Kenyataan Media Sdr. Mohamad Ezam
20 Ogos 1999

Saya ingin rnenyangkal kenyataan yang dibuat oleh Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten komisioner II Mat Zain Ibrahim yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar hari ini berhubung dengan laporan polis saya semalam, 19 0gos 1999 di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Laporan Polis yang saya buat semalam adalah terhadap Polis Diraja Malaysia di.atas kegagalan mereka melaksanakan tugas dan tanggongjawab mereka yang jelas bertentangan dengan peruntukan undang-undang Khususnya Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 dan Seksyen 108 Kanun Acara Jenayah. Laporan ini dibuat sehubungan dengan Laporan Polis saya pada 8 Mei mengenai dakwaan bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Rafidah Aziz terlibat dalam penyelewengan dan salah gunakuasa.

Setelah lebih 3 bulan aduan dibuat, tiada sebarang kenyataan yang diambil dari saya berhubung dengan aduan tersebut. Sp[;'\/-0aya mempunyai alasan yang munasabab untuk mempercayai  bahawa tiada sebarang penyiasatan dan/atau tindakan yang telah diambil terhadap laporan polis tersebut

Dalam laporan akhbar hari ini, En. Mat Zain telah menolak sama sekali dakwaan saya dengan merujuk kepada notis yang dikeluarkan dibawah seksyen 51(I) Kanun Acara Jenayah yang meminta saya mengemukakan kepada polis apa-apa dokumen berhubung laporan polis tersebut. Beliau juga merujuk kepada kenyataan yang diambil dari saya oleh pihak polis pada 14 hb Mei tersebut. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa notis yang diberikan dan kenyataan yang diambil dari saya bukanlah siasatan dan/atau tindakan daripada laporan polis saya pada 8hb Mei 1999. Notis yang diberikan kepada saya dan kenyataan yang diambil adalah siasatan dan tindakan pihak polis terhadap sebuah laporan polis Repot No. 14O79/99 terhadap saya dibawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi oleh seorang pegawai polis yang sehingga hari ini saya tidak diberikan identitinya. Saya telah disoal-siasat di bawah akta Hasutan kerana laporan polis yang saya buat yang meminta penyiasatan dilakukan terdapat rasuah dan salah guna kuasa seorang menteri kabinet. Malah Peguam Negara sendiri dalam laporan akhbar beberapa hari selepas laporan polis saya pada 8 Mei tersebut telah secara jelas "mengingatkan" saya tentang kemungkinan saya didakwa dibawah akta hasutan kerana membuat laporan polis tersebut. Inilah pengalaman dan tekanan yang saya hadapi setelah membuat lapuran polis meminta disiasat dakwaan rasuah seorang rnenteri. Dan hari ini  kita semua diberitahu bahawa segala pengalaman dan tekanan ini adalah sebahagian daripada siasatan yang dijalankan terhadap laporan polis saya yang sepatutnya membolehkan pihak polis menyoalsiasat dan mendakwa seorang menteri bukannya pihak yang membuat laporan polis seperti saya!

Kenyataan En Mat Zain juga jelas lain daripada menjawab persoalan sebenar dengan mengalihkan perhatian kepada keengganan saya memberikan dokumen bukti untuk memperkukuh laporan polis saya pada 8 Mei tersebut . Perkara ini sepatutnya tidak timbul sama sekali. Saya membuat laporan polis terhadap Datuk Paduka Rafidah Aziz berasaskan kenyataan yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 14 April 1999 di mahkamah tinggi yang menyebut bahawa beliau mempunyai bukti kukuh terhadap salahguna kuasa dan rasuah menteri tersebut. Dokumen bukti seharusnya diperolehi daripada  Dato' Seri Anwar  yang mengakui mempunyai dokumen tersebut. Tiada sebarang kenyataan diambil dari Dato Seri Anwar sehinggalah selepas hampir 2  bulan selepas laporan polis saya, Dato' Seri Anwar sendiri yang membuat laporan polis pada 9 Julai 1999 di atas perkara yang dengan dilampirkan dengan dokumen bukti. Dan sehingga ke hari ini tidak ada sebarang tindakan yang telah diambil oleh pihak polis untuk mendapatkan keterangan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Apakah ini semua bukan asas yang munasabab untuk saya mempercayai bahawa sehingga hari ini tiada tindakan yang diambil terhadap laporan Polis saya bertarikh 8 Mei 1999? Dan atas dasar inilah saya membuat laporan polis semalam untuk memperingatkan mereka tentang tanggungjawab mempertahankan prinsip adil dalam menjalankan tugas sebagai anggota kerajaan yang diamanahkan menjaga keamanan. dan keselamatan negara.  Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pihak polis untuk berlaku adil dan tidak terjebak dan terheret dengan percaturan pemimpin-pemimpin politik yang gelabah dengan penyelewengan dan rasuah yang mereka lakukan.

 
              tt.
Mohamad Ezam bin Mohd Nor
Ketua Pergerakan Pemuda
Parti KeADILan Nasional