Hadis Ke 35: 15 Perkara Yang Menurunkan Bala


Assalamualaikum,

Buat iktibar untuk semua sahabat, berikut adalah terjemahan hadis berkenaan  akhir zaman.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasullullah S.A.W bersaabda;
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada  mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. (Kronisma).
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya,
7. Dan si anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang-orang yang terhina dikalangan mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum merata tempat. (Sampai tak jumpa ayat Al-Quran larang minum arak).
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis-artis disanjung tinggi.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan, mempersendakan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi  ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.

Hadis Riwayat Tarmizi.

Malaysia kini telah cukup dengan 15 perkara seperti diatas.  Apakah kejadian  gempa bumi di Turki tidak mahu dijadikan iktibar supaya kita insaf dan  bertaubat? Atau apakah kita masih keras kepala nak tunggu Allah turunkan bala baru nak bertaubat? Wahai rakyat Malaysia !  Bangunlah dan nyatakan pendirian anda didalam menegakkan hukum Allah di Malaysia yang kita cintai.

Kepada para pemimpin Malaysia, cukuplah setakat ini dosa kamu terhadap  rakyat. Janganlah dipanjangkan kegiatan mungkar kerana kelak kamu semua akan  rugi!

Pencinta Kedamaian – ADIL4ALL