KINI
demi keadilan, kemajuan, perpaduan Isu No. 13 - 18 Ogos 1999


Larangan Melawat Laman Web: JPA Ketinggalan Zaman
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan arahan melarang kakitangan kerajaan menggunakan internet untuk melawat laman-laman web yang menentang kerajaan.
Beberapa perkara harus dijelaskan di sini. Menentang BN dengan menentang kerajaan adalah dua perkara yang berbeza. Pihak JPA harus faham bahawa apa itu kerajaan? Kerajaan bukan bermaksud Dr Mahathir, Menteri-Menteri, Kementerian-Kementerian, Polis dan Jabatan-Jabatan. Itu hanya sebahagian saja.
Institusi yang dipanggil kerajaan di Malaysia ini terdiri daripada tiga badan yang berasingan. Pertama badan Perundangan (Legislature) iaitu Parlimen. Kedua, badan Eksekutif, iaitu Kabinet dan Perkhidmatan Awam, di bawah jagaannya. Ketiga ialah  badan Kehakiman, iaitu mahkamah dan hakim-hakim.
Ketiga-tiga badan itu ada bidang kuasa masing-masing. Kesemuanya berfungsi untuk sebuah kerajaan yang ketua kerajaannya ialah Yang Dipertuan Agung. Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Dr Mahathir bukan ketua negara. Beliau hanya ketua kerajaan atau eksekutif.

Rakyat Menentang Mahathir, Bukan Menentang Malaysia
Kebangkitan rakyat sekarang ialah menentang Dr Mahathir dan UMNO serta BN pimpinannya. Rakyat yang tidak sukakan Mahathir dan BN bukan bermakna mereka menentang negara Malaysia. Mereka hanya tak suka parti Barisan Nasional, atau pun pemimpinnya, Dr Mahathir. Itu saja.  Turut ramai menentang Mahathir dan BN ialah kakitangan awam itu sendiri, termasuk guru sekolah, penuntut dan pensyarah di IPT.

Kalau BN/Mahathir Diganti, Perkhidmatan Awam Terus Kekal
Perkhidmatan Awam (Civil Service) adalah satu institusi yang sepatutnya berkecuali atau neutral dari politik kepartian. Tetapi kakitangan awam dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menyokong dan menjadi ahli mana-mana parti politik.
Jika BN kalah dalam pilihanraya umum nanti, Perkhidmatan Awam, dengan anggotanya lebih 800,000 orang itu, akan terus kekal untuk menjalankan pentadbiran awam negara. Kakitangannya tidak akan hilang jawatan.  Malah, barangkali, pengaruh mereka akan bertambah kerana pemimpin BN sedang bermaharajalela, tanpa menghiraukan kakitangan kerajaan yang lebih berpengalaman dan tidak berkepentingan.
Yang akan ditukar nanti hanyalah pemimpin politik BN. Pilihanraya umum akan datang ini adalah untuk memilih 192 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Yang akan hilang jawatan mungkin Dr Mahathir, Daim Zainuddin dan Ibrahim Ali (kerana tak dapat melompat sekali lagi).

Kerajaan Perpaduan Nasional
Dan kalau pihak pembangkang berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan unsur yang baik daripada pihak BN, seperti diharapkan pemimpin Alternatif, sudah pasti bahawa Kerajaan paling baik, yang terdiri dari semua pemimpin yang baik, sama ada dari BN atau pun pembangkang sekarang, akan dapat diwujudkan.
Katakanlah Kerajaan Alternatif dibentuk, maka Perkhidmatan Awam akan mendapat pemimpin-pemimpin politik yang baru untuk mengetuai kementerian-kementerian. Jemaah Menteri tentulah dianggotai dengan muka-muka baru. Perdana Menteri tentulah muka baru. Begitu juga menteri-menteri lainnya.
Setengah dasar-dasar negara akan turut bertukar. Dasar-dasar yang baik akan dikekalkan. Tetapi dasar-dasar tertentu, seperti penswastaan, akan dikaji semula. Mana-mana yang menindas dan membebankan rakyat akan dihapuskan.

JPA Hendakkan Katak Di Bawah Tempurung
Jadi ugutan dan ancaman pihak JPA ke atas kakitangannya yang melawat laman-laman web yang kritikal terhadap BN dan Dr Mahathir adalah satu langkah menyekat kebebasan rakyat, khusunya kakitangan awam itu sendiri, untuk mendapatkan maklumat terkini akan apa yang berlaku dalam negara ini.
Apa gunanya projek mega dan canggih MSC yang berasaskan konsep falsafah ‘langit terbuka’ dan globalisasi sekiranya JPA masih takut kakitangan awam menggunakan internet untuk melihat apa yang ada di langit terbuka? Rakyat tidak mahu lagi hidup seperti “katak di bawah tempurung”.

Azizan, Arifin Jaka Dan Jenaka
Sekali lagi, Azizan Abu Bakar memberi keterangan yang bercanggah. Semasa perbicaraan pertama Dato' Seri Anwar Ibrahim, dia mengaku dakwaan Anwar meliwatnya adalah palsu setelah ditanya beberapa kali oleh peguambela dan penterjemah mahkamah. Sehari selepas itu, dia menarik balik penafian itu dengan berkata dia terkeliru ketika disoal peguambela.
Pada perbicaraan kali ini, dia sekali lagi menunjukkan kelakuan yang sama. Minggu lepas, dia telah menyatakan bahawa polis yang menyuruhnya menukar tarikh peristiwa liwat ke tahun 1994. Tetapi pada Isnin, 16 Ogos, dia berkata pula dia yang melaporkan demikian kepada polis. Hakim Ariffin Jaka sendiri menyatakan bahawa keterangan Azizan bercanggah dan nampaknya, dia seorang yang tidak cerdik.
Dalam keadaan biasa, keterangan begini sudah tentu akan ditolak mahkamah. Saksi akan dianggap tidak boleh dipercayai. Walau pun peguambela Anwar berkali-kali cuba memecat Azizan sebagai saksi, mereka terus gagal.
Mustahil, Hakim Arifin Jaka akan membenarkan usul peguambela supaya Azizan dipecat dari menjadi saksi. Ini kerana tanpa keterangan Azizan, pihak pendakwa langsung tidak mempunyai kes. Dan pihak pendakwa tidak mempunyai sebarang bukti lain kecuali "pengakuan Sukma" yang telah dipaksakan daripada seorang yang disiksa.
Kita juga dapat menjangka bahawa Arifin Jaka akan menerima hujah pendakwaraya, dan usul memecat Azizan sebagai saksi akan ditolak. Sekiranya perbicaraan Anwar di bawah Augustine Paul menunjukkan bahawa keadilan telah menjadi tidak relevan, perbicaraan Anwar di bawah Arifin Jaka menunjukkan ini hanya satu jenaka. Inilah martabat mahkamah di mata rakyat hari ini.

Tamat

Sila lawat laman kami di:
http:// kini.webjump.com/

Para penerima diminta mencetak, menyalin dan mengedar Kini, terutamanya kepada mereka yang mungkin berminat. Kami juga menghendaki alamat e-mail supaya dapat mengirim risalah harian ini secara langsung.

Terima kasih atas kerjasama anda.

The MALAYSIAN
justice, progress, unity Issue No.  -  August 1999

Secrets? What secrets?
One used to assume that there was confidentiality in doctor-patient relations. It could safely be assumed that the fact that one had hemorrhoids -- piles, in common speech -- or that one suffered a psychological upset was a private matter between doctor and patient.
Not any more. Not since the attempt to try and nail Anwar Ibrahim as a homosexual, by fair means or foul. Fortunately, no Catholics are involved as the confidentiality of the confessional would probably have been breached as well.
Poor Sukma, allegedly sodomised by Anwar, definitely sodomised with two fingers while in police detention, metaphorically sodomised by having every private detail examined and photographed, his medical history exposed and enlargements of photographs of his anus submitted as exhibits!
Thus, yesterday, the AG brought in a surgeon in yet another attempt to try to cast doubts in the minds of the public regarding Sukma’s denial of ever having been sodomised by Anwar, despite the fact that the charge does not refer to this at all. Come to think of it, it is all a little curious that armed with confessions, they have not charged Anwar with sodomising Sukma and Munawar.
The NST and The Star headlined the story “Surgeon: Sukma's anus was swollen” and “Doc: Sukma had surgery on anus”, implanting the thought as to why he might have had a swollen anus or had surgery done on it.
It was left to Bernama to put the proper ‘spin’ in a report headlined, “Sukma sought treatment for anal fissure, Anwar's sodomy trial told”. That report began with the following three paragraphs:
“KUALA LUMPUR, Aug 17 (Bernama) -- A consultant surgeon told the High Court here today that he examined Sukma Darmawan Sasmitaat Madja in 1997 and found a fissure or a tear and haemorrhoids in his anus.
Dr Abel W.K. Arumugam of the Subang Jaya Medical Centre said the tear could have been caused by a rape or the introduction of a large hard object into the anus.
However, the doctor said, the most common cause of a fissure (a tear in the anal skin and mucosa) was a large hard stool that passed through the anus of a person.”
Note the order: first, say there was a tear; then, say that the doctor said the tear could have been caused by rape or introduction of a large hard objection; then only report that the doctor said the “most common cause of a fissure” was a large hard stool. Of course the idea is that we should ignore the “most common cause” and go with the hypothetical ones.
Well, whatever the ‘spin’, the moral of the tale is quite clear: expelling stubborn stool can be a painful experience, and can cause some tearing; but at least this is followed by the joy of relief. Not expelling it is worse as it leads to great dis-ease. And indecision as to the right course of action could eventually lead to the need for an enema -- and that, for sure, is a most undignified and ignominious event.
*****
Some spins don’t wash so easily
In a report, released by the NEAC, Merrill Lynch has taken a strong investment stance on Malaysia, recommending that foreign investors convert existing cash in their external accounts into equity as it says that local stocks and shares are “still very attractively priced” despite the recent two-day rally.
Now we do wonder why Merrill Lynch didn’t release the report itself, but instead had it released through the NEAC? Perchance, Merrill Lynch hasn’t been appointed a consultant to the present government, joining foreign firms Salomon Smith Barney and Goldman Sachs? If so, then the NEAC did a silly thing: they should have made sure Merrill Lynch released the report, independently. To be fair, the report itself is a little more circumspect.
In any case, as in the comics series, ‘Spy vs Spy’, let’s look at what another foreign investment analyst is saying. In this age of the knowledge and information society, one must consult as many sources as possible before coming to a conclusion: basing one’s conclusion on just one point of view can be disastrous, as happened in the JE that was not a JE outbreak tragedy.
In a report dated 16th August, ING Barings noted -- and we apologise for the ‘fundspeak’ -- “there is a real dichotomy of opinion over Malaysia. Some see it as the ‘lucky country’ -- with the human and natural resources to survive and, indeed, recover on its own. But others think that if Malaysia has been moving in the right direction recently, its stock market has been going up for the wrong reasons. The argument for liking Thailand, Korea and Singapore is restructuring. Countries and companies are taking steps to make sure what happened won’t happen again. But that just hasn’t been the case in Malaysia. For people who think this way, that the structural/strategic issues are still at least as important as the capital control/MSCI issues, it is unlikely that they will feel compelled to go right up to neutral. It would be one thing to go in regardless of the past because it was a very inexpensive market. But on 18 times this year’s earnings and 17 times next year' s, it’s at a 15% discount to Singapore, which most would reckon is entirely justified.”
You make up your mind.
*****
Hishammuddin is right!
Yesterday, speaking from Ipoh, Umno Youth Chief Hishammuddin Tun Hussein said that Malaysians have shown maturity in not believing in rumours and lies over the Internet.
He’s right, although the example he cited was inaccurate and spurious. He said that there was a rumour that there would be riots when Dr Mahathir went overseas. What really happened was someone remarked that on some previous occasions, when Dr Mahathir was away, certain untoward events have occured, citing Memali as an example.
Hishammuddin was also being a little narrow-minded: Malaysians have shown maturity in discounting lies, whether on the Internet, in the mainstream print media, or on television and radio. And we have done so without fear or favour: unfounded rumours popping up in reformasi mailing lists have been shot down by other members, while equally unfounded accusations by pro-UMNO supporters, calling Anwar names like ‘Brother Liwat’, have also been discounted.
On the other hand, well-argued and reasoned analytical pieces have been much welcomed. Given the control and one-sided ‘spins’ in the mainstream print media as well as on tv and radio, it is hardly surprising that many have turned to the Internet for ‘the other side of the story’, the side that is not told in the mainstream media.
Websites offering such information and analyses have quickly gained a reputation and following. So much so that investment analyst ING Barings notes in their report cited above: “By the way, for a contrarian reporting source on Malaysia, one website some investors like to use is http://www.freemalaysia.com. Although it is openly political (not that the title wouldn’ t suggest it) in siding with Anwar, it was one of the first to report that Daim was going to end up controlling one of the new merged banking groups.”
We don’t like to self-advertise, but if you are interested in some exposés of documents not meant for you to see, do take a visit to our website, if you have Internet access; if not, ask a friend to print it out for you.

END

Visit our website at:
http:// berita.webjump.com/
Readers are urged to print, copy, forward and distribute The Malaysian to those who may be interested. We would appreciate receiving e-mail addresses to which we can send this daily newsletter directly.
Thank you for your cooperation.