KE MANA PERGINYA UNDI POS TENTERA?

Terlalu banyak cerita dan laporan ketidaktelusan dan penyelewengan pentadbiran Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). SPR sebenarnya tidak terlepas daripada cengkaman dan penyalahgunaan kuasa oleh MahaFiraun. Kenyataan Pengerusi SPR Omar Mohd Hashim bahawa SPR adalah satu badan yang senentiasa bebas dan tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak adalah begitu takbur. Bagaimana rakyat mahu mempercayai kebebasan SPR kerana tingkah-laku dan perlaksanaan dasarnya tidak mencerminkan satu badan yang bebas.

“Apa yang berlaku adalah di luar kawalan kami (SPR). Pengundi-Pengundi tentera dan isteri mereka membuat pengundian dan memasukkan ke dalam peti undi”, komen Omar. Kenyataan sebodoh ini tidak seharusnya datang daripada seorang Pengerusi Pesuruhanjaya yang mempunyai tanggungjawab dan amanah terhadap masa hadapan negara. Sikap sambil lewa begini akan
menghakis lagi kepercayaan rakyat terhadap SPR.

Mungkinkah undi pos diselewengkan dengan pengundi-pengundi hantu? Jadi ke mana perginya peti undi tentera? Pada pilihanraya yang lepas, peti undi tentera disimpan di lokap polis sehingga pengiraan undi dijalankan. Kalau Ketua Polis Negara boleh belasah DSAI di lokap dalam keadaan tangan digari dan mata ditutup sememangnya rakyat sukar mempercayai peti undi tadi selamat.

Baru-baru ini beberapa peti undi pilihanraya 1995 dijumpai di kem tentera di MINDEF. Peti-peti ini masih disita dan kertas-kertas undi di dalamnya tidak terusik. Besar kemungkinan peti-peti undi ini adalah sebahagian daripada peti undi tentera yang sengaja disembunyikan? Persoalannya, kertas undi daripada tong mana digunakan semasa mengira undi tentera? Maklumat ini datangnya daripada seorang pegawai kanan tentera di MINDEF yang boleh dipercayai. Beliau merupakan seorang Muslim yang warak dan turut memberitahu lebih 90% anggota angkatan tentera menyokong Reformasi dan meluat dengan sikap MahaFiraun.

Rakyat mahu Omar buktikan bahawa perjalanan pilihanraya akan datang dilaksanakan dengan bersih. Jangan sesekali mengeluarkan kenyataan dangkal dan berdolak-dalik dengan alasan yang tidak masuk akal semata-mata kerana mengikut telunjuk MahaFiraun. SPR wajib memastikan daftar pengundi disedia lebih awal untuk disemak, pengundi baru yang layak dan berdaftar disenarai segera sebagai pengundi dan tiada pengundi hantu. Untuk memulihkan keyakinan rakyat, pemerhati bebas
antarabangsa hendaklah dibenarkan memantau perjalanan pilihanraya nanti. Dan jangan sesekali menghidupkan semula orang mati semata-mata untuk mengundi parti sesat Umno dan BN. Menghidupkan semula orang mati adalah kerja Allah.

Omar harus ingat MahaFiraun sudah sampai ke penghujung. Setiap benda yang hidup akan menemui ajal. Kalau buah durian gugur akhirnya. Kelapa kotai jatuh ke tanah kesudahannya. Bisul akan membesar, bernanah, berpunat dan pecah juga. Begitu jugalah MahaFiraun yang ramai orang-orang tua kampung kata “Sudah gila, cuma Gila Kecil”. Tindak-tanduknya kebelakangan ini sama seperti orang gila. Menurut mereka, Allah tetap akan menghukum kedurjanaan MahaFiraun di dunia dengan beransur-ansur menunjukkan Gila Besar dan kekuasaannya akan punah pohong di akhir pemerintahan dan hayatnya nanti.
Pengikut-pengikutnya yang tidak sedar diri berkubang dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan diburu oleh rakyat dan diseret ke muka pengadilan. Omar mesti elak daripada menjadi manusia keji yang akan tercatat dalam sejarah sebagai pengkhianat bangsa kerana turut bersetongkol dengan orang gila MahaFiraun.

Lingkup!

Mat Mentalon