Ulasan Mingguan Meloya-22 Ogos 1999


Assalamualaikum,

Pada hari ini, 22 Ogos 1999 didalam akhbar Mingguan Malaysia, telah berlaku  kemungkaran yang ketara dimana 3 orang hamba Allah telah memberi pandangan  mereka ikut sedap hati dan pemimpin kurang pendidikan agama mereka.  Tajuk-tajuk yang ingin saya bincangkan adalah seperti di bawah:

1. “Ramai pemimpin berselindung di sebalik topeng agama Kemewahan hidup jadi  matlamat” ,
2. “Bagaimana seorang saksi boleh mensabitkan kesalahan Hukuman zina zaman  Rasullullah” dan
3. “Siapa sebenarnya memperlekehkan Al-Quran”

Tajuk 1:
a. “Perbuatan Anwar mencuri dokumen-dokumen kerajaan itu salah.  Penyiasatan  perlu di lakukan dengan segera dan teliti dan hukuman tegas terhadap mereka  yang bersalah di ambil dengan segera. Kita tidak boleh berjudi dengan kedaulatan dan keselamatan bangsa dan negara.”

Adakah benar saudara Anwar mencuri dokumen tersebut? Tahukah saudara maksud mencuri? Kalau nak tahu sila rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Semua orang tahu perbuatan mencuri itu salah.  Akan tetapi jika saudara Anwar
mengambil dokumen tersebut untuk menjadi bahan bukti kepada rakyat bahawa terdapat penyelewengan di peringkat tertinggi, adakah perbuatannya itu salah? Sesungguhnya saudara Anwar bukanlah seorang pengkhianat negara sepertimana digembar-gemburkan oleh pemimpin UMNO. Malahan beliaulah pejuang negara yang tulen dan pemimpin-pemimpin yang nama mereka didalam dokumen tersebut itulah yang SEBENARNYA PENGKHIANAT NEGARA.  Saya ingin bertanya
jika benar ini dokumen sulit kerajaan, apakah rakyat tidak berhak mengetahuinya? Jika ianya membabitkan bidang ketenteraan dan “spying”, maka bolehlah ianya dikategorikan rahsia kerajaan, tetapi jika ianya hanya dokumen yang jelas menunjukkan penyelewengan, maka ianya bukan rahsia kerajaan. BIAR RAKYAT MALAYSIA TENTUKAN BAHAWA ADAKAH INI DOKUMEN KERAJAAN ATAU DOKUMEN UMNO.

Berkenaan dengan kenyataan tidak boleh berjudi dengan kedaulatan dan  keselamatan bangsa dan negara, dimanakah letaknya agama? Mengapa tidak  mengatakan kita tidak boleh berjudi dengan kedaulatan dan keselamatan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA? Adakah kerana penyelewengan yang berlaku membabitkan  hukum Allah dimana pemimpin-pemimpin tersebut telah pecah amanah terhadap  rakyat Malaysia?  Sila jawab pertanyaan-pertanyaan diatas.

b. “Hukum Hudud juga tidak terdapat dalam Quran. Apa yang diperintahkan oleh  Tuhan kepada umat Islam ialah menghukum kesalahan dengan adil dan rahim.”

Adakah benar hukum Hudud tidak terdapat dalam Al-Quran? Mengucap saudara. Mengucap! Amatlah singkat pemikiran agama diri saudara. Adakah saudara ingin menjadi teman akhirat kelak seorang hamba Allah sebelum ini yang tidak terjumpa ayat di dalam Al-Quran yang melarang manusia berjudi? Sesungguhnya hukum Hudud itu adalah wajib umat Islam turuti dan laksanakan.  Ianya bukan hukum PAS tetapi adalah hukum Allah.  Janganlah saudara dan kawan-kawan UMNO lain  cuba memperlekehkan hukum Allah kerana buruk padahnya. Ada yang mengejek dan mempersoalkan mengapa PAS di Kelantan masih tidak melaksanakan Hudud seperti yang mereka telah canangkan. Ini adalah salah dakyah yang UMNO telah sebarkan yang mengatakan PAS hanya cakap tak serupambikin. Tidakkah mereka tahu bahawa Mahathir telah mempergunakan Parlimen untuk menghalang Kelantan melaksanakan hudud? Dan Kelantan juga diugut jika mereka menerukan Kanun Syariah (II) itu, maka MAGERAN akan dilaksanakan di Kelantan!!

Tajuk 2:
“Bagaimanapun, baginda bukan saja tidak senang dan marah, tetapi baginda  laksanakan hukuman keatas isteri Hilal bin Umaiyyah dan pasangannya.  Ini  bererti, baginda melaksanakan hukuman menyalahi yang diperuntukkan didalam  Al Quran. “

Kita mesti ingat bahawa setiap pergerakan dan perlaksanaan sesuatu tindakan  Rasullullah adalah dibawah petunjuk dan keredhaan Allah S.W.T. Rasullullah  sebagai insan yang syumul apabila melakukan sesuatu tindakan ianya adalah  dari petunjuk Allah.  Adakah saudara penulis ingin mengaitkan tindakan  hukuman liwat Anwar Ibrahim oleh Mahathir?  Jika itulah tujuan saudara, minta maaflah sebab siapa Mahathir untuk mengadili seseorang itu salah atau  tidak.  Perwatakan agamanya teramatlah jauh dari Rasullullah.  Oleh itu,  hentikanlah semua kenyataan putar-belit agama saudara yang akan  menjerumuskan seseorang itu ke api neraka.

Tajuk 3:
“…Hanya ditekankan dan harus disedari bahawa sumpah yang diizinkan itu  hendaklah sebanyak lima kali, bukan sekadar menyebut Wallahi, Wabillahi dan  Watallahi.  Yang penting, sumpah kali kelima itu hendaklah diikut serta iaitu laknat Allah akan menimpa ke atas mereka yang berdusta.”

Kenyataan diatas amatlah bagus sekali.  Rakyat Malaysia ingin benar  mendengar dan melihat Tengku Razaleigh Hamzah, bersumpah dengan Al-Quran.  Jangan lupa diakhiri ucapan bersumpah dengan kata sekiranya Tengku Razaleigh  Hamzah menipu, maka laknat Allah akan menimpa keatas MEREKA yang BERDUSTA. Buatlah secara siaran langsung supaya semua rakyat dapat menjadi saksi siapa yang benar dan siapa yang bohong!!

Kepada sahabat semua terutama sekali 3 orang hamba Allah, saya cadangkan  agar kamu semua membaca kitab Empatpuluh Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman  yang disusun semula oleh Abu Ali Al-Banjari An Nadwi

Sahabat semua, marilah kita berdoa agar Allah S.W.T menunjukkan rahmatnya keatas orang yang dikasihinya.  AMIN.
 

Pencinta Kedamaian – ADIL4ALL