Lepuk-lepak IV
 
BUSUK MEMBUSUK
Khabar dari orang yang dekat dengan Jabatan Taktik Kotor Umno menyatakan  road-show Dr Mahathir baru-baru ini jadi shit dan tak guna seduit malah lagi busuk membusukkan namanya. Lagi orang marah bila Dr Mahathir seligi Ustaz Harun Din. Dulu, sebelum Anwar dipecat pun, orang dah memang marah Dr  Mahathir kerana bersikap setan terhadap Ustaz Harun Din. Tambah la ni, lagi teruk la orang marah dan bencikan saudagar auta kare tu.

Penarik Beca - Marahkan nyamuk bakar sampah

MALANG CIK DET
Dulu-dulu orang Melayu kata 'Malang Pak Kaduk'. Mungkin la ni boleh ganti 'Malang Cik Det'. Lagi kuat dia jual temberangnya, lagi marah orang kat dia. Sampai-sampai saudagar karut marut tu meracau merapu tak ketahuan hala macam
ungka wak wak. Agaknya sebab tulah dia la ni disembelih dan dimampus-mampuskan oleh BTN.

Penarik Beca - Makan ikan tak sembelih

"DR MAHATHIR NAK MAMPUS"
Bila Harakah baru-baru ni kata ada orang Dr Mahathir sendiri pakai strategi bantai Dr Mahathir untuk tarik undi, ese cubo-cubo cari cerito sebona. Nak jadikan nasib terjumpo seorang Cik Gu dari Johor. Katanya, memang betul dalam kursus BTN ada kata "Apa peduli Dr Mahathir? Paling lama setahun lebih lagi. Tak lama lagi dah Dr Mahathir nak mampus. Yang penting sekarang kita selamatkan Umno. Kalau Umno kalah, susah kita. PAS dia menang tak apa. Tapi, Keadilan ni kalau dia menang dia akan ikut saja DAP. DAP tu ejen Singapura. Tak lama lagi Johor ni akan terlepas kepada Singapura kalau Keadilan menang". Walaupun Dr Mahathir yang nampak parah, tapi Keadilan yang sakit dibesit fitnah. Ada satu lagi 'tapi'- tapi, nampak sangat Dr Mahathir dah gelabah sampai bagi BTN tibai dia untuk minta sedekah undi kepada Umno/BN.

Penarik Beca - minta sedekah kepada Tuhan

MARAH HARAKAH
Dah masyhur seluruh dunia, Dr Mahathir gelisah gelabah dengan semua perkara, dari orang sampai kertas semua jadi seterunya. Ada la seorang tokoh korporat wanita mengadu,  bila dia jumpa Dr Mahathir, orang tua gabra tu pandang dia atas bawah. Muka macam asam kecut terlebih peram. Dia pun tak tau apa salah dia. Bila ingat-ingat balik, baru dia teringat cerita tentang dia tah macam mana terkeluar dalam Harakah. Rupa-rupanya semua tokoh korporat yang ada keluar statement dalam Harakah menimbulkan marah Dr Mahathir. Dia tak suka ahli-ahli korporat buat komen tentang ekonomi dalam Harakah sebab dia tau rakyat mudah percaya bila ahli-ahli ekonomi yang tak nampak berparti buat kenyataan yang tak sedapkan hatinya dalam Harakah.

Penarik Beca - pernah jual Harakah