WAHAI PEMIMPIN UMNO, “JANGAN DITANGIS AIR DIRUANG….!!”
 
BAGI rakyat desa, mereka tidak pedulik maklumat kes penyelewengan beberapa pemimin UMNO/BN itu akan dicegah menggunakan OSA, ISA atau apa jua kuasa undang-udang dan peraturan yng pasti boleh direka-cipta oleh Kerajaan Mahathir. Bagi mereka itu cuma gimik yang tidak releven dalam menafikan kebenaran. Diumpamakan itu sebagai orang berpekong, cara seseorang itu nak menutup pekongnya boleh buat berbagai-bagai cara: tampal koyok, balut dengan kain sutera, balut dengn guni atau apa juga. Janjinya, orang jangan nampak. Malu!! Tapi yang busuk masakan dapat ditutup!

Di Negeri Sembilan, rakyat desa yang berfahamam mudah rata-rata berpendirian bahawa “pekong tetap pekong”. Kalau dibiarkan menular pastikan betis yang berpekong terpaksa dikerat-buang!! Jika tidak sanak taulan tak ingin hampir-dekat, sebab, lazimnya orang berpekong, satu badan akan busuk lagi membusukkan. Sebagai masyarakat orang ‘beradat’, orang NS benci dengan penipuan – seperti mana orang negeri lain, waima msyarakat dunia seluruhnya!!

Andaian ini juga sudah mulai menjadi pegangan rakyat dimerata-rata pelusuk negara. Jika dulu ada maafnya, tapi kini tiada Maaf bagi mu lagi..!! Tidak ada yang berkecuali – bermula dari orang banyak hingga kepada alim ulamak atau pemimpin kecil bertaraf kampung. Mereka sekata berfahaman, “kalau nak bunuh anak-anak tikus yang memakan padi, bunuh ibunya dulu..!!” Itu pegangan mudah, kerana mereka hidup dalam suasana perkelilingan, alam dan masyarakat yang lurus dan mudah!

Berbagai cara UMNO cuba menonjolkan imej baik terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan dan rasuah. Di TV dan akhbar rakyat dihidangkan betapa baik dan berwibawanya Mahathir, Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Mohd. Taib dan beberapa orang MB dan Exco yang kini secara tiba-tiba jadi kayaraya bertaraf jutawan. Mereka semua adalah pemimpin UMNO. Dihadapan rakyat bersaksikan bulan bintang dan matahari, demi Allah swt – mereka pernah berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh amanah. Abdullah Bedawi juga mengatakan Mahathir adalah berhemah tinggi dan seorang Islam yang sederhana. Najib pula mengugut rakyat bahawa akta OSA akan dikenakan kepada mereka yang
memecahkan rahasia kerajaan (khususnya menyimpan dokumen mengenai rasuah para menteri)!! Tetapi orang Desa tak kira itu semua. Bagi mereka, “pekong” mesti didedahkan supaya mudah diubati. Yang busuk wajib dikerat-buang supaya yang elok akan terus elok.

Di Negeri Sembilan, perkara ini sedang menjadi perbualan hangat. Orang Negeri yang khusus memegang janji – jika Mahathir cuba mengalih isu terhadap Anwar Ibrahim daripada salah laku seks kepada derhaka kepada negara(kerana kononnya menyimpan dokumen sulit di luar negara), bagi mereka – Mahathir sebenarnya sedang “menanjul” diri sendiri.  Bersekali
dengannya ialah UMNO/BN turut tertanjul merih. Kecundanglah semuanya! Bagi mereka, tuduhan yang satu belum selesai kini dibuat tuduhan lain. Makin nampak jelas Mahathir dan kuncu-kuncu UMNO tidak dapat meyakinkan rakyat sejauhmanakah kebenaran yang ada dalam UMNO lagi. Yang paling dipersolkan rakyat sekarang ialah “apakah dokumen sulit itu dokumen
kerjaan atau dokumen UMNO? Yang psti dan terdedah sekarang ialah himpunan dokumen Rasuah orang UMNO yang serba rakus. Setahun duli DS Anwar telah mengaku..dan kini sudah sampai masanya “peluru berpandu” itu mengenai sasaran! Rasakanlah – kata rakyat sambil bersorak bagaikan berpesta!!

Yang mereka rasa lojik sekarang ialah, “Mahathir, Daim, Rafidah, Md. Isa Samad dan berpuloh-puloh pemimpin UMNO yang lain memang terkait dan terlibat dengan Rasuah dan Penyelewengan yang paling busuk sekali”. Mereka tidak ada tempoh untuk menafikan. Sebaliknya berusaha menggunakan undang-undang bagi menutup keaiban. Apakah itu akan berjaya meyakinkan kebersihan mereka dimata ramai? Selama mereka duduk sebagai menteri dan pemimpin dengan matalamat yang satu, nyatalah sekarang sebenarnya mereka semuanya “mahu jadi kaya dengan apa cara jua pun”! Mereka berani berasuah kerana mereka ada “Mahathir” dan “akta-akta sembunyi rahsia”?? Aduhaiii…! Dokumen-dokumen itu akan pasti timbul satu demi satu untuk dijadikan asas menghumbankan UMNO/BN dalam Pilihanraya kali ini. Bermakna kedatangan Mahathir berceramah di
Seremban – segala kata-kata memujuk-membela dirinya dan UMNO, segala pujian-pujian Md. Isa Samad – tidak lebih dari usaha “menutup Pekong” yang makin membusuk. Berapakah jumlah wang ringgit yang akan digunakan ‘mengkorap’ pengundi jika pengundi bersikap, “Duit datang boleh sapu – tapi undi tetap BA…!!”. Bagaimana?

Ramai yang menyokong supaya DS Anwar akan mendedahkan lagi dokumen benar seperti itu. Memang tak diharap pemimpin kerajaan akan berlaku adil kepada rakyat, kecuali jika ada yang ‘berdarah merah’ seperti DS Anwar – anak pejuang bangsa, rakyat dan ugama! Beliau merengkok dipenjarakan kerana ketelusan hati membantah kezaliman. Jika itu suatu jihad bagi beliau, masakan rakyat akan berlembut hati membiarkan “Iblis-iblis” UMNO merasuk hati, limpa dan jantung rakyat lagi!

Sesungguhnya, rakyat Negeri Sembilan sudah muak hidup berpemimpinkan “ketua-ketua berpekong”. Sudah sampai masanya, “Yang busuk dikerat, jika melarat diganti saja”. Kita akan TUMBANGKAN UMNO/BN dan MAHATHIR serta kuncu-kuncu yang PENIPU!!. Kita mau tengok Mahathir, UMNO/BN menyembah bumi. Fahamlah sekarang wahai pemimpin UMNO, “Jangan ditangis air diruang….!!”.
 

Khalid Hj Andak Beguh
Anak-jati Negeri Sembilan
(berpindah dari UMNO kpd KeADILan)