Koleksi Berita HAIRAN 19 Ogos 1999

Assalamualaikum,

        Mari kita renungkan dan berfikir secara waras antara beberapa berita menarik keluaran akhbar Berita Harian bertarikh 19
Ogos 1999.

1.      Di bawah tajuk  Kadar mas kahwin masih terlalu rendah?

Adakah benar dakwaan ini? Atau hanya sekadar untuk memuatkan ruangan akhbar mengenai isu-isu keIslaman? Di sini ingin
saya nyatakan bahawa:

a.      Kadar mahar tidak semestinya mencerminkan bahawa pihak lelaki tidak  menghargai pihak wanita sepertimana di tulis.
Sesungguhnya yang lebih
mencerminkan penghargaan pihak lelaki terhadap wanita adalah keikhlasan yang  wujud dari pihak lelaki untuk mengambil
wanita sebagai isteri. Dan
bukan kadar mas kahwin yang tinggi.

b.      Kenyataan Datuk Dr Ismail Ibrahim yang menyatakan  bahawa pentadbiran agama di negeri-negeri wajar mengkaji kadar
masing-masing kerana nilai wang sekarang menurun menyebabkan kadar yang ditetapkan pada masa lalu tidak sesuai lagi sekarang menunjukkan bahawa pihak kerajaan tidak prihatin langsung terhadap ekonomi rakyat. Jika nilai matawang menurun, adakah logik  untuk kita meninggikan kadar bayaran?

c.      Kita semua tahu bahawa kalau ingin bernikah memerlukan perbelanjaan yang tinggi.  Jika kadar mas kahwin di tinggikan
sehingga RM 2,000 seperti yang  dicadangkan oleh Datuk Dr Ismail Ibrahim, berapa ramai anak muda yang mampu bernikah?  Jika cara halal tidak dapat dilaksanakan apa akan berlaku? Nescaya jenayah seks akan meningkat berlipat kali ganda.

d.      Sepatutnya kerajaan memikirkan cara bagaimana hendak mengatasi masalah sosial remaja kita dengan menyediakan
tabung atau pinjaman bagi mereka  yang  kurang kewangan bernikah, dan bukannya menaikkan bayaran atau mas kahwin.

2.      Di bawah tajuk Skim cepat kaya semakin berleluasa diseluruh negara, Melayu jadi sasaran.?

Saya ingin bertanya apakah sebab Melayu jadi sasaran skim cepat kaya? Jawapannya adalah tidak lain dan tidak bukan ialah
KEGAGALAN KERAJAAN BN  menaikkan taraf kehidupan orang Melayu.  Saya yakin jika taraf kehidupan  kaum Melayu sama atau hanya di bawah sedikit dari taraf kehidupan kaum Cina, kaum Melayu tidak terdesak untuk menyertai skim cepat kaya ini.  Tajuk yang terpampang di muka depan akhbar tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa  taraf kehidupan kaum Melayu masih di peringkat rendah jika dibandingkan dengan kaum lain di Malaysia.

3.      Di bawah tajuk Usaha pembangkang serang kerajaan gagal.?

Hanya Tan Sri Sanusi Junid serta kerajaan BN sahaja yang berkata parti  pembangkang mula menggelabah apabila pelbagai
usaha mereka menyerang  kerajaan gagal.  Siapa yang menggelabah? Kerajaan BN pimpinan UMNO atau  parti alternatif?
Parti Alternatif TIDAK PERNAH MENGGELABAH APATAH LAGI  GENTAR terhadap usaha menegakkan keadilan di
Malaysia.  Ini dapat disaksikan  dan didengar di ceramah-ceramah parti alternatif di mana RIBUAN rakyat  datang untuk mendengar pelbagai isu-isu terkini yang membina minda.  Tidak  seperti ceramah UMNO yang hanya dihadiri oleh BEBERAPA KERAT yang mencanang  isu-isu basi dan tidak berasas yang hanya membuat minda terbelenggu yang  akan menjerumuskan kepada DUNGU. Kalau ada yang datang berduyun, itupun atas  arahan keras atau gertakan terhadap rakyat.  Kita semua tahu bahawa HANYA  ORANG YANG MENGGELABAH SAHAJA YANG MENGGERTAK SERTA MENGUGUT. Bila seseorang  gelabah, fikiran serta semua tindakan yang diambil akan menjadi kucar-kacir  sepertimana pimpinan Wanita UMNO yang pecah-belah. Allah Maha Berkuasa dan akan memporak-perandakan golongan yang ingin  menjatuhkan Islam!

Pencinta Kedamaian â€
ADIL4ALL