hanapiah, dua tiga hari lepas dia bawa penceramah bekas aktivis pas di kawasan rumahnya. Katanya, orang yang datang ramai, hampir 10,000 orang ... melebihi ceramah mohd sabu, lalu disambut dengan tepukan. Tetapi hadirin diluar ketawa, mungkin tidak percaya apa yang didakwa oleh wan hanapiah ini. Kedengaran suara "malam ni ada 10 ribu jugak kot?".
 
Nota: Dalam ceramah yang diadakan dirumah wan hanapiah ini pada 9-9-99, seorang penyokong keadilan yang naik semangat telah mengibar2kan bendera keadilan dicelah2 orang ramai, kemudiannya dibelasah oleh komando2 umno yang memakai vest hitam bertulis RELA.
 
wan hanapiah ini kemudian terus menyelar pemimpin2 pas, terutama nik aziz, kerana mengatakan tuhan mencarut dan mahu bekerja sama dengan syaitan. Keadaan diluar aman tenteram, walaupun ramai penyokong2 parti alternatif, mereka masih diam
mendengar pembohongan dan maki hamun terhadap pemimpin2 pas. wan hanapiah juga ada menyentuh isu keracunan dsai, tetapi mengulangi kata2 diktator nyanyok "mengapa selepas 2 minggu baru nak cari rawatan?..."
 
Katanya lagi, pas gelar mahafiraun kat diktator nyanyok itu. "saya baca di internet" kata wan hanapiah. Lepas 15 minit maki hamun, wan hanapiah berenti. katanya itu hanya ucapan alu2an.
 
Pengurusi naik dan mengatakan penceramah khas belum sampai. Dijemput pula ustaz umno kamal saidin, kabarnya penceramah tetap umno. kamal memulakan ucapan dengan memuji2 diktator nyanyok. (Mungkin ini modus operandi penceramah2 umno... mesti puji maha melangit diktator nyanyok itu, sebab semuanya bernada sama saja.) Ustaz ini mula selar pemimpin2 pas seperti nik aziz, ustaz hadi dan ustaz fadhil nor. Banyak jugalah ayat Quran yang dibacakannya, tetapi banyak tafsiran yang menyeleweng dan diambil sekerat2 saja.
 
Antara tafsirannyannya tentang bersatu padu. Dibacanya ayat 'Waqtasimu...' sampai habis. Dan dia terus kata tuhan mahu orang islam bersatu padu, tetapi pas yang mahu memecah belah. Sepatutnya dia terangkan dulu 'berpengang teguh dengan tali Allah' apakah itu 'tali Allah'. Tetapi ustaz umno cari perkataan bersatu padu saja. Tak dikupas dengan lebih jelas, kerana pokok ayat ini ialah penyatuan dengan 'Tali Allah'
 
Kemudian dia kata baca ayat yang dihujungnya bermaksud sesat. Dia terus kata paslah yang sesat sekarang ini. Kadang2 terdapat tepukan dari khemah wanita apabila ustaz ini dengan penuh semangat memaki hamun pemimpin pas, termasuk dr harun din. Saya diwaktu ini berdiri diatas jalan mini tar. Kedengaran suara berkata 'ustaz harun din tu pun dia hentam? ini dah lebih... org umno sendiri pun tak percaya'. ustaz umno ini tersilap kiraan bila dia mula bertanya hadirin 'Siapa yang bagi kemewahan? Siapa yang bagi jalan raya? Siapa yang bagi elektrik air?' Hadirin yg berdiri ramai2 terus jawab 'RAKYAT'. Ustaz ini kata "UMNO laaa... bodoh!"
 
Terus dia bertanya lagi 'Kerajaan buat masjid dengan duit sapa?' Ramai2 hadirin diluar jawab 'DUIT RAKYAT' Marah betul ustaz ini. "Hangpa mana bagi duit?" Dijawab oleh ramai orang 'BOHONGGG' Ustaz ini makin tidak dapat mengawal ucapannya. Melalut dia mengatakan pas kutip duit derma, bagi kat pemimpin2 dia jadi kaya raya". "BOHONGGG"
jerit hadiri diluar. Seorang tua yg berserban, gaya seperti org kampung, dlm usia kira 55-60 tahun berkata 'Mahligai PM 200 juta tu duit rakyat laaaa...."
 
Ustaz ini terus lagi memaki hamun orang ramai yang diluar. Marah betul dia. Setiap kali dia sebut fakta2 yang menyeleweng tentang pas, orang diluar menjerit "BOHONG... BOHONG..." Lama juga ustaz ini mengigau. Dari cerita rasulullah s.a.w. sehinggalah cerita orang kampung dia. asyik mengatakan pas karut, pas parti ajaran sesat dan sebagainya. Banyak ucapan2 ustaz ini menyelar penyokong2 pas. Banyak juga cerita rekaannya. Orang ramai diluar riuh rendah. Dengan gayanya memperlekehkan orang kampung, dia memprovoke orang ramai diluar. Sampai dia kata 'Kalau tak mau dengar, pilah balik....
Tunjuklah akhlak islam..." dan terus kena BOO lagi.
 
Saya berpendapat ustaz umno ini dulu perlu tunjukkan akhlak islamnya. Gaya dia bercakap dalam ceramah dengan memperkecil2 kan orang kampung tidak akan menguntungkan umno. Orang ramai marah cara begini. Kalau ceramah publik, lebih baik terangkan perjuanga umno. Ini satu liabiliti kepada umno. Menjemput ustaz ini berceramah lebih banyak keburukan dari kebaikan kepada umno.
 
Lebih baik umno tidak lagi menjemput uztaz in berceramah, kerana banyak penyelewengan tafsiran alhadis dan alQuran dibuat sewenang2nya. Ini menyebabkan orang ramai marah. Pernah dia kata '... Islam apa? Islam palat!...". Kedengaran suara
memekik "oii.... ini dah lebih, tadi hina orang pas, ni hina islam pulak!"... "BOHONG, BOHONG". Kali ini tiada lagi tepukan kedengaran. Kelihatan beberapa SB berkeliaran dengan keset yg sedang merakam peristiwa ini sambil memerhati orang ramai yang bersorak2. Mungkin SB2 ini akan laporkan peristiwa ini kepada diktator nyanyok dan sanusi joget.
 
Cara pemikiran ustaz ini tidak akan dapat mempengaruhi orang kampung. Cara ini akan menyebabkan orang umno sendiri lari dari umno kerana terdapat banyak hujahnya amat dangkal dan terang pembohongannya. Sepatutnya ceritalah dasar umno, kejayaan umno, perancangan umno untuk rakyat. Tetapi dengan membantai orang kampung ini nampaknya merugikan umno sendiri.
 
Antara kata2nya "Umno menjalankan hukum islam, tengok org boleh pergi haji dengan aman, orang boleh pergi pasar dengan aman, orang boleh hantar anak kesekolah dengan aman, kerajaan buat bank islam, universiti islam dan banyak lagi". Saling tak tumpah macam ucapan diktator nyanyok. Entah2 ustaz ini yang ajar diktator nyanyok itu berucap tentang islam.
 
Banyak lagi kecaman terhadap, tak larat nak ingat lagi... Lebih sejam dia memaki hamun pas dan juga hadirin di depan. Bermula sorakan dari jalan raya besar hinggalah sampai ke dalam tempat ceramah. Lain kali kalau buat ceramah, jangan nak tiru orang lain. Jangan buat poster jemput orang ramai. Sebab yang datang itu ramai cerdik pandai, rata2 dalam kawansan bandar alor setar. Orang yg hadir boleh berfikir. Pakcik tua yang saya sebutkan diatas tadi pun ada kata 'Melayu la ni dah nak masuk tahun 2 ribu laaa... hang ingat macam dulu kaaa??" apabila dia mencemuh orang2 pas yang kerja panjat pokok tambat
bendera, tapi miskin kedana. orang lain kerja sampai kaya raya, orang pas juga miskin.
 
Ustaz ini juga mempertikaikan hukum hudud 'kanun jenayah syariah II kelantan" Dia kata kerajaan tolak sebab tak ikut Hudud Islam, itu Hudud pas. Orang ramai tanya "Mana dia HUDUD UMNO? bawak mai laa.... 42 tahun tak buat pun...."
 
Lepas itu naik pula pengerusi majlis. Marah betul dia. Suruh orang ramai diluar "Pi balik lahhh...... Jangan kacau ceramah kami" Macam2 dia kata. Terus kena BOOO dengan orang diluar.
 
Naik pula penceramah khas sijamil bekas S46 dulu, semasa pilihanraya 1995 dia naik pentas pas, maki umno berkandar2. kedengaran suara2 "Oiii sapa tak kenai hang.. hang jadi katak jugak...." Marah betul.... terus maki hamun hadirin2... Lagi maki, lagi kena boo dan jeritan "BOHONG.. BOHONG..."
 
jamil ni terus cakap besar, "..... tengok la ni pas ada 2 kerusi, pilihanraya ke-10 ni.... tobat pas tak akan menang... kita sapu habis". "Hoi jangan takbur, hang ni nak jadi tuhan ka!" jerit orang tua sebelah saya. si jamil ini pun jadi bebanan umno jugak... tak ada standard nak pancing orang atas pagar, apatah lagi penyokong2 parti alternatif. Mungkin yg dlm umno pun tak sanggup dengar cara dia bercakap yang terang2 menunjukkan keangkuhan. Begitulah orang S46 bila masuk umno, mesti tunjuk dia sangat sayang umno.. biar orang kata dia betul2 bela umno. Padahal, ini sangat merugikan umno. Harap2 tu umno tak lagi
panggil si jamil dan si kamal ini naik pentas.
 
Ada 2 perkara yg menggelikan hati, yang sangat2 merugikan umno sendiri. jamil membaca ayat Quran bab 'cegah munkar, buat kebaikan'... Bila dia ulas, dengan nada kuat dia kata "Tuan2, umnolah yang membuat kemungkaran...... " Org ramai yang berada terus jerit "BETOI.. BETOI......" dan ada yang bertepuk kuat2. Cepat diperbetulkan oleh si jamil ini. Beginilah kalau nak mengampu.... memang pun dulu dia paling kuat memaki hamun umno, jadi tak heranlah kalau kata2nya itu masih memusuhi umno.
 
Satu lagi bab dia mengatakan (mengulang kata2 ustaz umno tadi) mengenai wang derma pas, yang didakwa digunakan oleh pemimpin2 pas untuk pokot sendiri. Kata sijamil dengan penuh bersemangat "Umno memperkayakan pemimpin2 mereka dengan wang rakyat!" Terus disambut oleh orang ramai diluar "BETOI.... BETOI..." Menyedari kesalahan terus dia membetulkan ayatnya.
 
Jam 11.45 ceramah ditamatkan. Ibrahim ali tak juga2 sampai. Pembohong betul umno ini. Ada andaian mengatakan ibrahim ali memang dah sampai, tapi bila dengar org ramai kat  luar tu adalah penyokong2 parti2 alternatif, naik cuak jugak dia, takut kena boo... tak jadi mai ke tempat ceramah. Nanti terus gagap dan terlompat2 macam katak. sebab itulah digantikan dengan katak lain yang dipanggil jamil alkatak jugak.
 
Begitulah sedikit sebanyak yg dapat dicoretkan ....
 
Kesimpulannya... Memang umno ini penipu, pembohong dan pemfitnah. Nak sokong lagi kaaaaaaaa?????
 
 
Alor Setar,
3.00 am
13-Sept-99