Sajak

Dialog Dengan Kotak-Kotak

Kotak oh! Kotak
Apa dalam kotak?

Kotak-kotak menjawab:
Ada banyak dokumen

Dokumen oh! Dokumen
Apa dalam dokumen?

Dokumen menjawab:
Ada banyak rahsia

Rahsia oh! Rahsia
Apa dalam rahsia?

Rahsia-rahsia menjawab:
Rahsia menteri-menteri

Menteri oh! Menteri
Apa yang kamu sembunyi?

Menteri-menteri menjawab:
Rahsia rasuah kami!

20 Ogos 1999
Hassan Karim