BETULKAH PENSWASTAAN HOSPITAL DIBATALKAN?

Jangan terlalu percaya dan yakin dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet BN tempoh hari tentang pembatalan cadangan pengkorporatan hospital. Mesyuarat mingguan ini sebenarnya tidak memberi erti. Hanya perjumpaan gebang-gebang mengadap sembah MahaFiraun.

Menurut sumber dari Jabatan Perancang Ekonomi (EPU), pengkorporatan dan penswastaan hospital sememangnya akan dilaksanakan. “Election punya pasal ditangguhkan!”. Seorang pegawai kanan wanita yang kurang ajar dan biadap (sampai masa kami dedahkan siapa petualang ini) dihantar dari EPU untuk memberi arahan mengherdik membuta tuli petugas-petugas di Kementerian Kesihatan untuk mematuhi arahan MahaFiraun dan Daim Qarun. Mungkin keangkuhan pegawai ini menjadi-jadi naik tocang kerana terasa besar kepala membawa mandat dan misi MahaFiraun dan Daim Qarun.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, penswastaan hospital kerajaan tetap akan dilaksanakan. Kalau najis tahi pun diswastakan, inikan hospital. Pemimpin Umno dan BN yang korup mana boleh lepaskan peluang keemasan ini. Lubuk! Kalau sudah korup, komitmen hanya kepada korup; ibarat anjing memakan tahi, setidaknya dicium dan dijilat juga.

Kementerian Kesihatan secara berperingkat akan dihapuskan dan diletak di bawah Kementerian Kewangan. Satu langkah yang sungguh pelik! Ini semua angkara kepala otak pembelit Daim Qarun. Semuanya mahu diletakkan dihujung jari beliau. Bila keadaan sudah selesa dan kemarahan rakyat sudah reda mereka akan mula mengagihkan habuan kepada kroni dan
suku-sakat. Kalau tidak masakan Si Mokhzani , pemilik rangkaian hospital swasta mengawal syarikat-syarikat pembekal peralatan, ubatan dan kimia klinikal termasuk Fisher Scientific FW di mana beliau adalah pemegang ekuiti terbesar. Syarikat ini telah di pindahkan dari Singapura ke Shah Alam dan dijadikan pusat bagi pasaran Asia-Pacific oleh syarikat Fisher Scientific. Syarikat ini pun cari lubuk juga!.

Menteri Kesihatan Chua Jui Meng pembawa kuman penyakit pelik-pelik dan Timbalannya Ali Rustam gagap pula kerap turun ke padang melawat hospital-hospital kerajaan. Bukan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kesihatan dan membantu menyelesaikan masalah sesuai dengan jawatan masing-masing, tetapi asyik sibuk berkecimpung dengan tugas-tugas sebagai barua MahaFiraun mengintip petugas-petugas hospital dan tidak putus-putus dengan dendam kesumat mengarahkan pertukaran doktor-doktor ke pedalaman. Paling diminati ialah daerah pedalaman Sarawak dan Sabah.

Pesanan kepada rakyat Malaysia. Jangan terpedaya dengan janji yang keluar dari mulut busuk MahaFiraun dan barua-barua di bawah jagaannya. Hospital kerajaan tetap akan diswastakan kalau BN memerintah. Malaysia ibarat tongkang pecah bagi suku-sakat dan kroni MahaFiraun. Habis ditelan. "Menguit sedikit semua masuk kantung mereka", kata seorang Wak sekampung dengan Zainal Abidin Sakom yang ditemui baru-baru ini.

Lingkup!

Mat Mentalon