ARIFFIN JAKA : Azizan IQ rendah!

 Hampir setahun kes pemecatan DSAI berlalu, rupa-rupanya Hakim Mahkamah Arfiffin Jaka mengatakan bahawa saksi utama pihak Mahathir dan Peguam Negara Mohtar Abdullah itu bukan saja cakap merapu tetapi dia kata IQ rendah. Rasanya itulah bahasa yang sesuai dari seorang Hakim untuk mengambarkan tentang taraf dan kelayakan saksi untuk sautu kes yang maha hebat tidak terbanding ini. Saksi itu jugalah yang menjadi kepercayaan Mahathir. Dengan berdasarkan saksi itulah maka Mahathir pun menuduh bekas Timbalannya DSAI berbuat jahat sesama jantan dengan mengatakan beliau mendengar sendiri dari saksi yang IQ rendah itu. Rupanya hakim Ariffin Jaka baru tahu bahawa Azizan IQ-nya rendah. Mungkin Mahathir sudah tahu sudah lama bahawa IQ Azizan memang rendah. Sebab itulah kaedah Mahathir, memang dia cukup suka orang berIQ rendah supaya senang dia guna.

Mungkin surat khabar utama UMNO tidak mengambil berat tentang komen hakim ke atas saksi Mahathir dan mungkin bagi sesetengah orang itulah ‘saksi negara’. Agaknya tidak ramai orang kampung tahu akan komen hakim itu kerana ia tidak dilapurkan oleh media. Oleh itu, kenyataan hakim itu penting supaya rakyat tahu bahawa saksi perdana menteri IQ-nya rendah. Tidak semua rakyat faham apa itu IQ.  IQ ialah singkatan dari Intelligence Quotient - dalam bahasa inggeris. Apakah yang cuba nak disampaikan oleh hakim berkenaan apabila dia mengatakan IQ saksi berkenaan rendah tidak diketahui.

Tetapi di dalam bahasa yang mudah, IQ rendah bolehlah dikatakan kurang cerdik atau dungu, kurang pandai atau bodoh, bengap, bebal, bengong, tolol - tak reti bahaya dan banyak lagi seerti dengannya. Tetapi di dalam istilah perubatan, nilai markah yang dikumpul dari ujian IQ akan dapat mengkelaskan seseorang ditahap mana pencapaian otak seseorang dan jika nilai ujian IQ kecil dari 25, maka manusia dikelas ini boleh dikatakan sebagai tidak siuman atau gila. Mungkin pada hakim Ariffin Jaka, memadai baginya mengatakan IQ Azizan rendah berdasarkan jawaban dari soalan-soalan Fernando di dalam perbicaraan kes dia kena liwat.

Jika di dalam keadaan biasa, memang selalu kita dengar orang lain akan mengatakan orang lain berIQ rendah. Tetapi di dalam kontek perbicaraan kes pertuduhan dan perbicaraan di dalam Mahkamah, dan ianya pula dinyatakan oleh hakim yang menghakimi kes, implikasinya amat besar dan serius. Ditambah pula saksi yang dikatakan oleh hakim IQ kurang itu pula ialah saksi utama Perdana Menteri yang berIQ tinggi - ini memang diakui umum. Di dalam kontek perbicaraan sesuatu kes di Mahkamah, tahap mental tertuduh atau saksi diambil kira. Bahkan ada tertuduh kes jenayah yang terpaksa dimasukkan ke dalam Hospital Tampoi disebabkan kelayakan mental tertuduh itu dapat ‘menyelematkanya’ dari dibicarakan di Mahkamah. Sekurang-kurangnya pihak Mahkamah meminta pihak hospital jiwa dulu tentukan samada tertuduh itu siuman atau gila. Kalau tertuduh siuman perbicaraan akan diteruskan dan jika sebaliknya, kekallah di Hospital Tampoi- Sila rujuk rancangan Majalah 3, Ogos.1999.

Di dalam kes perbicaraan kes DSAI pun serupa, Azizan ialah saksi yang IQ rendah. Justeru itu, saksi yang berIQ rendah sudah tentulah tidak dapat memberikan jawaban yang memuaskan di dalam Mahkamah. Bahkan dari awal lagi jika saksi berIQ rendah, kelayakan saksi berkenaan juga boleh dipertikai. Memang Peguam Bela dari awal lagi mempertikaikan Azizan sebagai sakzi, tetapi mereka pertikai Azizan bukan disebabkan oleh Azizan berIQ rendah, tetapi mereka pertikai kerana Azizan digunakan oleh orang lain berIQ tinggi. Apabila hakim sendiri mengatakan bahawa Azizan berIQ rendah, nampaknya kelayakan Azizan sebagai saksi perdana Menteri mula boleh dipertikaikan walaupun Peguam Bela dari dulu lagi lagi mempertikaikan saksi berkenaan. Bahkan sehingga sekarang pun Peguam Bela belum menarik balik balik dari ketetapan itu.

Yang menjadi masalah sekarang ialah Peguam Negara dan Perdana Menteri. Mengapa mereka berdua tidak fikir seperti mana Hakim dan majoriti rakyat fikir bahawa Azizan tidak layak menjadi saksi disebabkan IQ rendah. Orang tak cukup akal tidak boleh menjadi saksi. Disebabkan itulah, kes perbicaraan bersaksikan Azizan ini menampakkan kebodohan pihak pendakwa. Seolah-olah tak cukup akan untuk menangani perbicaraan, misalanya sudah berapa kali tarikh liwat dipinda. Kemudian alasan pindaan pula pula mendedahkan kebodohan iaitu tersalah taip tarikh. Semua kesalahan-kesalahan ini menampakkan pendakwa tidak cukup akal untuk membuktikan pendakwaan.

Komen hakim itu mungkin ada kebenarannya. Biasanya tidak mudah untuk kendalikan orang IQ rendah. Kadang=kadang pengendali yang berIQ tinggi pun terikut-ikut menjadi seperti orang IQ rendah dibawah kendaliannya. Sebagai Peguam Negara yang mempunyai taraf yang begitu tinggi sekarang merendahkan dirinya sendiri dengan mengendalikan seorang saksi ‘negara’ yang telah dikatakan hakim sebagai IQ rendah. Begitu juga sekalian rakyat Malaysia khasnya dan manusia amnya kalau masih lagi yakin dengan saksi Perdana Menteri itu, dikhuatiri nanti yang percaya itu juga termasuk ke dalam golongan berIQ seperti yang telah dikatakan oleh Hakim Ariffin Jaka.

Sama-samalah kita letakkan diri kita ke dalam golongan orang yang tidak berIQ rendah seperti yang dikatakan itu.

Sekian

muramozi