Tinjauan GAPI  Keatas Masyarakat Peneroka

GAPI (Gerakan Pemuda Insaf), telah membuat suatu tinjauan ke beberapa Tanah Rancangan Felda di daerah Bera,Pahang untuk melihat sendiri keadaan masyarakat peneroka yang dikatakan hidup menderita akibat jatuhnya harga sawit dan getah serta ditindas FELDA. Tinjauan itu meliputi Tanah Rancangan Felda Tementi, Triang 1, Triang 3, Rentam, Temangau, dan Kg. Dato'Seri Hamzah. Inilah laporan tentang tinjauan tersebut. Secara keseluruhannya, tinjauan tersebut telah dibuat berdasarkan beberapa perkara:
1) Masalah penduduk
2) Permintaan penduduk

A) MASALAH PENDUDUK
* Kemiskinan
Harga kelapa sawit dan getah terlalu rendah dan tidak stabil di setiap Tanah Rancangan Felda. Di Felda Tementi, pihak Felda mengambil untung lebih dari hasil jualan, di mana peneroka kelapa sawit hanya mendapat purata maksimum sebanyak RM 180 bagi setiap tan metrik yang di jual. Tetapi apabila dijual kepada kilang swasta, hasil jualan adalah berbeza iaitu sebanyak 280 se tan. Di Felda Rentam, hasil jualan yang diperolehi dari pihak Felda adalah sebanyak RM 130 se tan berbanding pihak swasta iaitu RM 160 se tan. Lebih malang lagi, harga yang ditawarkan oleh Felda kepada para peneroka adalah berdasarkan mutu buah dan cairannya. Ini bermakna, setiap peneroka tidak semestinya memperolehi RM 180 atau RM 130 se tan malah mereka mungkin menerima jumlah yang lebih rendah lagi. Berbeza dengan pihak swasta, harga yang ditawarkan adalah tetap, maknanya ianya tidak bergantung pada mutu buah dan cairannya. Namun yang menjadi tanda-tanya di kalangan masyarakat
peneroka adalah: Mengapa FELDA menawarkan harga yang begitu rendah kepada mereka sedangkan FELDA membeli semuala sawit yang dijual oleh pihak swasta dengan harga yang tinggi? Bukankah sepatutnya FELDA menolong dan membantu sehabis boleh masyarakat peneroka, lebih-lebih lagi dalam ketika harga sawit jatuh merudum?! Mengapa membeli semula
sawit dari pihak swasta dengan harga tinggi, sedangkan FELDA boleh berbuat demikian terhadap golongan masyarakat peneroka yang selama ini "di bela" oleh FELDA.

Meninjau keadaan di Felda Temangau, harga getah yang dibayar oleh pihak FELDA adalah begitu rendah dan menyedihkan. Ini memaksa peneroka menjual hasil getah mereka ke pihak swasta untuk survival mereka. Bagi peneroka di Temangau, harga getah iaitu RM 1.80 sekilo tidakmencukupi untuk menyara keluarga sendiri. Lantaran tekanan hidup, beberapa keluraga peneroka terpakasa memberhentikan persekolahan anak-anak mereka. Mereka hanya mampu untuk membeli sebungkus roti untuk melapik perut mereka setiap hari. Bagi mereka untuk menjamah sesuap nasi adalah mimpi-mimpi yang belum tentu menjadi nyata. Manakala di Felda Triang 3, pendapatan kasar bagi peneroka getah ialah sebanyak RM 500 sebulan
(perlu diingatkan! ini adalah angka sebelum dikenakan pelbagai potongan oleh FELDA). Jumlah ini tidak cukup untuk menampung sara hidup kerana mereka telah menderita selama 2 tahun 7 bulan.

PENEROKA DITINDAS  FELDA.

-Felda menekan hidup para peneroka. Contoh: Pembelian hasil sawit yang dijual peneroka kepada kilang   Felda jauh berbeza dgn pihak swasta yang menawarkan harga lebih tinggi.

Dahulu Sekarang
FELDA          RM 360  ( Se  tan )               FELDA         RM 168 ( Se tan )
SWASTA      RM 420  ( Se  tan )               SWASTA      RM 185 ( Se tan )
Beza :            RM  60                                   Beza:             RM  17

-Para peneroka sanggup menjual hasil ladang mereka secara senyap-senyap kepada pihak swasta, sedangkan pusat pembelian swasta terletak lebih jauh dari kilang Felda.

-Setelah itu, ,pihak swasta menjual semula kepada kilang Felda pada harga yg lebih tinggi dari harga beliannya. Dengan ini, pihak swasta membuat keuntungan berjuta ringgit dari hasil penjualan balik ke kilang Felda itu.

-Sepatutnya, kilang Felda menolong peneroka membeli pada harga yg tinggi kerana penerokalah yg menjaga ladang Felda, bukannya pihak swasta.

-Peneroka menanggung keseluruhan kos rancangan Felda spt kos tanah, baja pemprosesan sawit, kos penyelidikan dan sebagainya. Kesemua kos ini dipotong drp hasil pendapatan peneroka setiap bulan:

Bayaran pengankutan buah sawit dari ladang ke tempat memproses                  RM    13.50
Bayaran memproses buah sawit di kilang                                                          RM    35.00
Bayaran membuat jalan pertanian di dalam kawasan rancangan                          RM  200.00
Bayaran baja getah @ kelapa sawit                                                                  RM     62.00
Bayaran koperasi peneroka                                                                              RM     10.00
Bayaran caruman Hari Raya                                                                             RM     30.00
Bayaran yuran JKKR (Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Rancangan     RM       5.00
Bayaran Khairat Kematian                                                                                RM      3.00
Bayaran semula projek rancangan termasuk bayaran rumah tempat tinggal         RM  245.00

JUMLAH POTONGAN                                                                                RM  603.50
JUMLAH KASAR PENDAPATAN PENEROKA                                        RM  700-800  (sawit)
                                                                                                                        RM 400-500  (getah)

-Bayaran-bayaran di atas adalah bayaran yang dinyatakan oleh Felda, namun terdapat beberapa bayaran lain yang tidak dinyatakan oleh Felda. Bayaran-bayaran tersebut terus dipotong pada setiap bulan. Antara bayaran-bayaran tersebut:
· bayaran mengankut buah sawit dari kilang ke pelabuhan
· bayaran cerakinan: kajian Felda ke atas daun dan tanah untuk kesesuaian penggunaan baja
· bayaran menyimpan baja di stor Felda
-Pelbagai potongan ke atas gaji peneroka dibuat walaupun pendapatan mereka kian berkurangan disebabkan kejatuhan harga getah dan sawit.

ISU PENINDASAN TERHADAP 112,000 PENEROKA GETAH DAN SAWIT : PERANAN FELDA DIKECAM HEBAT.

-Jumlah pemotongan sehingga separuh dari pendapatan hasil ladang membuatkan ramai peneroka tidak mampu menyara kehidupan keluarga dan persekolahan anak-anak mrk.

-Segala keuntungan dari hasil titik peluh dan wang simpanan peneroka sejak berbelas dan berpuluh tahun dahulu dibolot oleh Felda dan kerajaan.

-Nasib peneroka akan bertambah buruk jika Felda diswastakan :
1) Syarikat besar yg mengambil alih pemilikan dan pengurusan Felda akan meneruskan layanan pembelian   hasil ladang yg cukup rendah berbanding dgn harga pasaran.
2) Tiada jaminan peneroka akan mendapat hak-milik tanah ladang yg diusaha dan dibayar melalui potongan gaji setiap bulan.
3) Kemungkinan sistem peneroka (setiap seorang diberi 10 ekar tanah ladang getah atau kelapa sawit utk diusahakan) akan dihapuskan. Peneroka hanya dianggap bekerja mengikut gaji hari, sptmana yg dilaksanakan di kawasan perladangan (plantation) Felda sekarang.

-Hanya RM 7.2 juta drp RM 2 bilion sahaja diperuntukkan utk perbelanjaan kebajikan kira-kira 500,000 orang peneroka dan keluarga mereka.

-Jika benar keuntungan Felda setiap tahun tidak kurang dari RM 2 bilion , bukan sepertimana yg terakhir diumumkan mereka pada 1997 iaitu RM 389 juta, maka ke mana pergi jumlah RM 1.6 bilion selebihnya?

-Isu yang menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat peneroka ialah tentang bayaran caruman untuk simpanan kegunaan Hari Raya (sila rujuk penyata di atas) yang dipotong Felda sebanyak RM 30 setiap bulan. Kiranya Felda ambil RM 30 setiap bulan dari 112,000 peneroka, Felda mengutip: RM 3.36 juta Dalam setahun Felda dapat mengutip: RM 40.32 juta

-Bayangkan keuntungan Felda dalam setahun hanya melalui bayaran caruman Hari Raya!! Belum lagi dikira bayaran -bayaran lain!!

-Perlu diingatkan masyarakat peneroka tidak mendapat apa-apa faedah melalui caruman Hari Raya ini!!

*Layanan dari pihak FELDA (pilih kasih)
Pihak FELDA lebih mengutamakan hubungan mereka dangan kerajaan berbanding terhadap peneroka. Pihak FELDA juga tidak bertanggungjawab dan mengambil sikap lepas tangan ke atas masalah dan penderitaan yang dihadapi oleh masyarakat peneroka. Selain itu wujud sikap pilih kasih diklangan pihak FELDA, dimana peneroka-peneroka kelapa sawit dan getah
yang "kaki ampu" mudah untuk mendapat layanan dan keistimewaan yang lebih. Contohnya adalah dalam pemberian keistimewaan untuk melanjutkan pelajaran ke ASRAMA SEMAI BAKTI (sebuah asrama penuh yang dikendalikan oleh FELDA untuk anak-anak peneroka yang cemerlang dalam akademi). Para peneroka mendakwa terdapat banyak kes di mana anak-anak mereka yang cemerlang akademiknya gagal untuk ke sana, tetapi anak-anak kakitangan FELDA yang tidak layak akademik mereka dengan sewenang-wenangnya diberi keistimewaan oleh FELDA untuk belajar di sana.

*Pendidikan
Secara umumnya mutu dan taraf pendidikan di Tanah-tanah Rancangan Felda yang ditinjau dalah rendah kerana kebajikan anak-anak peneroka diabaikan. Tabung Pendidikan dan Pelajaran telah dibekukan dan ini menghalang para peneroka untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti kerana tidak mampu membayar yuran pengajian serta kos sara hidup di universiti yang terlalu tinggi. Tinjauan juga mendapati dua buah sekolah menengah yang terdapat disitu iaitu
Sek.Men.Purun dan Sek.Men.Bera menampung pelajar yang terlalu ramai. Walauun pihak FELDA telah berjanji untuk membina sekolah yang baru namun janji tinggal janji. Kelas tambahan yang biasanya diadakan pada hari Sabtu, Ahad dan semasa cuti sekolah dijalankan secara sambil lewa. Kelas tambahan untuk darjah 1 hingga 3 digabungkan dan sukatan pelajaran tidak konsisten. Kekurangan guru sekolah menyebabkan proses pengajian dan pembelajaran terabai.

*Sosial
Masalah sosial di kalangan masyarakat Felda terutamanya belia dan remaja masih tidak dapat diatasi oleh FELDA sendiri ataupun kerajaan. Masih wujud lagi amalan berjudi, menagih dadah, menghidu gam dan menghisap rokok.

*PERMINTAAN DARI PENEROKA FELDA
Peneroka amat berharap agar:

1) pihak FELDA dapat mengurangkan kadar potongan daripada pendapatan mereka
2) Kementerian Pendidikan dapat mengurangkan kadar yuran pendaftaran masuk ke universiti
3) menukar lot getah kepada lot kelapa sawit kerana harga getah yang amat rendah
4) membantu menyelesaikan masalah tanah mereka terutamanya mengenai prosedur-prosedur untuk memohon tanah.
5) mengadakan apa jua program berbentuk akademi, motivasi, atau kerohanian untuk remaja dan belia

*Saya amat berharap agar laporan ini disamapaikan kepada semua pihak yang berkenaan demi keadilan semua!