Malapetaka di Turki Penuh Dengan Pengajaran dan Peringatan
 

Negara manakah yang baru sahaja menolak pemerintahan parti Islam? Negara manakah yang telah memenjarakan pejuang Islam? Dan manakah negara yang telah mengharam serta menghukum wanita yang memakai tudung kepala (menutup
aurat) di universiti dan pejabat-pejabat kerajaan?

Sudah pasti jawapan itu tepat kepada sebuah negara yang baru dilanda mala pertaka gempa bumi yang dikatakan yang paling dahsyat di zaman moden ini. Pemimpin parti Islam Necmettin (sebutan asalnya ialah Najmuddin) Erbakan pernah merengkuk di dalam penjara dalam tahun-tahun 70-80an.  Kemudian setelah memenangi pilihanraya pada tahun 1996 dan berjaya memerintah Turkey untuk buat seketika, beliau telah dipaksa turun dari memerintah dan kemudian di jatuhkan hukuman penjara serta diharamkan untuk bertanding seterusnya dan partinya turut diharamkan.

(Sebuah negara lain pernah menolak dan sehingga ini masih menolak pembentukan kerajaan oleh Parti Islam dan perlaksanaan hukum Hudud, pernah membunuh dan memenjara pejuang Islam, pernah memecat pelajar yang memakai serban ke sekolah, mengeluarkan arahan agar pemakaian kopiah putih diharamkan di sekolah, serta pernah memecat seorang kakitangan JPA kerana memakai purdah insyaAllah ulasan lanjut di Bahagian 2 artikel ini  sehari dua nanti)

Gemparan berita terbaru dalam beberapa bulan lalu ialah seorang wanita telah dihukum mati kerana tetap dengan prinsip Islam untuk menutup aurat.  Beberapa bulan sebelum itu, seorang wakil rakyat wanita Turkey yang pertama memakai tudung kepala telah di halau dari parlimen.

Begitulah bencinya sebahagian rakyat serta pemerintahan tentera dan diktator Turkey terhadap Islam demi mempertahankan Sekularisme dan Kamalisme (Attaturk).  Bagi mereka Islam dan pemerintahan hendaklah dipisahkan.  Hinggakan nama Islam tidak dibenarkan oleh mana-mana parti politik.  Para ulama tidak dibenarkan berpolitik.

Sehingga artikel ini ditulis, lebih 7,000 nyawa telah disahkan terkorban (di Kobe Jepun hanya mencatat sebanyak 6,500 kematian) dan lebih 33,000 yang cedera dan 35,000 orang yang masih lagi hilang dipercayai terperangkap dan mungkin maut.  Gegaran-gegaran kecil masih lagi berlaku dan sehingga ini telah melebihi 300 gegaran.  Kawasan yang terbabit adalah amat besar dan meliputi kawasan yang padat penduduk serta kawasan perdagangan dan perindustrian. Lebih 45% keseluruhan penduduk Turkey (yang berjumlah lebih 60 juta) terbabit dengan kebanyakkannya terpaksa keluar rumah untuk tidur di kawasan lapang bagi mengelak dari bahaya seterusnya.

Namun jika ditanya persoalan berhubung bala yang telah diturunkan di bumi Turkey kepada mereka yang mata hatinya buta, pekak dan bisu, mereka akan berkata negara Turkey memang terletak di kawasan yang aktif dengan aktiviti gunung berapi dan gempa bumi.  Memang begitulah jawapan mereka kerana mata hati mereka telahpun dikunci rapat dari menerima sebarang pertunjuk.

Demi itu, wahai saudara sekalian, kita harus sentiasa bersyukur kerana Allah Azza wajalla masih belum menurunkan sebarang bala seperti itu ke atas kita walaupun terdapat di kalangan warga negera ini yang secara terangan mengingkari perintah Allah.  Kita mesti sentiasa mendu'akan agar dijauhkan kita semua dari azab yang pedih dan tiada bandingnya.

WalLahu A'lam

Abdul Aziz Shukri
Subang Jaya
20 Ogos 99