PM dan petir di Labuan
 
Assalamulaikum,
Saya baru lepas curi-curi menonton sebuah Heavy Drama iaitu siaran langsung pemimpin (PM) bersama rakyat di Labuan.
Pada asalnya saya berada di dalam bilik komputer saya. Saya terdengar suara ucapan di TV. Saya tanya orang rumah 'macam kenal jer suara tu?'. Apa tak kenalnya..orang tua gila tu la, entah kat mana pulak dia goreng ni?' sahut orang rumah. Saya keluar dari bilik dan menjenguk ke TV, saya lihat  PM sedang menggoreng orang Labuan.

Yang menarik dan kelakarnya, PM berucap sambil diselang-seli oleh petir yang kuat. Angin juga kuat, habis rambut PM berterabur, bajunya terangkat-angkat disebabkan angin yang kuat. Saya tergelak sakan bila higgkan PM berhenti menggoreng sekejap sebab petir terlalu kuat sebanyak tiga kali.

Nampak mukanya macam marahkan tuhan sebab turunkan petir dan angin untuk menggangu dia. Lagi tergelak sakan apabila petir berbunyi kuat apabila beliau nak menyebut: 'Labuan akan kami dirikan sebuah uni.....BERDENTUM!!!!!....--(universiti)
'Dalam BN kami akan jadukan Labuan sebuah...BERDENTUM!!!  --(Bandar dalam Taman) Dalam Hati saya berkata...'Macam cerita sedih P.Ramlee pulak. waktu nak 'ending' kan banyak Petir.'

~Pengkaji Langit