Falsafah Islam Dalam Sains Perubatan

Tidak lama dahulu Mahathir telah mengatakan bahawa Dr. Harun Din menipu orang awam dengan menjual air jampi dan
semuanya bohong dan tak ada orang yang boleh berjampi untuk mengubat pesakit. Berikut adalah jawapan saya:
 
Pengenalan:

Perubatan Islan didefinasikan disini sebagai satu sistem perubatan yang mempunyai beberapa sub-sistem yang selari dengan
ajaran Islam seperti perubatan rohaniah, perubatan Nabi dan perubatan Unani. Ketiga-tiga sistem ini diintegrasi secara
harmonis sehingga melahirkan satu kardah perubatan yang menyeluruh dengan beberapa kaedah dan pendekatan.

Perubatan Islam mempunyai beberapa perbezaan dengan perubatan moden (barat ) khususnya dari segi falsafah dan
pengiktirafan terhadap kaedah - kaedah yang berbagai - bagai ( cth. Berdoa sebagai satu cara rawatan ), sungguhpun begitu
terdapat persamaan dari segi material medika ( ubat - ubatan ) yang digunakan dan penggunaan  teknoloji dan inovasi untuk
tujuan perubatan.

Dalam tamadun Islam bidang perubatan menjadi cukuo istimewa kerana ia adalah sains yang paling awal berkembang, paling
masyhur dan unggul.

Perubatan Islam lebih menjadi pilihan utama dan berkembang sebagai bidang ilmu yang saintifik didalam banyak bahagian dunia
Islam khususnya dikawasan Indo Pakistan.

Larangan Islam terhadap tengung nasib dan sihir mendorong perubatan yang rasional berkembang pesat. Seorang sahabat
Rasullah, Harith Ibn Khalada adalah antara saintis awal muslim yang mengajarkan perubatan saintifik ala Galenisme kepada
penduduk- penduduk Madinah setelah ia mempelajari ilmu perubatan itu di Jundishapur, Iran. Ini juga menunjukkan dengan
jelas bahawa aktiviti-aktiviti saintifik telah bermula ketika Rasullah masih hidup dan bukan selepas kewafatan baginda
sebagaimana yang didakwa oleh ahli sejarah sains moden.

Sains perubatan Islam berkembang pesat bukanlah secara kebetulan tetapi kerana ia menpunyai dasar dan falsafah yang kukuh
dan serasi dengan ajaran dan tuntutan Islam. Sains perubatan bertitik tolak dari idea - idea konseptual seperti konsep manusia,
hubungannya dengan alam, konsep sihat dan uzur, penyebab kepada keuzuran, bagaimana mengembalikan kesihatan,
makenisme dan tindak balas badan serta organ dan lain-lain idea yang  sebenarnya bersifat falsafah. Kajian dan pemahaman
tentang sains perubatan Islam menunjukkan bagaimana falsafah berkembang menjadi sains yang praktis dalam kehidupan
manusia. Dalam kata lain, dari
falsafah lahirlah sains.

Sejarah  dan Pencapaian Sains Perubatan Islam

Sejarah sains perubatan Islam mempunyai sejarah yang cukup panjang. Kemuncak pencapaian perubatan Islam ialah dalam
zaman Abbasiah dan berlanjutan sehingga zaman pertengahan. Idea - idea tentang perubatan dan juga farmakologi banyak
diserap  dari kaedah perubatan Hippokrates dan Galen dari Yunani yang telah berkembang sejak abad ke -4 SM lagi. Tetapi
idea - idea Yunani ini tidaklah diambil secara membabi buta sebaliknya diubah suai dan disesuaikan dengan ajaran Islam yang
berdasarkan Al -Quran dan Sunnah.

Pencapaian dan kemajuan perubatan Islam boleh dilihat dari ketokohan para doktor Islam seperti Ibn Sina, Al - Zahwari dan
lain - lain dan kerya-karya besar mereka serta dengan melihat inovasi-inovasi dan pemikiran baru dalam bidang perubatan.

Sebuah kitab yang ditulis oleh Ibn Usaybiah yang bertajuk Uyun Al - Anba Fi - Tabaqat Al - Tibba ( Nama-nama masyhur
dikalangan para doktor ) menyenaraikan sejumlah 37 nama para doktor yang terkenal dan karya-karya mereka. Manakala
dalam Kitab Ibn Al - Qifti yang bertajuk Tarikh Al- Hukama terdapat 23 nama para doktor Islam dan karya-karya mereka. Ini
menunjukkan kecemerlangan profesyen perubatan dalam tradisi Islam.

Beberapa nama besar dalam sejarah perubatan Islam seperti Ibn Sina, Al-Razi dan Al-Zahrawi ( sekadar menyebut beberapa
nama ) menjulang sampai ke Universiti - universiti di Eropah dan karya-karya mereka menjadi teks utama sehinggalah keabad
19 Masihi.

Ibn Sina ( ms 1037 ) merupakan seorang doktor Islam yang produktif. Sejumlah 456 buah buka yang dikatakan hasil karya
beliau. Antara karya beliau yang terkenal ialah Qanun fi Tibb , yang mengadungi 5 jilid. Kitab beliau itu digunakan selama lebih
6 abad di Universiti - universiti di Eropah. Kitab ini menceritakan gejala-gejala penyakit seperti diabetis dengan baik, penyakit
penyakit jangkitan seks dan, penyakit penyakit berjangkit lain seperti TB. Sebuah kitab beliau yang
lain As-Syifa, adalah sebuah karya besar yang menyentuh aspek psikologi dan juga aspek-aspek falsafah.

Al - Zahrawi ( m 1013 ) adalah doktor Islam dari utara Afrika. Karya beliau Al-Tasrif diterjemahkan kedalam beberapa
bahasa  Erolah dan menjadi rujukan penting di Fakulti-fakulti perubatan di Eropah pada zaman pertengahan. Ciptaan beliau
juga yang berupa alat-alat pembedahan memperkayakan lagi pengetahuan pembedahan dalam perubatan.

 Sumbangan-sumbangan penting lain Islam dalam bidang perubatan ialah penubuhan hospital-hospital baik untuk orang awam
atau untuk kerja-kerja penyelidikan. Untuk menjaga mutu perkhidmatan hospital dan pengamal-pengamal perubatan
pengawas-pengawas yang dipanggil  Muhtasib memainkan peranan yang penting melalui Jabatan atau Dewan Al-Muhasabah.
Pengamal-pengamal perubatan Islam juga mempunyai kod etika yang menyamai kod etika Hippokrates  dan
dipertanggungjawabkan secara langsungdalam amalan perubatan mereka.

Pencapaian yang disentuh secara ringkas diatas adalah bukti jelas keunggulan perubatan Islam  sebagai satu sains walaupun
dengan ukuran dan standart barat dan perbincangan seterusnya akan menunjukkan bahawa perubatan Islam agak unik kerana
kesepaduannya dengan falsafah.

 Perubatan Nabi atau Tibb Nabawi dan  Perubatan Rohaniah atau perubatan Al- Quran

Perubatan Unani atau Galenisme ialah doktrin perubatan Yunani yang diserap dalam perubatan Islam. Galenisme yang dipraktis
oleh umat Islam lebih tepat diistilahkan sebagai Galenisme Arab kerana telah mengalami ubah suai yang bayak supaya selari
dengan idea-idea Islam. Asas -asas penting doktrin Galenisme ini ialah doktrin humoral dan farmakologikal Galen. Kebanyakan
ahli-ahli perubatan Islam menerima perubatan Unani dan diintegrasikan dalam perubatan Islam kerana ia dianggap sebagai
perubatan yang bersumber daripada humaka-humaka terdahulu yang diberi kebijaksanaan ( wisdom ) oleh Allah S.W.T.

Perubatan Nabi atau Tibb Nabawi ialah doktrin perubatan yang berasal daripada ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Doktrin
tersebut dibentuk daripada hadis-hadis dan Sunnah Rasul, yang termasuk hadis yang dianggap lemah sanadnya. Ini termasuk
dalam hal asal-usul penyakit , simptom dan juga ramuan ubat. Turut termaktub dalam dotrin tersebut ialah  penggunaan
bahan-bahan seperti madu memalui pemakanan atau pun penjagaan kesihatan penjagaan kebersihan.

Perubatan rohaniah ialah perubatan dengan menggunakan doa sama ada secara langsung atau melalui bahan tertentu seperti air
atau sebagainya. Doa doa ini biasanya diambil dari ayat-ayat Al-Quran atau Hadis dan dibaca oleh seseorang yang dipercayai
alim atau mempunyai keramah. Walaupun perubatan rohaniah amat kerap digunakan untuk merawat penyakit yang disifatkan
bersifat rohaniah atau psikosomatik, tetapi ia juga digunakan untuk merawat penyakit-penyakit kronik dan penyakit biasa yang
lain. Ia juga sering menjadi pelengkap kepada kaedah-kaedah rawatan secara Unani , perubatan Nabi bahkan oleh perubatan
moden.

Walaupun, wujud pendekatan yang agak berbeza dari ketiga-tiga jenis perubatan Islam ini, namun setiap satu boleh berdiri
sediri dan juga saling melengkap dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Beberapa ahli sejarah perubatan seperti  C. Burgel
cuba membuat pembahagian secara diakotoni antara perubatan Unani dengan perubatan lain atas alasan perubatan Unani
adalah perubatan yang berasaskan rasionaliti manakala perubatan Rohaniah dan Tibb Nabawi adalah perubatan keagamaan
dan bukan rasional. Tetapi jika dilihat dari segi amalan dan juga idea disebalik amalan ini kita akan dapati bahawa
ketiga-tiganya adalah
saintifik dan mempunyai sumber ambilan yang sahih.

 Manusia sebagai mikrokosmos alam dan makrokosmon

Dalam pandangan Islam, terdapat satu hubungan yang sepadu  antara alam dengan setiap makhluk yang hadir didalamnya
termasuklah manusia.Kerana hubungan yang cukup rapat inilah maka manusia disebut sebagai alam kecil (mikrokosmos / alam
soghir )  manakala alam ini sendiri adalah alam besar (makrokosmos / alam kabir )

Dalam faham kosmogoni Islam manusia menduduki hairarki yang tertinggi dari semua kejadian dan dianggap sebagai
sebaik-baik kejadian yang dicipta Tuhan. Allah telah menjadikan apa yang ada dialam ini, wujud pula secara simbolik dalam
tubuh manusia.

Oleh itu manusia walaupun tidak dapat mengetahui alam ini seluruhnya dengan pancaindera tetapi ia dapat memahami alam ini
dengan mengkaji dirinya sendiri.

Pengetahuan anatomi dalam tradisi Islam bukan sahaja berdasarkan maklumat-maklumat emperikal malah melalui analogi
kosmik yang berunsurkan falsafah berdasarkan konsep hubungan mikrokosmos dan makrokosmos . Ahli - ahli falsafah seperti
Ikhwan Al-Safa banyak menggunakan analogi kosmik dalam menghuraikan sistem anatomi dan fisiologi  manusia dan bukan
melalui pembedahan!.Contohnya adalah tujuh anggota penting manusia iaitu otak, urat-urat halus, urat besar, tulang, daging,
darah dan kulit adalah gambaran adanya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.

Konsep Insan sebagai mikrokosmos ini bukan hanya menjadi pegangan ahli-ahli ilmu di Timur tengah malah tersebar sampai
kealam Melayu dan satu contoh yang>MAHASI paling nyata dalam Kitab Bustan
Al-Salatin, karya Syeikh Nurudin Al- Ranin, yangmemberikan analogi
antara insan dengan alam ini seperti katanya

'       Sebermula lagi barang yang dijadikan Allah S.W.T dalam bumi ini adalah dalam ujud insan, bahawa ada bagi bumi gempa maka ada bagi insan itu gerak-gerak tubuhnya dan ada bagi bumi itu tetap maka  adalah bagi insan itu sabar menahani hatinya dan ada lagi bumi itu mata air dan sungai maka adalah bagi insan itu uratnya, dan ada lagi bumi itu tumbuh-tumbuhan maka ada bagi insan itu rambutnya dan ada bagi bumi itu bukit dan batu maka adalah bagi insan itu segala tulang dan sendi dan ada bagi bumi itu laut maka adalah bagi insan itu perut. Dan ada bagi laut itu ikan makan adalah bagi insan itu gelang-gelang ( cacing ) demikan lagi ada bagi bumi itu segala binatang maka adalah bagi insan itu kutu dan kuman. Dan ada bagi bumi itu segala unggas dan segala binatang jijik dan binatang liar dan binatang yang buas-buas dan yang melata maka adalah bagi insan itu segala perangai yang jahat dan perangai yang baik…( Bustan Al- Salatin , mss. )

Selain daripada melihat manusia sebagai makhluk yang kompleks dari segi fizikalnya melalui anatoni dan juga analogi kosmik, Syekh Nuruddin juga menekankan ciri spiritual yang ada dalam diri manusia. Aspek speritual yang diterangkan adalah seperti berikut : "…Adapun pancaindera batin itu lima perkara jua.
Pertama : khayal tempatnya pada ubun-ubun.
Kedua: waham tempatnya pada sisi khayal juga.
Ketiga: fikir tempatnya disisi waham juga,
Keempat: faham tempatnya disisi fikir juga,
Kelima: hafaz, tempatnya pada kesudahan kepala diatas kuduk, Dan dijadikan Allah Taala dalam wujud insan itu
empat jauhar,
              pertama; roh;   kedua; Ashiq,   ketiga; Aqal;    keempat; Nafsu
dan dijadikan Allah Taala bagi roh itu emoat sifat iaitu empat perkara  nafsu p
             pertama amarah,    kedua lawamah,   ketiga malhamah dan     keempat mutainnah.
Maka adalah empat perkara jauhar itu tertakluk pula dengan empat anasir… ( Bustan Al-Salatin )

Pandangan ini mencetuskan perspektif bahawa konsep kesihatan mestilah merangkumi kesejerahteraan dan juga aspek fizikal dan juga spiritual. Pandangan seperti diatas juga mendorong manusia melihat sebagai makhluk yang sepadu dan langkag-langkah rawatan mestilah mengambil  kira kesepaduan ini.

Hubungan antara mikrokosmos dan makrokosmos ini saling melengkapi. Perubahan dalam alam akan meninggalkan kesan kepada manusia. Oleh itu selain dari punca-punca dalam badan yang menjejaskan kesihatan, ahli-ahli perubatan Islam menerima enam faktorkhususnya yang dari luar yang penting dalam mempengaruhi kesihatan. Enam faktor yang
dinamakan  'sittah daruriyyah' ini adalah seperti berikut;

1. Udara dan persekitaran

Dalam sistem perubatan Islam udara amat penting kerana ia mempunyai dua fungsi iaitu sebagai sumber kehidupan dan juga penyaman sistem badan.Ahli-ahli perubatan Islam amat mementingkan persekitaran yang baik untuk hidup yang sejahtera dan ini bukan sehaja mempengaruhi pemikiran mereka tentang kesihatan tetapi juga pemilihan tapak untuk tempat tinggal atau bandar.

2.      Pengambilan makanan dan minuman

Ahli-ahli perubatan Islam menekankan kesederhanaan dan amalan pemakanan. Makanan dan minuman adalah faktor luar yang amat segera dan berkesan kepada kesihatan kerana ia mempengaruhi sistem fisiologi badan secara langsung. Pemakanan yang betul akan menjamin kesihatan manakala berlebihan atau mengambil makanan yang memudaratkan kesihatan.

3. Pergerakan dan kerehatan badan

Aktiviti kesihatan mempengaruhi keadaan fisiologi seseorang kerana setiap aktiviti sama ada lama atau sekejap atau pun aktif atau pun aktif akan mempengaruhi cairan atau humor dalam badan kesederhanaan dalam bekerja dan berehat amat penting dalam menjaga kesihatan seseorang.

4.      Kecukupan tidur

Tidur akan memberi kerehatankepada sistem tubuh dan ini amat penting dalam menjaga  kesihatan badan. Tidur yang sesuai pada ketika dan masanya adalah baik untuk kesihatan manakala berlebihan tidur akanmenjadi seseorang malas dan lembab.

5.      Ketenangan emosi dan aspek psikologi

Ketenangan emosi seseorang boleh mempengaruhi kesihatannya. Aspek emosi ini termasuk nafsu. Oleh itu ahli perubatan dan rohani Islam meminta manusia melatih nafsu mereka, khususnya nafsu amarah dan nafsu lawwamah. Kegembiraan dan rasa senang hati juga meninggalkan kesan yang besar kepada keadaan kesihatan seseorang.

6.      Nyahan cairan-cairan dan bahan kumuh dari badan

Keterlaluan ataupun menahan pembuangan bahan-bahan daripada badan seperti najis, air kencing dan peluh mempunyai kesan langsung kepada kesihatan. Pembuangan bahan-bahan ini dalam kadar yang sesuai akan memelihara kesihatan.

Seorang doktor Islam bukan sahaja melihat kecederaan mizaj- iaitu keseimbangan akibat kualiti humor dan kecerderaan organ, tetapi juga akan melihat sejauh mana faktor yang enam ini berperanan dalam menentukan kesihatan seseorang. Oleh itu kunci kepada kesejahteraan dan juga kesihatan ialah kesederhanaan dalam setiap perbuatan dan selari dengan satu hadis dan Nabi S.A.W sebaik-baik pekerjaan ialah yang pertengahan ( sederhana )

Mikrokosmos dan juga makrokosmos juga ciptaan Tuhan dan juga tempat atau tanda tuhan memperlihatkan 'ayat-ayatNya'. Walaupun terdapat perbezaan yang nyata antara manusia dan alam, iaitu manusia sebagai kejadian Tuhan yang sentiasa bersifat dinamik dan aktif manakala alam ini pula sentiasa bersifat pasif, tetapi diantara kedua-dua makhluk ini terdapat persamaan iaitu masing-masing adalah ciptaan Tuhan dan ini menwujudkan satu kesatuan anatara alam dan manusia. Lantaran itu terdapat semacam simpati atau hubunganintergral antara manusia dan alam. Hubungan yang terselindung ini dimanfaatkan oleh
pengamal-pengamal perubatan terutama ketika merawat pesakit. Dalam konteks ini ubat tertentu mewakili unsur-unsur tertentu baik secara simbolik ataupun secara aktual yang berperanan dalam proses rawatan. Oleh itu rawatan tidak sekadar melalui ubat yang nilai simboliknya sesuai dengan idea wujudnya satu kesimpatian antara mikrokosmos dan  makrokosmos

Kesimpulan

Wacana diatas adalah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa perubatan adalah satu disiplin ilmu yang mempunyai pemikiran-pemikiran falsafah yang kemudiannya dikembangkan menjadi satu kemahiran ( seni ) dan juga sains.

Kebanyakan displin ilmu sains Islam mempunyai pola perkembangan yang sama iaitu diasaskan dari ilmu-ilmu dan konsep-konsep yang filosofikal dan berkembang menjadi satu sains dan berupaya menghasilkan teknologi-teknologi hebat ini menunjukkan bahawa falsafah mempunyai kedudukan yang amat penting dalam perkembangan sains Islam.
 
Maka dengan ini teranglah sudah bahawa Mahazalim telah memfitnah semua ahli perubatan tradisional menggunakan ayat-ayat al quran dalam penjagaan kesihatan atau mengubat penyakit.
 

awang hisham
WGN 733