MENANTI PANGGILAN JIHAD

Renungkanlah wahai rakyat Malaysia yang dikasihi, sesiapa saja akan tersentuh hatinya apabila sahaja mendapat tahu berita tentang Saudara Anwar telah diracuni. Kita bisa membuat berbagai andaian dan tuduhan namun kita perlu ingat jika tuduhan itu tidak disertai dengan bukti yang kukuh dan jelas maka apa bezanya kita dengan mereka.

Kita sebagai orang Islam tetap dan wajib berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Islam dan perundangannya. Kita masih mempunyai Al Qur’an untuk dijadikan tempat panduan dan para ulama sebagai tempat merujuk perkara-perkara yang menjadi kemusykilan kita. Janganlah bertindak dan berfikir seperti mereka yang sesat sehingga nanti kita tergolong dalam kumpulan mereka walaupun kita kini sedang berada dibarisan Islam. Tindakan terburu-buru dan meninggalkan arahan jamaah berserta buruk sangka sangatlah mendukacitakan, ingatlah pada Surah Al-Anfal, Ayat 46 yang bermaksud :-

“Jangan kamu bergaduh yang menyebabkan kamu menjadi gagal dan hilang kekuatan kamu dan bersabarlah sesungguhnya Allah berserta orang2 yang sabar.”

Tunggulah keputusan daripada pemimpin-pemimpin Islam kita, merekalah tempat rujukan dan yang akan bertanggungjawab atas sebarang tindakan selanjutnya. Bukankah kita telah melantik mereka dan setidaknya bagi yang tidak melantik mereka, bolehlah meletakkan mereka sebagai tempat disandarkan segala keputusan. Keputusan mereka akan menjadi penentu keseragaman langkah-langkah seterusnya dengan berada dalam satu barisan yang teratur sebagaimana firman Allah ta’ala dalam Surah As-Saf, Ayat 4 yang bermaksud :-

“Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti sesuatu bangunan yang tersusun kukuh. “Bersabarlah, tunggulah keputusan dari mereka.”

Kami dari para PENDUKUNG PANJI ISLAM merasa bimbang kemungkinan pihak musuh akan atau sedang mengambil peluang ini untuk melakukan tindakan provokasi yang akan merugikan perjuangan Islam kita.

Mahukah kamu di uji  Allah ta’ala dengan sangkaan bahawa kamu sedang berada bersama jamaah Islam walhal sebenarnya kamu sedang berada dalam kesesatan tanpa kamu sedari sebagaimana sesatnya golongan mereka itu juga. Sabda RasuluLlah s.a.w. riwayat Abu Dawud yang bermaksud :-

“Seorang yang berperang untuk disebut namanya, seorang yang berperang untuk dipuji, seorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan (habuan) dan seorang yang berperang supaya kedudukannya diperhati; maka siapakah diantara mereka yang berperang pada fi sabiliLlah?” Jawab RasuluLlah s.a.w. : “Siapa yang berperang kerana menegakkan kalimah siyar Allah maka dialah yang berperang pada fi sabiliLlah”.
 
Antara lain ekoran dari peristiwa ini, kita seolah-olah sedang diberi panduan oleh Allah ta’ala bagi mengenali siapa-siapa yang patut kita hindari dan siapa-siapa yang patut kita dekati. Fikirkanlah dengan renungan mata hati yang ikhlas dan penuh keinsafan bagi sesiapa yang masih lagi sangsi akan arah tujunya, sebagai seorang Islam atau sebagai seorang insan, di pihak manakah sepatutnya anda berada ?

Bersabarlah, kerana ketika ini sifat sabar masih perlu diamalkan. Tunggulah sehingga sampainya panggilan JIHAD yang sebenar. Fahamilah maksud jihad dalam Islam, ketahuilah peraturan-peraturannya, jangan sampai perlakuan kita umat Islam tiada jauh beza dengan perlakuan seperti laknatulLah kaum Serb. Hayatilah firman Allah ta’ala dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 193 yang bermaksud :-

“Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang2 yang zalim.”

Akhir sekali pesanan untuk diri kami sendiri PENDUKUNG PANJI ISLAM dan umat Islam Malaysia seluruhnya, apabila datang panggilan JIHAD janganlah kita sekalian teragak-agak dan jangan pula ada diantara kita ragu sehingga kita termasuk dalam golongan yang Allah S.W.T. nyatakan dalam Surah At Taubah, Ayat 24 yang bermaksud :-

“Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah0rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad dijalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Allah tidak memberi pimpinan kepada orang-orang yang fasiq.”

Bersabarlah, bagi yang patuh pada arahan pimpinan dan berdemolah bagi yang terlalu bersemangat tetapi dengan syarat ketat agar dipeliharakan akhlak Islam sejati seperti kamu menggengam bara api dan jagalah adab-adab serta ikutilah syarat demonstrasi secara aman. Berhati-hatilah, sesungguhnya Allah S.W.T. bersama dengan orang yang beriman.

“Wahai orang2 yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh kejayaan.”

Maksud Surah An-Anfal Ayat 45.

Was Salam
 

PENDUKUNG PANJI ISLAM
Semutar Hitam