AYUH - BERSAMA KITA TUMBANGKAN MAHADIR
 KENYATAAN AKHBAR
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH DARULAMAN
21 Rabiulakhir/ 16 Ogos 1999

Dewan Pemuda PAS Kedah akan melancarkan program Tawan Kubang Pasu dengan mengambil Parlimen Kubang Pasu sebagai parlimen angkat parti alternatif dan NGO pada 27 Ogos 1999, Bertempat di Bangunan PAs kawasan Kubang pasu, Kg. Tok Kesop, Jitra, Kedah

Program akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam di penuhi dengan acara petugas parti alternatif turun berjumpa dengan seluruh pengundi di parlimen Kubang Pasu berjumlah 47 356 orang di 40 daerah mengundi.

Sementara pada sebelah malamnya selepas solat maghrib ; semua peserta dan orang ramai dijemput untuk sama-sama menyempurnakan solat hajat bersama para ulamak seluruh Kedah. Majlis ceramah bermula jam 9.00 malam diisi dengan Pidato dari seluruh ketua pemuda parti alternatif dan NGO akan diadakan beserta dengan Deklarasi Tawan Kubang Pasu.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang bercita-cita untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang memberikan sahamnya dengan memberi sumbangan dan turun beramai-ramai ke Parlimen Kubang demi memastikan tunggak utama BN ditumbangkan dahulu .

Setiap parti alternatif dan NGO akan diberikan satu Daerah Mengundi Angkat dan petugas tempatan akan menjadi petunjuk jalan untuk bersama turun dari rumah-rumah kerumah sepanjang sehari suntuk.

Selepas selesai petugas parti alternatif dan NGO berjumpa dengan setiap pengundi laporan perkembangan akan diperolehi dari ketua delegasi masing-masing.

Jika didapati pengundi masih belum faham mengapa BN perlu dikalahkan, setiap parti alternatif akan diminta untuk melipat gandakan gerakkan mereka di Daerah Mengundi Angkat masing-masing. Program susulan akan diadakan secara berkala.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menjemput seramai mungkin petugas pemuda PAS, KeADILan, DAP, PRM dan NGO bagi Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak untuk turut telibat dalam program ini.

Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga tidak keberatan untuk menerima bantuan tenaga daripada petugas parti alternatif dari lain-lain negeri yang tersebut di atas.

Selain dari itu, setiap petugas pemuda kawasan dan MTD seluruh Kedah di wajibkan hadir untuk menjayakan program Tawan Kubang Pasu dan dianggarkan seramai 1,000 petugas pemuda dan wanita akan berkampung di setiap Daerah Mengundi.

DPPNK membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memberi sumbangan wang ringgit bagi perbelanjaan bahan cetak dan urusan lain sepanjang program ini. Segala sumbangan hendaklah di atas nama Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Mereka yang ingin bersama-sama dalam operasi Sehari Bersama Pengundi Kubang Pasu perlu mendaftar diri kepada Urusetia sebelum atau pada 25 Ogos.

Sebarang pertanyaan, sumbangan bahan dan wang ringgit sila hubungi Sdr Mohammad bin Ismail, Setiausaha Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, di alamat Pejabat Dewan Pemuda PAS Kedah. Tingkat Dua Bangunan Pas Kedah, 05000 Jalan Kota , Alor Setar Kedah . Telefon 7310659, fax 7309404.

Aris Awang,
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.