MENJAWAB TUDUHAN RAJA AHMAD

Sebagaimana yang sekelian maklumi, parti UMNO bukan sahaja memiliki saluran media TV bagi membantu dan menyokong
suara minda kolot para penyokong dan pemimpinnya tetapi juga memperalatkan segala kemudahan harta dan hak kerajaan
bagi kepentingan parti dan diri mereka, samada stesen TV1, TV2, TV3 dan Metrovision malah berjaya memasukkan jarum
halusnya ke NTV7. Semuanya mengampu dengan menyiarkan berita-berita yang ditapis kemudian baru dibenarkan untuk
siaran. Akhbar-akhbar utama tempatan Utusan Malaysia dan Berita Harian, terang-terangan menjadi lidah penyambung fitnah
parti BN. Kedua bentuk kemudahan media yang ada masih lagi belum dirasakan cukup oleh pihak UMNO untuk promosi
propagandanya malah mereka juga mengeluarkan berbagai bentuk majalah.

Majalah NADA merupakan salah satu daripada majalah keluaran parti UMNO, keluaran majalah ini bertujuan sebagai majalah
UMNO bagi negeri Selangor seperti yang terdapat pada sebelah nama keluaran majalah NADA ada logo UMNO dan tertulis
sebaris tulisan SUARA UMNO SELANGOR. Penasihat majalah NADA ini pula ialah Dato Hj. Mohd Sharif Bin Jajang
manakala ketua pengarangnya Raja Ahmad Niza Bin Raja Ismail, seorang keturunan raja yang masih tidak sedar bahawa
ketuanan yang ada pada keturunannya sudah tiada lagi, Ianya telah dirampas oleh UMNO, pada tahun 1988. Mungkin Raja
Ahmad Niza lupa, walau bagaimanapun, isu kehilangan kuasa Raja-Raja ini sudah tidak penting dan releven lagi kerana Raja
Ahmad Niza terlalu bodoh untuk memahami isu ketuanan ini.

Dibawah ini akan dipaparkan beberapa pandangan bodoh beliau itu. Di muka ketiga dalam ruangan Dari Meja Ketua
Pengarang, pada awal tulisan, beliau menulis kata-kata begini “Akibat ‘peristiwa Anwar Ibrahim’ berbagai andaian
diluahkan oleh orang ramai, termasuk orang-orang politik. Ada yang mengatakan UMNO akan lemah, …………
blah, blah, blah ……. majoriti BN dalam pilihanraya akan berkurang daripada dua pertiga di parlimen. Ini adalah
merupakan andaian semata-mata, yang pasti, yang layak mengundi yang menentukan. ………….blah, blah, blah
……. mereka amat jahil tentang perjuangan UMNO. Kita harus faham bahawa yang dikagumi oleh rakyat ialah
jasa-jasa UMNO ……… blah, blah, blah merepek sampai habis ”

Kita ingin ulaskan statement Raja Ahmad secara ringkas yang mungkin kerana kita tidak mehu membuang ruangan internet
untuk menjawab orang bodoh seperti beliau. Pertamanya semua yang dikatakan oleh beliau sebagai andaian sebenarnya adalah
BENAR. Kalau tidak betul, masakan orang hendak bercakap, ini adalah realiti yang sebenar. Kemudian beliau kata rakyat jahil
tentang UMNO, siapa yang jahil, Raja Ahmadatau rakyat? Jika Raja Ahmad bermaksud ‘rakyat hanya memilih kerajaan yang
ada jasa, secara tidak langsung maksud Raja Ahmad begini ‘maka rakyat juga terpaksa berterima kasih kepada kerajaan
British yang pernah menjajah negara kita dulu sebab sehingga sekarang kita masih menggunakan sistem pemerintah dan
undang-undang mereka’, kerana jasa merekalah maka kita mempunyai undang-undang untuk mentadbirkan negara jika tidak
kita tidak ada apa-apa, mustahil UMNO hendak melaksanakan undang-undang Islam sebab mereka menolaknya.
Undang-undang dan Perlembagaan adalah dua perkara yang berbeza, undang-undang British itu walaupun ada sedikit
perubahan tetapi perubahan yang itu tidak mencerminkan Malaysia sebuah negara yang mendaulatkan agama Islam sebagai
agama rasmi.

Jika diteliti pada cara menulisan Raja Ahmad, ternyata bahawa minda beliau terlalu sempit sehinggakan beliau berpendapat
kejayaan menandakan parti itu berada dipihak yang benar dan tidak bersalah. Menurut pandangan beliau lagi segala
pembangunan yang pesat dan berterusan, kestabilan serta keamanan hasil dari perpaduan rakyat berbilang kaum semuanya
menurut beliau adalah atas daya usaha pemimpin UMNO. Betulke?

Sebenarnya pembangunan bukanlah ukuran bagi menunjukkan parti itu berada dipihak yang benar atau salah, jika Raja Ahmad
faham begitu maka boleh juga kita katakan bahawa pemerintahan komunis Rusia, demokrasi ala Amerika dan Jepun dengan
sistem raja berpelembagaan lebih baik, kerana mereka berjaya dari segi pembangunan. Oleh itu, bolehlah kita katakan bahawa
ketiga-tiga kerajaan yang memerintah tadi itu adalah benar dan Allah Ta’ala redho kejayaan mereka. Pembangunan yang
mereka adakan telah menyebabkan rakyat di negara mereka maju dan kemiskinan terhapus sama sekali? Benarkah pandangan
yang demikian? Bolehkah kita andaikan begitu mengikut faham Raja Ahmad Niza? Pendekkan cerita, bagi beliau mana-mana
kerajaan yang memerintah, yang melakukan banyak pembangunan maka parti yang memerintah itu benar dan bagi yang tidak
berjaya maka parti itu dipihak yang salah dan tidak benar. Apa saja teguran dan pandangan dari parti salah itu tetap salah
sebab tiada pembangunan! Pandangan bodoh dari seorang Ketua Pengarang majalah murahan ini amat meleset sekali dan
terlalu jauh serta ketinggalan zaman.

KERANA PEMBANGUNAN MELAYU HILANG DI PULAU PINANG !
Akhir kata buat Raja yang tidak berdaulat ini, sedarlah selama ini kemenangan BN pun atas tipu dan perbuatan kotor mereka
sendiri. Kita kenal dan tahu orang yang bawa lari peti undi lalu diganti dengan peti undi yang lain ketika peti itu akan dibawa ke
tempat pemilihan. Kita tahu helah helicopter yang membawa peti undi ketika pilihanraya di Sabah dan Sarawak. Kita juga tahu
warga asing yang memdapat kad pengenalan baru. Kita tahu orang yang sudah mati boleh mengundi. Janganlah Raja Ahmad
buat-buat tak tahu?

Pada bahagian akhir ruangan rencana Raja Ahmad ini beliau menulis cara dan pendekatan yang perlu diambil oleh para ahli
UMNO bagi menjamin kejayaan merekadengan mengariskan empat konsep :-

Pertama, warga UMNO mesti bersatupadu dan senada hingga ke peringkat akar umbi.
Komen : Bagaimana hendak bersatu jika dalam UMNO ada team Abdullah, team Najib, team Kuli dan member baru kabinet
Ibrahim Ali yang sedang berusaha membina teamnya sendiri.

Kedua, warga UMNO mesti sanggup bekerja kuat tanpa mengira masa dan imbuhan.
Komen : Raja sendiri tahu bahawa kebanyakan ahli UMNO yang berjuang hanya untuk imbuhan, oleh itu tanpa keduanya
bagaimana parti hendak bergerak dan untuk apa disimpan wang parti yang berjuta ringgit jika tidak digunakan untuk pilihanraya
ini.

Ketiga, jangan terlalu yakin kerana terlalu yakin boleh menjejaskan prestasi.
Komen : Raja sendiri di awal penulisan berkata dengan terlalu yakin : Kalupun ada perbalahan dalam UMNO ……… blah,
blah, blah …… UMNO tetap bersatu menghadapinya dan terus melupakan sebarang perbalahan.

Keempat, jentera pilihanraya mesti bergerak dengan kemas dan tersusun.
Komen : Buang masa saja ………..baikot majalah NADA, majalah ampu Mahathir!!!

Oleh SaViouR