PEMBELA MOHON SAKSI PENDAKWAAN DIDAKWA  KERANA MENGHINA MAHKAMAH

 KUALA LUMPUR, 18 Ogos   -- Sesi pagi perbicaraan kes  liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhenti tiba-tiba hari ini selepas
 pembelaan membuat permohonan untuk mendakwa pegawai  penyiasat kes itu kerana menghina mahkamah.

 Peguambela Anwar, Karpal Singh yang jelas marah mendakwa SAC  1 Musa Hassan sebagai "berbohong di mahkamah", berkata Hakim  Datuk Arifin Jaka patut mengambil tindakan segera dan  memerintahkan Musa di penjarakan.

 Arifin kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga pukul 2.30  petang dan meminta Karpal mengemukakan kes-kes rujukan  mengenainya sebelum meneruskan permohonan itu.

 Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah yang mengetuai  pendakwaan tidak membantah permohonan itu.

Perkara itu berbangkit apabila Musa ditanya mengapa dia tidak menghantar Azizan untuk pemeriksaan doktor. Musa mengaku bahawa dia tidak menghantar Azizan kerana pemeriksaan tidak perlu kerana insiden ini telah pun 'berlaku 5 tahun' dari tarikh Azizan mebuat laporan yang pertama.

Tambahan lagi,  dari segi bidang perubatan yang didakwa telah dirujuknya mengatakan "bahawa tiada sebarang kesan atau bukti yang boleh dilihat pada mangsa rogol atau liwat setelah ianya berlaku dalam jangkamasa yang agak panjang".

Bila Karpal menyakan Musa tentang pengalamannya dalam hal ini iaitu polis tidak perlu menghantar mangsa selepas lima tahun dari masa kejadian untuk pemeriksaan perubatan, Musa mengubah pendiriannya dan mengatakan  "Tidak".

 Anwar, 52 dan Sukma , 38, dituduh meliwat Azizan di No 10-7-2 Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar pada Mei 1994.

Pertuduhan itu dipinda tarikhnnya kepada Mei 1992 dan dipinda lagi kepada antara Januari dan Mac, 1993.

Semasa mendengar kenyataan Musa, Karpal menegaskan bahawa mahkamah patut menghentikan prosiding serta-merta kerana jika Musa didapati menghina mahkamah, maka dia tidak dibenarkan meneruskan testimoninya.

"Ini bukan bahan ketawa", kata Karpal kepada Musa yang dilihat tersengih dan ketawa. "Polis Senior tidak boleh datang ke mahkamah dan menipu  dan Hakim seakan membenarkannya"

 "Karpal! Saya tidak mengatakan saya tidak menghiraukan kamu. Saya akan beri 10 minit dan akan mengambil tindakan. Kalau awak mahu, saya bagi sampai tenaghari ini"...." Dua hari pun tak mengapa", sampuk Karpal.

"Saya tidak membantah jika hingga tengahari ini" kata Mohtar.
 

 "Clinical Forensic Medicine" dan "The New Police Surgeon" adalah buku yang didakwa oleh Musa sebagai rujukannya dan dia bersedia untuk menunjukkannya.
 

Bila ditanya ,sebagai pegawai penyiasat, adakah dia membuat rekomendasi untuk Azizan supaya perkara ini dibawa dibawah tuduhan liwat, Musa mengatakan "Tidak".

 Karpal: Adakah prima-facie yang membuktikan Azizan membuat kenyataan palsu?

 Musa: Tidak.

 Karpal: Jadi, apa yang diperkatakannya adalah benar semata-mata benar?? (Hadirin di Galeri Awam tergelak).

 Musa: Ya.

 Karpal: Tetapi pertuduhan telah dipinda sebagai natijah kepada notis alibi?

 Musa: Ya.

 Karpal: Walaupun itu adalah benar, ianya dipinda?

 Musa: Ya.

 Musa juga mengatakan walaupun dia berpengalaman dalam mengendalikan penyiasatan terhadap kes rogol, dia mengaku yang dia tidak pernah mengendalikan kes liwat.