LAGI TAKTIK KOTOR UMNO MELALUI IKIM

Ketua Pengarah IKIM ketika meeasmikan satu upacara yang kononnya untuk menjaga wanita. Lapuran akhbar tentang majlis lebih kurang menyatakan bahawa Kerajaan akan naikkan nilai maskahwin ke nilai RM2000. Alasan KP IKIM berkenaan ialah supaya lelaki lebih ‘appreciate’ wanita.

Agaknya ramai di kalangan pendokong PAS akan ulas isu baru ciptaan IKIM ini. Pesan saya, kena hati-hati dan berhikmah ketika melayan kerenah kepala otak sekular seperti ini. Yang pasti, IKIM sekarang bercakap sebagai lidah ugama UMNO. UMNO tahu bahawa wanita adalah aset pilihanraya, UMNO melalui jakim akan mengatakan apa saja walaupun bertentangan dengan ilmu yang dipelajari. UMNO melalui JAKIM melancarkan program memujuk wanita supaya setuju dengan IKIM, yakni UMNO. IKIM dan UMNO ingat wanita akan setuju dan saya pun pada mulanya agak bimbang juga, tetapi apabila isteri marah-marah kerana memdapat tahu ucapan KP IKIM itu, lega semula jadinya.

Berikut ialah soalan dan jawaban dari buku 600 JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA Jilid 2 oleh Ustaz Dato’ Haji Ishak Baharom, Ustaz Haji Ismail Kamus, Ustaz Ahmad Baei Jaafar dan Ustazah Fatimah Omar yang diselenggara oleh H.M.Tuah Iskandar ( ISBN 967-86-0155-9 ) Hak Cipta Karya Bistari Sdn.Bhd. Sila rujuk mukasurat 291~292. ( semoga mendapat keizinan penerbit demi melawan sekular )

Soalan 365 : Kenapakah maskahwin antara negeri-negeri di Malaysia ini berbeza-beza?.Berapakah jumlah maskahwin yang paling tinggi dan paling rendah mengkiut sunnah?

Jawaban : Islam tidak menetapkan jumlah maskahwin . Islam cuma mewajibkan si-suami memberi maskahwin kepada isterinya mengikut termampu baginya sama ada berbentuk wang atau benda atau ilmu ( mengajar ilmu yang berfaedah pada isteri ). Walaupun jabatan agama di setiap negeri telah menetapkan jumlah maskahwin, tapi dia masih boleh diputuskan sendiri oleh suaminya setelah melalui suatu rundingan samaada hendak diberi wang, barang ataupun ilmu. Pihak isteri juga boleh meminta maskahwin sesuka hatinya, akan tetapi janganlah permintaan itu sampai menyusahkan bakal suami pula. Maskahwin mengikut sunnah adalah yang paling rendah. Kerana Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik-baiknya wanita ialah yang rendah maskahwinya.”. Islam tidak menggalakkan maskahwin yang mahal.

Jawaban ini diberikan oleh Ustazah Fatimah Omar. Buku ini diterbitkan sudah beberapa lama dulu. Mungkin pada pendapat KP IKIM, pendapat ini tidak sudah tidak relevan lagi !. Namun kalau dia secara sengaja atau cuba buat luba tentang sabda Nabi S.A.W itu, dia seolah-olah membelakangkan sabda Nabi S.A.W demi memujuk wanita untuk berpaling semula kepada UMNO. Yang menjawab soalan itu juga seorang wanita, dia jawab secara jujur dan tidak ada kepentingan diri pun. Kalau Ustazah itu serupa kepalanya dengan KP IKIM, dia tak akan jawab soalan sedemikian baik. Lainlah kalau soalan itu ditanya kepada SISTER IN ISLAM, nescaya dia akan jawab seumpama KP IKIM jawab.

UMNO tahu kalau Mahathir yang cakap supaya maskahwin kena ditinggikan, UMNO bimbang pulak nanti orang kata UMNO nak cari pengaruh. Lalu IKIM menjadi perisai UMNO. Tetapi dalam keadaan orang berpusu-pusu mendekati Presiden KeADILan dan Puteri Reformasi Nurul Izzah yang wanita itu, rasanya wanita akan ketawakan saja cakap IKIM itu kerana mereka tahu cakap IKIM ialah cakap UMNO yang mana mereka semuanya sekular. Wanita tahu, sekarang pun orang lebih menutamakan adat dari syarak, ‘belanja’ dibesarkan dari maskahwin. Namun, dalam keadaan begitu pun KP IKIM wanita kena appreciate dengan cara naikkan maskahwin. Otak singkat!.

Sekian

muramozi