DR. RAIS YATIM SEORANG HIPOKRIT!

Pakar rujuk hal-ehwal politik negara Dr. Rais Yatim amat sibuk kebelakangan ini. Ahli politik veteran hipokrit ini menjadi buruan pihak TV, akhbar dan kerapkali diwawancara mengenai isu politik tanahair. Hujah-hujah beliau tidak ketinggalan dipaparkan dalam akhbar tabloid, tetapi sukar ditelan bulat-bulat. Banyak agenda-agenda terselindung di sebalik kenyataan beliau.

Dr. Rais sebenarnya ‘pakar rojak’. Tesis kedoktoran yang diperolehi dari negara yang pernah menjajah Malaysia berkisar mengenai kezaliman undang-undang penjajah iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pengkhususan beliau bukanlah sesuatu yang hebat, istimewa dan perlu disanjung. Ilmu kedoktorannya tidak memberi sebarang munafaat kepada rakyat, jauh sekali untuk mengubat penyakit kudis, cirit atau sembelit. Undang-undang ISA masih lagi kekal utuh digunakan oleh Umno Baru dan BN untuk menekan rakyat.

Bolehkah dipercayai seorang watak seperti Dr. Rais yang mengkaji segala bentuk kepincangan undang-undang zalim yang digunakan oleh Umno tetapi sebaliknya baru-baru ini semasa berceramah di Sg. Pencala, menyeru supaya orang Melayu perlu bersatu untuk mengukuhkan Umno. Apakah Umno dan BN pada pendapat Dr. Rais masih lagi releven dan wadah terbaik bagi
memperjuangkan orang Melayu-Islam? Jangan jadi seorang yang bebal dan buta dengan keadaan sekeliling dan ketidakpuasan rakyat.

Dr. Rais telah bersumpah ‘membakar jambatan’ meninggalkan Umno semasa menjejaki Tengku Razaleigh dalam Semangat 46. Tetapi sekarang menjilat ludah sendiri apabila memeluk Umno Baru semula dan sekonyong-konyong seperti Ibrahim Ali menjilat dan mengipas bontot MahaFiraun. Ku Li pun apa kurangnya. Lebih sesuai digelar Kuli MahaFiraun kerana masih kabur dan tidak nampak perkara-perkara mungkar.

Ringkasnya Dr. Rais bolehlah dikategorikan sebagai oportunis. Di mana ada ruang beliau akan turut menyelinap meronot untuk mendapat habuan. Usah diceritakan tentang perjuangan bangsa Melayu-Islam. Jangan diberi perhatian hujah dan analisa beliau. Kalau hendak dengar juga, boleh; tetapi pastikan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

Sedikit masa dahulu Dr. Rais senyap-senyap pernah bergelumang dengan satu sindikit menjual tanah di Negeri Sembilan iaitu di Felda Titi di kawasan Parlimen Jelebu dan beliau pernah menjadi YB Wakil Rakyat di kawasan ini. Sindikit ini diuruskan oleh orang gila bernama Supandi melalui syarikat Sabutan Holding berpejabat di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Supandi dikatakan bertindak sebagai proksi kepada Daim Qarun dalam urusan pemindahan dana haram antarabangsa (illegal money laundering)
untuk dibersihkan. Kononnya sekitar RM3 trillion dan beliau kerap mengadakan hubungan sulit dengan Daim Qarun. Cerita gila!

Dr. Amada M.N. dari Zencard Consortium yang berpengkalan di Jepun juga mempunyai pertalian rapat dengan Daim Qarun. Dengan kaedah 'roll-over investment' wang panas ini disalurkan kepada ahli-ahli konglomerat Malaysia semasa ekonomi dipacu dengan kelajuan menggila sehingga tahap pertumbuhan ekonomi mengelegak. Malah membingungkan dan menjadi kebimbangan pakar-pakar ekonomi. Kesudahannya meletup juga dan dalam keadaan kelam-kelibut kegawatan ramai golongan tamak ini terbakar, kudung atau hilang jari dengan hutang lapuk keliling pinggang dan masing-masing menggalas biawak hidup. Mana yang lebih tamak terpaksalah pikul lebih daripada seekor biawak. Golongan inilah yang dibela oleh MahaFiraun yang juga bercakap berbelit-belit bercabang seperti seekor <<BiawaK~<. Habis institusi kerajaan diswastakan, bank-bank
digabungkan, Petronas, Telekom, tabung simpanan rakyat PNB, KWSP, LTAT, Tabung Haji, Tabung Amanah Pencen Negara dirompak semata-mata untuk golongan ini. Lagi cerita gila!

Kalaulah Dr. Rais Yatim pernah terlibat dalam aktiviti cerita gila sebegini, memang sukar menerima pendapat  dan hujah beliau. Otaknya sama sahaja seperti Supandi dengan cerita gila 'roll-over investment' RM3 trillion milik Daim Qarun orang kesayangan MahaFiraun.

Nak percaya, percaya. Tak mau percaya sudah. Apa nak kata, kata. Tidak perlu berbahasa dengan penyagak perompak dan perosak bangsa Melayu-Islam.

Lingkup!

Mat Mentalon