Rasuah dikalangan kakitangan kerajaan
 
Ramai kakitangan kerajaan samada atasan atau bawahan terlibat dalam unsur-unsur rasuah. Kontraktor2 sudah masak dan lali
dengan hal-hal sebegini. Daripada memohon lesen, sampailah untuk tuntutan/'claim', masing-masing mendapat bahagian. Mana-mana  kontraktor yang tidak berkongsi pendapatan dengan mereka ini akan di'mark'. Jadi, jika kontraktor itu hendak memohon lesen, masuk tender, menuntut claim...akan menerima padahnya.
 
       Bagaimana hendak membentaraskan perkara-perkara ini? Ramai yang berkata, kita hanya makan kecil. Orang politik lagi
teruk, semua hendak 'percentage'. Siapa yang berani mengadu kepada BPR? Silap-silap sendiri kena pancung..tidak ada lagi
soruuu.

          Sehinggakan, ada pegawai kerajaan yang berkata, berurusan dengan orang Cina lebih bagus daripada Melayu. Orang
Melayu ni kedekut, nak makan sendiri saja. Padahal kadangkala ada juga setengah kontraktor dari kalangan orang Melayu takut juga bergelumang dengan rasuah-rasuah ini. Tetapi apakan daya, kena menurut arus zaman. Ada yang memberi juga secara jujur dan ikhlas (bagi saya tetap juga rasuah) sehingga selepas mendapat bayaran atau memberi cenderamata atau 'angpau' waktu perayaan.
 
    Ada setengahnya tu pula, terutamanya disekolah2, makan minum, jamuan untuk guru-guru pun terpaksa bagi percuma.
Kenapa? Untuk mengambil  hati konon, kalau tidak alamat tahun depan, masuk tender tidak dapat lagi. Ada juga yang berani atau mungkin sudah jadi darah daging, memberi rasuah sewaktu belum mendapat apa-apa lagi. Bila ditanya kenapa, mereka akan menjawab, kita kena isi minyak kalau tidak kereta tidak jalan.

          Inilah budaya, penyakit rasuah yang sudah hampir tenat dinegara kita ini. Siapa hendak disalahkan? Kontraktor?
Pegawai kerajaan?