A Tribute to WANITA UMNO
 
Kenapa denganmu hai WANITA

Kenapa denganmu hai WANITA
Kewajipanmu sering dipersia
Cuma emunsipasi menjadi agenda
Hanya ekonomi modal bicara
GRO dan bohsia sering dilupa
Kau alat untuk diperkuda
Mereka yang tamak kuasa dan harta
Kononnya WANITA mesti bersama
Menggembeling kudrat dan tenaga
Di sisi PEMUDA yang "perkasa".

Kenapa denganmu hai WANITA
Sungguh mulia asal kejadian
Rusuk PEMUDA menjadi bahan
An Nisa istimewa ditujukan
Kau hanya batu loncatan
Mengumpul pangkah untuk BARISAN
Kerana kuasa ingin dipertahan
Islam yang syumul jadi korban

Kenapa denganmu hai WANITA
Bukankah Allah sudah berfirman
Surah An Nur sebagai panduan
Menjaga auratmu bukti keimanan
Namun engkar dengan seruan

Lihat saja waktu perhimpunan
Kepala yang merah ribu-ribuan
Namun di pentas dan di hadapan
Jambul yang hitam tetap ditonjolkan
Inikah pembela agama Tuhan
Tuntutan yang kecil tidak diendahkan
Apatah lagi menagih pengorbanan
Jiwa raga dan harta sebagai taruhan

Kenapa denganmu hai WANITA
Katanya kau pembela bangsa
Kemiskinan harus dihapus segera
Kerana miskin dibenci agama
Penderaan mesti dibanteras jua
Kerana ia menyiksa jiwa

Bagaimana dengan segelintir mereka
Mendedah tubuh ke sini sana
Menjual suara ke selatan utara
Tiak kira muda remaja atau janda
Terkinja-kinja bagaikan gila
Menjadi idola anak muda
Yang baru belajar dosa pahala
Kenapakah kau biarkan saja
Adakah halal di sisi agama
Ataupun ia menjadi harta
Meraih undi kala pilihanraya?

Kenapa denganmu hai WANITA
Nasibmu kini dihujung tanduk
Walaupun tidak jemu berkokok
Membela mereka yang umpama beruk
Ke sana sini sentiasa sibuk
Menyebar dakyah berhati busuk
Haram dan kejam tetap diangguk
Demi menjaga nasi di dalam periuk

Kenapa denganmu hai WANITA
Dengarnya kau bergolak kini
Muslihatnya ingin mengambil hati
Membuang mereka yang tidak serasi
Namun setiamu tidak dipeduli
Kau dimalukan bertubi-tubi
Oleh "dia" yang sangat dikagumi

Bukankah ini menjadi bukti
Kau tidak diperlukan lagi
Masih belum insafkah diri
Ke pangkal jalan perlu kau kembali
Menegakkan ISLAM tidaklah rugi.
 
 
 

Aliya Zulaikha
Ogos 1999