90,000 yang hadir! Laporan ringkas dr Taman AU2
18 sep, 1999

Terkebil-kebil mata saya memandang sekeliling setibanya di tapak ceramah anjuran PAS dan keADILan di tmn AU2. Padang yang seluas hampir 3 padang bola bagaikan lautan manusia. 70, 80, atau 90 ribu? Semua duduk rapat dan berdisiplin bagai sadin-sadin di dalam tin! Keadaan amat tenteram, cuaca pula tidak panas dan tidak sejuk. Angin sepoi-sepoi bahasa, bendera-bendera parti alternatif melambai-lambai.

Saya tiba pada penghujung ceramah Sdr Mohd Ezam. Sudah terlepas pemidato Dr Hatta.

Saudara Mohd Ezam. UMNO dan BN mesti digulingkan. Kerana Apa? Kerana Kepimpinan masa ini penuh dengan
rasuah, penyelewengan, penyalah-gunaan kuasa, dan kezaliman. Mengajak semua hadirin ke Masjid Negara besok dlm acara kemuncak penyerahan memorandum kepada DYMM YDP Agong.

Saudara Azmin Ali. Pertama kali saya mendengar ucapan Saudara Azmin Ali. Begitu bersemangat! Menyeru Mohtar Abdullah, Musa Hasan, dan Rodwan mengusung tilam 'itu' dari Alor Gajah ke Kuala Lumpur utk siasatan segera. Terbayang dlm kepala, Mohtar Abdullah memakai singlet tercungap-cungap mengusung tilam bersama sahabatnya. Kedua tangan menjulang tinggi tilam bukti menampakkan 2 ketiak basah berbulu lebat. Peluh mengalir deras mencurah-curah jatuh. Musa dan Rodwan di belakang terlompat-lompat mengelak percikan, sambil satu tangan mengusung, satu tangan menutup hidung. Lengkaplah
Three Stooges buatan Malaysia.

Saudara Zunar. Menceritakan kisah manis dalam lokap. Badan pun masih berbau ikan kering. Lokap yang kapasiti 30+ org tahanan berisi 130+ orang. Tidurlah Zunar dan dua lagi rakan di atas simen, berselimut busuk berbau ikan kering, sambil menyentuh enam pasang kaki milik org lain. Pusing kanan, tersua tapak kaki, pusing kiri tersua tapak kaki. Polis terpaksa
melepaskan mereka kerana tiada langsung bukti. Tiada gambar mereka bertiga melakukan kesalahan. Malah, semasa kawat cam, polis yang 'diserang' pun gagal mengecam. Lalu dilepaskan. Belum sampai ke rumah, melencong ke Taman AU2. Katanya, "dari lokap terus ke pentas politik." Menjeritkan "REFORMASI", disambut oleh semua hadirin. Bukan apa, utk melepaskan gian setelah terkurung sekian lama.

Ustaz Harun Din Al-Hafiz. "INTAN TETAP INTAN SEKALIPUN TERPENJARA, BATU TETAP BATU SEKALIPUN TERSIMPAN DI DALAM MAHLIGAI." Perjuangan beliau adalah beban tanggungjawab yang terpaksa dilaksanakan semata-mata kerana Allah SWT. Sedarlah. Semua ulama' telah bangun. Yang popular, yang terkenal, yang kurang terkenal, dan yang low profile. Semua sudah ke padang utk berjuang. Memberikan nasihat, membacakan kalimah-kalimah Allah,
menjawab tohmahan Mahathir. Kemudian berdoa memohon keselamatan dan kemenangan bagi pihak pejuang. Demi
Agama, Bangsa, Negara. InsyaAllah Barisan Alternatif akan membuat gegaran luarbiasa pada pilihanraya nanti.

Bermula dengan perhimpunan bersejarah besok di Masjid Negara. Khabarnya YDP Agong akan turut serta?

Red Dragon