LUAHAN HATI TERHADAP KENYATAAN AHMAD BADAWI
 
Saya sudah tidak tahu hendak berkata apa lagi apabila TPM yang begitu bebal menyatakan bahawa siasatan keracunan arsenic DSAI tidak dihadkan tempoh siasatannya. Saya cuma boleh mengucap panjang sahaja kerana saya sudah tidak tahu apakah panggilan yang paling terhormat untuk diberikan kepada orang yang membuat kenyataan yang tidak berhati perut langsung. Mungkin tidak ada perkataan yang sesuai yang boleh dicari di dalam kamus.
 
Dato',  cubalah Dato' tanya diri sendiri sekiranya Dato', bini Dato' atau anak Dato' terkena keracunan arsenic, adakah Dato' tidak mahu mengetahui keputusannya secepat mungkin atau mahu melambat-lambatkan siasatannya? APAKAH SOAL KERACUNAN YANG BOLEH MENENTUKAN HIDUP MATI SESAORANG BOLEH PERLAMBAT- LAMBATKAN SIASATANNYA? ADAKAH DATO' SUDAH TIDAK ADA LANGSUNG SECEBIS PERASAAN SIMPATI TERHADAP NYAWA DSAI?Kenapalah Dato' mengeluarkan kenyataan yang terlalu biadap dan bangsat.
 

     TIDAKKAH DATO' TAKUT SEKIRANYA  ALLAH MENGHITAMKAN TERUS  HATI DATO' DARIPADA MENERIMA KEBENARAN?  APAKAH DATO' MASIH PERCAYA DENGAN TUDUHAN-TUDUHAN PM     TERHADAP DSAI DENGAN TERTANGKAPNYA AZIZAN BERKHALWAT?  APAKAH INI BUKTI BAHAWA AZIZAN MEMPUNYAI MORAL YANG BEGITU    TINGGI MANAKALA DSAI MEMPUNYAI MORAL YANG BEGITU RENDAH? BOLEHKAH AZIZAN DIKATAKAN SAKSI YANG BERWIBAWA DENGAN      TERTANGKAPNYA BELIAU BERKHALWAT? SUDAHLAH DIA MENGAKU KONONNYA DILIWAT OLEH DSAI, TETAPI DIA SENDIRI RUPANYA BERKHALWAT. TIDAKKAH DATO' SEDAR BAHAWA ALLAH YANG MAHA KUASA TELAH MENUNJUKKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA AMNYA DAN PM      KHUSUSNYA BAHAWA AZIZAN BUKANNYA SAKSI YANG BERWIBAWA?  BERANIKAH DATO' MENGATAKAN APA YANG BERLAKU KEPADA AZIZAN  BUKAN KERANA KUASA ALLAH?  TIDAKKAH ALLAH TELAH MENUNJUKKAN KEPADA SEMUA RAKYAT  MALAYSIA BAHAWA KEPUTUSAN ARIFFIN JAKA YANG MENYATAKAN  AZIZAN BERCAKAP BENAR DI DALAM MAHKAMAH TIDAK BOLEH DIPAKAI  LANGSUNG?
 
Hei Utusan Malaysia celaka, Berita Harian bangsat dan New Straits Times sial, kamu dahulu bukan main lagi mengutuk DSAI tanpa bukti yang sah. Sekarang mengapa tidak mengutuk Azizan yang terbukti berkhalwat dengan adanya saksi-saksi? Inikah saksi yang anda kagumi selama ini? Jawab wahai senyum kambing Utusan Malaysia.
 
Sedarlah Dato' sebelum terlambat kerana apabila Allah menurunkan bala kepada orang-orang yang tidak disukaiNya, bala tersebut juga terkena kepada orang-orang yang tidak berdosa. Dato' bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku apa-apa yang buruk terhadap DSAI.
 
Kepada doktor-doktor pakar Hospital UKM, jalankanlah tanggungjawab anda secara professional dan umumkanlah segera ( walaupun secara tersembunyi melalui internet ) keputusan pemeriksaan ke atas DSAI. Janganlah gusar kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang benar. Saya percaya anda semua mempunyai keperibadian dan budipekerti yang tinggi. Hormatilah hak Datin Sri Dr. Wan Azizah untuk mengetahui keadaan kesihatan DSAI kerana anda juga tahu bahawa beliau sendiri adalah seorang doktor pakar ( mata ) yang pintar dan mempunyai budipekerti yang tinggi.
 
 
REFORMIST SIBER