KUASA MUTLAK DIKTATOR MAHATHIR

Bagi mengekalkan kuasa seorang diktator, maka diktator itu perlu mempunyai formula bagi pengekalan kuasanya. Di antara
caranya adalah dengan mengamalkan konsep memecah-belahkan di kalangan pengikut ahli Umno.Sejak di awal tampok
pemerintahannya lagi Mahathir telah mengamalkan corak pentadbirannya yang berkonsepkan perpecahan. Huraian selanjutnya
selepas ini adalah bertujuan bagi memaparkan kembali sejarah silam sepanjang pemerintahan Mahathir yang menunjukkan
wujudnya dasar memecah-belahkan itu. Dasar memecah-belahkan perpaduan ini merupakan agenda utamanya.

Amalan buruk ini telah menjadi sebegitu sebati dikalangan para pemimpin Umno. Semuanya inginkan cepat sampai ke puncak
takhta kerana bagi ahli Umno ia menjanjikan segala-galanya seperti kuasa, wang, pengaruh, pristij dan kedudukan. Namun
perkara yang amat membimbangkan ialah taktik memecah-belahkan ini, tanpa disedari telah menjalar dan merebak ke dalam
urusan pentadbiran kerajaan di dalam negara.

Bekas ahli Semangat 46 menyenaraikan amalan buruk tersebut dengan kata: “Pemimpin politik, pihak istana, kakitangan
kerajaan antara lain dilopak dan diruangkan ke dalam golongan tertentu mengikut maksud dan matlamat politik cantas.”
Contohnya seperti peristiwa perbalahan politik diperingkat pemimpin di antara Ku Li dan Musa Hitam; dipecahkan pengaruh
dan dilagakan antara kedua mereka itu. Antara lainnya juga adalah di antara Pak Lah dengan Anwar Ibrahim di Pulau Pinang,
Mat Rahmat denganMahyuddin diJohor, Rais Yatim dengan Isa Samad di Negeri Sembilan, Tun Abd Rahman Yaakub dengan
Taib Mahmud di Sarawak dan beberapa pemimpin lagi yang lainnya.

Keduanya : pengeseran dikalangan hakim dan juga peguam sehingga kewibawaan kehakiman di negara kita terjejas begitu
teruk sekali. Keadaan ini mulai disedari bila berlakunya pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.
Begitu juga perpecahan dalam isu Pertubuhan Peguam Muslim di mana ahli peguamnya yang baru akan diberi bantuan kerja
dari syarikat koporat yang besar seperti UEM, Fleet Group, Pernas dan Bank-Bank utama negara sehingga mereka ( peguam )
tidak lagi menghiraukan tentang keluhuran undang-undang atau Rule of Law. Seluruh dunia melihat perkembangan ini sebagai
suatu malapetaka yang memalukan sistem perundangan yang sedia ada di dalam negara kita yang mengamalkan undang-undang
yang digunakan hampir separuh dunia dengan sistem Undang-undang Civil. Begitu juga dengan perbicaraan terhebat abad ini,
terang-terangan berlaku ketidakadilan? Keterangan dan maklumat ini jelas dipaparkan melalui media yang sedia ada di dalam
negara.

Ketiga : di kalangan Raja-Raja Melayu juga terdapat unsur unsur perpecahan akibat dari angkara Mahathir. Ada pada
ketikanya, beliau akan menggunakan pengaruh istana bagimencapai cita-citanya dengan memaksa mereka (raja-raja )membuat
kenyataan yang menyebelahi pihak parti UMNO Baru, manakala pada tahun 1983, tindakan Mahathir memperkecilkan dan
memalukan Raja-Raja dengan mengubal PerlembagaanKeistemewaan Raja-Raja yang menjadi benting terakhir serta
melambang Ketuanan Melayu di dalam negara di bawah Fasal 66 Perlembagaan Persekutuan, bidangkuasa Yang Dipertuan
Agong dan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Dan kuasa yang dirampas itu berpindah ke tangan Mahathir.Baru-baru ini Sultan
Kedah telah menolak dan membelakangkan Menteri Besar Kedah ketika merasmikan satu program bagi merasmi pembukaan
Masjid dan Sekolah Agama, Baginda yang mulia telah menghantar surat rasmi dari pihak istana kepada salah seorang pemimpin
parti alternatif menjadi pengiringnya sebagai penganti kepada Menteri Besar yang ada. Tindakan Baginda mencerminkan
bahawa pihak istana juga mengikuti perkembangan semasa politik tanah jajahannya dan prihatin akan kesengsaraan rakyat
negerinya yang diabaikan oleh Menteri tersebut.

Keempat :amalan berpuak-puak, seperti persengketaan antara team A dan team B di dalam Umno sendiri disifatkan sebagai
sesuatu yang amat memalukan dan sememangnya Mahathir menggalakkan konsep berpuak-puak ini berlaku di dalam parti
Umno Barunya, sebagai contoh beliau akan membiarkan gejala dan perlakuan buruk ini berleluasa dan berlaku di depan
matanya jika ketika itu kuasa pemerintahan untuk dirinya terjamin dan akan bertindak sebaliknya apabila kedudukan dirinya
terancam dengan menggajak agar semua rakyatnya bersatu demi perpaduan dankesejahteraan negara.

Keenam :Mahathir juga mengamalkan sistem anak emas dalam parti dan kerajaan. Kalau dahulunya Anwar Ibrahim diasuh dan
dididik supaya menyokongnya semenjak dari tahun 1982, begitu dipuji oleh belaiu, tetapi apabila berlaku pertembungan dan
penentangan terhadap dasar kejam beliau, Anwar Ibrahim disingkir, dihina, ditumbuk, dipenjara dan mungkin akan tamatkan
karier politiknya. Semuanya beliau lakukan tanpa belas kesihan sedikitpun. Jelasnya, sesiapa yang menentang dasar dan konsep
Mahathir akan menerima kesan dan akibat yang datang tanpa disangka. Walau bagaimanapun Anwar Ibrahim patut berterima
kasih kerana masih berkesempatan berada selama 16 tahun di dalam Umno. Sedikit sebanyak Anwar tahu di mana letaknya
kekuatan dan kelemahan dalam Umno, sekurang-kurangnya ia masih boleh membantu menyalurkan maklumat parti itu yang
selama ini terlalu banyak melakukan kekejaman. TUNGGU DAN LIHAT !

Ketujuh : dalam era zaman pemerintahan Mahathir, seseorang boleh berada di puncak kejayaan tanpa perlu melalui proses
dilatihif gte mso 9]> tidak peduli akan masalah ini.

Kelapan : sistem melatih kader ( berbaju putih dan memakai beret ala stail-komando, sama seperti pengikut Nazi mengelar diri
mereka Stormtrooper) digalakkan melalui latihan di beberapa kem komando Umno (baru) seperti KBG (Kem Ghaffar Baba)
di suatu ketika dahulu dan kemungkinan anggota kader-kader ini masih lagi wujud. Kewujudan pasukan ini adalah hasil dari
pengakuan beberapa bekas ahli Umno yang pernah mengikuti program gerak gempur Umno yang berjudul “KURSUS
GERAK GEMPUR, RISIKAN DAN KESELAMATAN –STRATEGI SAPU BERSIH” pada 13hb. Nov.1994, ia di
rasmikan oleh Nazri Aziz selaku Pemangku Pergerakan Pemuda Umno ketika itu. Dalam program itu berbagaistrategik diatur
dengan begitu rapi dan setiap anggota di minta bersumpah supaya melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa berbelahbagi.
Perencanaan mesti dilaksanakan sebaik mungkin tanpa alasan kegagalan.

Kesembilan : seperti kata bekas Pemimpin Semangat 46: “Pihak Menteri Besar di negeri-negeri, digalakkan bermusuhan
dengan pihak-pihak tertentu agar perpecahan sehingga menjadi beberapa kelumpuk kecil memudahkan perlaksanaan sesuatu
rancangan. Nilai mengenang budi telah di campakkan melalui jendela politik. Ada terdapat dikalangan Menteri Besar, juga
ahli-ahli Exco yang baru berkhidmat tidak sampai setahun jagung sudah menyandang pangkat dan berbagai gelaran, gelaran ini
boleh diumpamakan seperti “lebih besar dari badan” hingga mereka ini tidak tahu bagaimana caranya hendak berkelakuan
secara beradap atau membawa diri ketika berada di sesuatu tempat mengikut agenda keadaan yang sesuai. Akibatnya para
pemimpin ini bersikap besar kepala dan bermegah-megahtidak tentu pasal.”

Kesepuluhnya pula :Mahathir tidak pernah menghormati pemimpin-pemimpin terdahulu malah beliau menghina penghormatan
yang datang dari hati rakyat kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah benyak berjasa kepada negara. Contohnya,
ketika berucap di majlis Semarak di Perlis, pada bulan Oktober 1988, beliau membuat kenyataan untuk tidak menggalakkan
mana-mana bekas pemimpin negara diberi gelaran BAPA, seperti gelaran yang diberikan kepada Allahyarham Tengku Abdul
Rahman – Bapa Kemerdekaan, Allahyarham Tun Razak – Bapa Pembangunan (bapa kepada Najib yang ketika ini mengampu
orang yang suatu ketika dahulu menghina dan memalukan bapanya) dan Allahyarham Tun Hussein – Bapa Perpaduan (bapa
kepada Hishammuddin, Ketua Pemuda Umno masih berpegang kepada taat setia tanpa berbelah bagi terhadap orang yang
menumbangkan bapanya) kata Mahathir lagi gelaran-gelaran ini hendaklah dinyahkan dari sebutan harian.

Kesebelas :Mahathir juga terlibat dalam usaha “menyekat kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai tertentu, contohdalam kes
Datuk Alwi Jantan yang telah diketepikan dari menduduki kerusi sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada tahun 1988,
manakala Tan Sri Sallehuddin pula ditambahkannya tempoh perkhidmatannya. Tahun 1990, sekali lagi Datuk Alwi diketepikan
oleh Mahathir lalu dinaikkan pula nepotismenya yaitu Ahmad Sarji. Begitu juga seperti kes Leftenan Jeneral NikMahmud
Fikruddin warga dari Kelantan yang sepatutnya menggantikan tempat ipar Mahathir yaituHashim Mohd Ali tetapi
dilanjutkannya tempoh perkhidmatan iparnya itu sehingga melewati usia. Kemudian kes Allahyarham Jeneral Mohd Zain
Hashim yang baik dan rapat dengan Yang DiPertuan Agong suatu masa dahulu telah bertindak meletak jawatan dengan
tergesa-gesa hanya dalam tempoh notis 5 hari sahaja atas sebab-sebab sesuatu yang ada kaitan dengan Mahathir, kes ini juga
diikuti dengan pemberhentian oleh 500 lebih anggota pegawai tinggi yang lain. Kesemuanya meninggalkan perkhidmatan sebelum mencapai cukup tempoh ( pemberhentian awal )

Kes terbaru, kes Siti Zaharah yang bertindak memecat beberapa ahli bahagian dalam kepemimpinan Wanita Umno kerana
terbabit dalam beberapa isu, namun beliau terpaksa menerima dan berbaik semula dengan ahli yang dipecatnya itu atas arahan
dan campurtangan Mahathir yang mahukan supaya mereka yang dipecat dikembalikan ke tempat dan jawatan mereka semula,
perbuatan yang sedemikian menunjukkan bahawa Mahathir bukan hanya memiliki kuasa dalam kerajaan dan Pemuda Umno
tetapi juga berkuasa untuk mencampuri hal ehwal bahagian Wanita Umno Baru. Namun sebagaimana biasa sesiapa saja yang
pernah menjadi ahli Umno, baik pemuda atau wanita, mereka akan bertindak samada keluar parti dan menentang kemudian
akhirnya akan masuk semula ke dalam Umno ataupun buat-buat baik dengan berkata manis tetapi dalam hati menyumpah
seranah perbuatan Mahathir. Apabila ditanya oleh pihak media, maka jangan terkejut kenyataan mereka begitu baik sekali
tanpa sedikitpun ada niat buruk.

Kedua belas :dari segi pengagihan kekayaan negara, sewajarnya pengagihan ini dilakukan dengan cara yang adil serta
mengambil kira akan kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Bukan dalam ertikata “yang merasa seorang, yang melihat
seribu” – sebagaimana Mahathir mempergunakan rakyat bawahannya yang bodoh agar mengaminkan segala apa yang hendak
dilakukan oleh beliau.

Begitu juga dengan perlantikan Daim Zainuddin selaku Penasihat Menteri Kewangan yang kini telah berjaya memegang banyak
jawatan-jawatan terpenting dalam projek yang menelan belanja billion ringgit tetapi hanya mementingkan juak-juaknya sahaja.
Keganjilan akan hubungan yang luar biasa diantara Mahathir dengan tycoon-tycoon kafirnya juga adalah sesuatu yang perlu
diambil kira.Diantara tycoon ciptaannya seperti:-

·Vincent Tan – pemilik syarikat perjudian terbesar Berjaya Corp dan Sports Toto bekawan rapat dengan Daim
  yangmempunyai saham dalam syarikat tersebut terlibat dalamprojek-projekpembaziran Mega yang melibatkan berbillion
  ringgit.

·Eric Chia – Chairman UMW dan Perwaja Steel dibantu oleh kerajaan dengan memberi pinjaman berbillion ringgit walaupun
  setelah mengalami kerugian lebih dari 20 billion.

·Arumugam – Ketua Pengarah General Electric (M) Sdn Bhd yang bertanggungjawab pembelian Tornado serta peralatannya
  berjumlah 4.5 billion dengan penglibatan amalan rasuah sebanyak 500 juta, maklumat ini tersebar luas di Eropah dan Britian
  yang mengatakan penglibatan kes rasuah yang terbesar.

·Kawan baik Mahathir Rin Kee Mee – pernah bergelar EPU (EconomicPlanning Unit) terlibat dalam perangcangan Langkawi
  dan Kedah serta pengbabitan dalam isu KedahCement dan Proton Saga, kerugian lebih dari 600 juta jualan bijih timah di
  London Metal Exchange melalui transaksi Maminco adalah atas kesilapan nasihat dari Rin.

·George Tan – , Abdullah Ang, Robert Kuok, Presiden Mitsui, Presiden Hyundai dan ramai lagi mencetuskan spekulasi rasuah
  dikalangan pemimpin UMNO dan kita masih ingat gelaran dari Musa Hitam pada Mahathir iaitu “Perdana Menteri 10%” dan
  terbaru 20%.

Pembabitan Mahathir dengan syarikat-syarikat korporat besar di Malaysia amat membimbangkan kerana setiapkali berlaku
kerugian yang melibatkan berjuta ringgit malah berbillion ringgit, kerajaan dengan segera menghulurkan bantuan dan menaikkan
semula saham syarikat tersebut, dan beliau sering mengunakan berbagai alasan contohnya tindakan kerajaan berbuat demikian
adalah kerana kerajaan akan mendapatkeuntungan melalui hasil pembayaran cukai dari syarikat-syarikat tersebut, tetapi
sebenarnya tindakan belaiu adalah kerana pembabitan kepentingan beliau serta keluarga beliau sendiri bersama kroni-kroninya
dalam syarikat itu.

Seperkara lagi, setiap pembabitan beliau memyebabkan longgokan khazanah wang rakyat telah mengalir keluar dan
dibahagikan menurut selera dan nafsu beliau tanpa sedikitpun beliau mengambil kira rintihan rakyat yang kemiskinan.
Kemantapan Umno Baru semakin tercabar semenjak dari zaman Tengku Razaliegh dan Musa Hitam dalam isu pengharaman
Umno dan yang terbaru pula kes pemecatan Sdr. Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan campurtangan
Mahathir dalam isu Wanita Umno yang dicetuskan oleh Siti Zaharah.

Yang jelasnya, Mahathir mengamalkan tradisi memecah-belah ini sebagai konsep pemerintahannya. Dan orang Melayu
khususnya Umno Baru akan terus ditipu dan dimalukan untuk beberapa ketika di masa yang akan datang. Walau
bagaimanapun, kajian yang dibuat bagi masa terdekat ini ternyata semangat orang Melayu terhadap Umno tidak pernah pudar
dan mereka akan terus memangkah BN, tidak kira calon itu kafir ke? Gila ke? Penzina ke? Pembunuh ke? Walau apa saja,
walau dibuktikan setiap tuduhan itu, namun asalkan dia Umno maka mereka tidak akan berganjak dari memangkahnya. Itu
sebabnya Mahathir tidak bimbang langsung pasal kes Anwar.

Oleh itu terimalah hakikat bahawa sesungguhnya bangsa Melayu yang berada di dalam Umno Baru ini terlalu bodoh untuk
disedarkan!!!

Oleh SaViouR