ANWAR MESTI DISELAMATKAN DARI PENJARA SUNGAI BULOH

Kalau di Turki, tiada yang lebih mengejutkan seluruh rakyat negara itu beberapa minggu lalu melainkan gempa bumi yang  meragut berpuluh ribu nyawa. Tetapi kita di Malaysia, ‘gempa bumi’ yang berlaku pada 10 September 1999 benar-benar membuatkan seluruh rakyat tersentak dan tergamam bercampur marah yang meluap-luap, bilamana DS Anwar Ibrahim diracun oleh konspirator yang mahu menamatkan riwayatnya.  Suatu kezaliman yang tiada tolok bandingnya telah sanggup dilakukan oleh manusia berhati serigala, berwajah Iblis bernama Mahathir bin Mohamad. Misi beracun itu telah dilaksanakan secara
profesional oleh Aziz Shamsuddin, barua laknat belaan Iblis Mahafiraun itu beberapa bulan dahulu akibat dendam yang tidak pernah padam.

Si Firaun puaka itu sebenarnya telah mengirim ‘mesej’ yang jelas (operasi membunuh Anwar) ketika Perhimpuan Agung UMNO Jun lepas dengan mengatakan bahawa Anwar akan menjadi ‘sejarah’ . Ketika itu beliau cukup yakin bahawa misi beracun yang dilakukan oleh Aziz Shamsuddin (wahai Tuhanku, Engkau laknatkanlah manusia iblis ini) akan membuahkan hasil tidak berapa lama lagi kerana tanda-tanda yang diperlihatkan oleh fizikal Anwar sudah agak kelihatan.   Ketika itu mungkin tiada seorang pun di antara kita yang terfikir bahawa apa yang tersirat di sebalik ungkapan yang tersurat oleh Mahafiraun itu (Ya Allah, timpakanlah laknatMu ke atas Bapak Segala Iblis ini) merupakan “luahan isi hatinya” mengenai  operasi membunuh Anwar menggunakan racun tersebut. Tidak terlintas langsung di fikiran kita rakyat Malaysia seramai 22 juta orang ini bahawa mesej Mahafiraun itu (Ya Allah, atasnya laknatMu) sebenarnya beliau ingin menyampaikan ‘berita’  bahawa ajal Anwar sudah terlalu hampir !

Akibat perbuatan durjana manusia berhati serigala itu, Anwar kini sedang bertarung dengan maut. Namun berpantang maut sebelum ajal. Insya Allah, Anwar akan dipanjangkan lagi umurnya oleh Allah s.w.t., Tuhan yang merajai sekalian alam, yang memegang ruh dan jasad hamba-hambaNya. Berkat doa dan solat hajat yang dibuat oleh majoriti Muslimin dan Muslimat di seluruh  dunia, saya yakin, Insya Allah, Anwar akan selamat dan akan pulih dari bisa racun tersebut, meskipun mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Insya Allah. Selain itu, doa dan solat hajat hendaklah diteruskan supaya Allah s.w.t. melindungi Anwar dari segala musibah. Kita masih memerlukannya untuk  memimpin negara kita menuju masyarkat madani dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Sungguhpun Anwar , Insya Allah akan selamat dari percubaan membunuhnya melalui racun itu, namun  SAYA INGIN MEMBERI AMARAN KERAS SEKALI LAGI kepada pejuang-pejuang kebenaran dan keadilan sekalian, bahawa nyawa Anwar masih tidak selamat sekiranya beliau kembali ke dalam penjara Sungai Buloh. Nyawa beliau akan bertambah tidak selamat sekiranya Ariffin Jaka, selepas ini akan menjatuhkan hukuman penjara yang panjang atas kesalahan “meliwat”
Azizan Abu  Bakar ( seorang pembela “agama dan bangsa” yang ditangkap khalwat dan berzina beberapa hari lepas di Melaka ).  Selepas Ariffin Jaka menjatuhkan hukuman penjara kali ini, para keparat ENAM JAHANNAM tersebut  akan buat ‘relaks’ seketika dan akan  mengendurkan buat sementara operasi mereka yang  seterusnya ke atas Anwar. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, melainkan untuk  melekakan kita agar ‘melupakan’ buat seketika akan keselamatan Anwar yang sedang dipenjarakan.  Untuk tempoh yang agak lama (mungkin setahun), para konspirator tersebut akan membiarkan Anwar berada dalam keadaan “selesa” di dalam penjara dengan harapan para penyokongnya terlupa akan nyawa Anwar yang sedang berada dalam penjara itu. Saya tidak tergamak untuk “mendedahkan” pelan kejahatan mereka seterusnya, bimbang kalau-kalau akan memberi ilham kepada iblis-iblis tersebut untuk melakukannya ke atas Anwar.

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah kita WAJIB meningkatkan tekanan ke atas Mahafiraun itu (Ya Allah,timpakan laknatMu atasnya) agar Anwar  dibebaskan kerana beliau sama sekali TIDAK BERSALAH ! Segala pertuduhan yang
dilemparkan ke atasnya semuanya DUSTA DAN PALSU belaka. Ketahuilah saudara-saudari semua bahawa TANGAN-TANGAN GHAIB DI BELAKANG ARIFFIN JAKA DAN AUGUSTINE PAUL ITU IALAH MAHAFIRAUN DAN DAIM ZAINUDDIN !!. Kedua –dua ekor Iblis inilah yang menentukan hukuman ke atas Anwar. Ariffin Jaka hanyalah HAKIM BONEKA ! Kalau anda tidak percaya, tanyalah hakim boneka itu.

Bagaimana kita mahu meningkatkan tekanan kepada FIRAUN GILA itu ?  Caranya ialah dengan kita mengadakan demonstrasi reformasi secara berkala dan  sistematik setiap minggu. Biar anjing-anjingnya keletihan mengejar para reformis sekalian. Kita adakan reformasi setiap minggu sehinggalah FIRAUN GILA itu  bersetuju untuk membebaskan Anwar baik membebaskannya langsung atau ikat jamin.  Selain itu, saya ingin mencadangkan agar kita mengadakan solat hajat yang khusus memohon kepada Allah agar Dia mencabut akal FIRAUN GILA itu agar benar-benar GILA !! Nanti kita akan arak dia sampai ke Hospital Tampoi. Kita juga boleh meminta  agar  Allah mengirimkan petirNya yang membelah dada FIRAUN GILA itu. Biar kita tengok hati serigala yang bersarang di dalam dadanya. Kalau dia tidak memiliki hati serigala, tidak mungkin dia sanggup berlaku terlalu kejam sebegitu kepada musuh politiknya.

Di bawah ini saya perturunkan doa untuk memusnahkan FIRAUN GILA itu (doa pemusnah orang zalim). Harap diamalkan selepas solat hajat  selama 40 hari berturut-turut;

Kaifiatnya;

1. Mula-mula selepas solat, hadiahkan Al Fatihah kepada Nabi s.a.w. dengan Ila hadhratin nabiyyil mustaffa Rasullillah…….

2. Kemudian hadiahkan Al Fatihah kepada Khalifah Ar Rasyidin, malaikat yang empat, ibu bapa dan muslimin muslimat sekalian.

3. Lepas itu bacalah Surah Tabbattyada TANPA Bismillah 40 kali. Diikuti doa berikut;

Allahumma ahlik ‘aduwwi  (sebutkan namanya dan nama ibunya – dibintikan kepada ibunya ), kama ahlakta ‘a’da il anbiya ii wal mursalina waqhar (sebutkan namanya binti ibunya) fii hadzihis sa’ah. Allahumma ya qahira ya dzal bath syissyadid ya fa’ 'alullima yurid. Allahumma  ahlik aduwwi (sebutkan namanya binti ibunya) bi haqqi suurati tabbat yada, wa bihurufi
tabbatyada wa bikalimati tabbatyada. Allahumma  bi sirri  anbiya ika wa rasulika  wa bi sirri habiibika Muhammadun ‘alaihi afdhalas solatu wassalam, wa bi sirri  qahri jalalika  wa bi sirri  jayyidi asmaa ika wama anzaltahu fii kitabika. Maaliki jam ‘ie riqa bil ‘ibad, fa innaka qulta, wa qaulukul haqq, ud’uuni astajib lakum Innaka la tukhliful mii ‘aad, ya qadhiyal haajat ya mujiibad da’watt ya qaa diru ya qaahiru ya kabiiru fa innaka ‘ala kulli syai in qadiir. (Tulis semula dalam jawi bagi mereka yang tahu jawi)

Seeloknya berpuasa sunat dulu 3 hari sebelum solat hajat dan membaca doa di atas. Mendoakan kecelakaan ke atas  orang zalim adalah tidak salah dan merupakan amalan nabi-nabi dahulu sepertimana yang dikisahkan dalam Quran bilamana nabi-nabi berdoa agar Allah memusnahkan kaumnya yang zalim). Kita mohon kepada Allah agar pemimpin yang zalim itu dimusnahkan Allah sebelum dia melakukan kerosakan yang lebih besar lagi terutama waktu pilihanraya nanti.

P/s: Berita yang baru saya dengar – isteri Mahafiraun yang berambut palsu -  patah tangannya, mungkin terjatuh. Sebab itu dia tidak iringiMahafiraun buat roadshow.

Cucu Datuk Bahaman