CONFIRM MAHATHIR KE PAHANG... APA TINDAKAN KITA???!!!
 
Assalamualaikum.

1. Memang confirm datang ke Kuantan pada 24/8/99 sempena Hari Wanita. Nak ambil hati para wanita agaknya! Bertempat di Dewan Konvensyen Jalan Teluk Sisek. Kepada para wanita UMNO, kalau nak dengar kelentong dan tengok air mata buaya pergilah ramai-ramai ya!!!

2. Memang confirm Mahathir datang lagi pada 6/9/99. Tiba di airport TUDM Kuantan jam 9.00 pagi. Pihak kerajaan telah kerah kakitangan kerajaan seramai 5 ribu orang untuk sambutnya. Begitulah, asyik kena kelentong yang kununnya rakyat dan kakitangan kerajaan masih sokong. Tipu belaka. Kena maki hamun tu adalah.Masih tak sedar diri lagi Mahathir ni. Manakala
jam 9.30 pagi diadakan perjumpaan Mahathir dengan kakitangan kerajaan lagi dan guru-guru terpilih seluruh Pahang di Dewan SUKPA, Inderamahkota. Pihak kerajaan negeri akan kerah seramai kira-kira 5 ribu kakitangannya dan 5 ribu lagi guru-guru supaya hadir dengar si pembohong ni temberang lagi. Malangnya golongan pekerja kerajaan ni. Asyik kena jadi hamba
abdi Mahafiraun ni.

3. Manakala pada 7/9/99 pula, Si tukang kelentong ni akan bertolak ke Jengka dengan helikopter. Perjumpaan akan diadakan dengan peneroka-peneroka Felda dan penduduk Jengka termasuk seluruh warga ITM di stadium Jengka. Kerahan tenaga kehadiran akan dibuat oleh kerajaan negeri seramai 50 ribu orang seperti dikehendaki oleh Firaun ni kununnya untuk menunjukkan sokongan rakyat kepadanya. Kakitangan kerajaan betul-betul jadi macam hamba Firaun ni!

4. Sebarkan perkara ini kepada webmaster lain. Kepada rakyat yang cintakan keADILan, buatlah tindakan sewajarnya. Ini adalah maklumat sahih dari pihak kerajaan negeri!

zorro