JAKIM kempen untuk UMNO dikalangan Kakitangan Awam

Jelas taktik kotor UMNO yang diistiharkan oleh Dr. Mahathir tidak punyai batasan dan semakin menjadi bertambah kotor. Antara taktik kotor UMNO yang terbaru adalah menyalahgunakan kuasa dengan memperalatkan JAKIM untuk berkempen membela dan mempertahankan fahaman songsang Dr. Mahathir dan UMNO terhadap Islam.

JAKIM telah melancarkan siri ceramah di Kementerian-Kementerian dan  agensi-agensi kerajaan. Kononnya siri ceramah tersebut bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa berkaitan Islam dan cabaran Islam dalam kehidupan alaf baru.

Pada pendapat saya JAKIM bukan mengadakan siri ceramah ini semata-mata  kerana Allah SWT, tetapi JAKIM punyai agenda tersembunyi; ia-itu menjalankan kempen pilihanraya dari sudut agama bagi pihak UMNO, dan 'target group' pertama adalah kakitangan awam yang perlu dipaksa untuk hadhir kerana  sebahagian besar dikalangan kakitangan awam sudah jijik dengan UMNO.

Siri ceramah JAKIM ini diadakan sebagai "acara rasmi" dan semasa waktu pejabat. Kehadhirin kakitangan awam yang beragama Islam dimestikan. Paksaan dan ugutan perlu kerana sebahagian besar kakitangan awam sudah jijik dengan UMNO, dan sudah jijik juga dengan agensi seperti JAKIM yang dijangkiti virus mengampu Dr Mahathir.

Saya maseh belum dapat menghubungi rakan-rakan di sektor awam untuk mendapatkan maklum balas samada JAKIM telah mengutarakan "Islam ala Mahathir dan UMNO" dalam siri ceramah tersebut. Sekiranya ini berlaku maka perlulah ditentang mati-matian. Ini adalah kerana Dr. Mahathir dan UMNO, pada pandangan saya, begitu terpengaruh dengan "Old Testament" dan "New Testament" yang terdapat dalam agama Kristian; dimana hukum-hukum agama yang tidak disenangi atau menjadi penghalang kepada pencapaian kepentingan  kumpulan-kumpulan tertentu akan dikategorikan dibawah "Old Testament"
yang dianggap tidak lagi terpakai. Tafsiran-tafsiran baru serta tokok tambah, terutamanya yang menghalalkan yang haram, akan dirangkumkan dibawah "New Testament" dan diguna pakai.

Dalam pandangan saya "Islam ala alaf baru" Dr. Mahathir dan UMNO sangat mirip kepada konsep "New Testament" agama Kristian tersebut. Ini sangat berbahaya kerana perubahan dan innovasi terhadap hukum-hukum Islam yang cuba dilakukan oleh Dr Mahathir dan UMNO akan mengubah ajaran dan hukum-hukum Islam sehinggakan tidak lagi dapat dibezakan nanti yang mana dari Allah SWT, dan yang mana dari Dr. Mahathir dan UMNO. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW telah dalam beberapa hadis sahih melarang dengan keras sebarang innovasi terhadap ajaran dan hukum-hukum Islam. Islam itu sesuai untuk semua
zaman  sehinggalah hari kiamat.

Kakitangan awam yang dipaksa mengikuti siri ceramah JAKIM ini eloklah ambil kesempatan mengemukakan soalan-soalan berkaitan dengan tentangan keras Dr Mahathir dan UMNO terhadap pelaksanaan hukum hudud, dan usaha kesyaitanan
Dr. Mahathir untuk mengubahsuaikan Islam mengikut citarasa dan kepentingan beliau dan kroni-kroni, terutamanya kepentingan kewangan dan hawa nafsu beliau, serta bermacam lagi penghinaan terhadap Islam yang terkeluar dari  mulut biadap Dr Mahathir yang tidak perlu saya katakan disini kerana sudah diketahui umum.

Perlu dikemukakan soalan-soalan seperti : adakah kita sebagai makhlok berhak mengubah hukuman-hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada ringgit dan sen seperti yang dilakukan selama ini oleh kerajaan Barisan Nasional? Contohnya hukuman rotan atas kesalahan berzina keatas lelaki dan wanita yang belum berkahwin yang ditetapkan oleh Allah SWT. Adakah manusia berhak  mengubah hukuman rotan tersebut yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada hukuman berbentuk ringgit dan sen? Mengapa kerajaan Barisan Nasional anggap ianya berhak meminda hukuman Allah SWT sedangkan undang-undang manusia
yang digubal di Parlimen perlu dirujuk semula kepada sumber asalnya, ia-itu Parlimen untuk sebarang pindaan?

Dan mengapa agensi-agensi seperti JAKIM dan IKIM tetap membela sebarang apa fahaman songsang dan penghinaan Dr Mahathir terhadap Islam? Tidakkah JAKIM sedar tindak-tanduk JAKIM seakan-akan menggalak orang tua keparat itu
untuk  bertambah ghairah lagi dalam menghina Islam? Kenapa JAKIM tidak takut dengan kemurkaan Allah SWT tetapi sebaliknya takut kepada kejahatan Dr. Mahathir?

Banyak lagi soalan-soalan yang boleh dikemukakan semasa menghadhiri siri ceramah JAKIM secara dipaksa itu.

Wassalam

Niat saya semata-mata kerana Allah, untuk Allah dan saya Hanya Takut Kepada Allah SWT.