KLCC

Saya terbaca tulisan saudara/saudari RHBR, "Kenaikan gaji tahunan 1998 Petronas hangus?" di dalam Harakah 23 Ogos 1999 dan tertarik mengenai upacara perasmian KLCC pada 31 Ogos ini.

Untuk pengetahuan umum, pihak Petronas telah melantik sebuah syarikat swasta (asing?), Carlson & White, untuk menguruskan perasmian yang serba canggih ini. Sangat pelik kerana Petronas sendiri mempunya pekerja-pekerja yang amat mampu mengendalikan projek seumpama ini tetapi Carlson & White pula yang dipilih.  Adakah pihak Petronas takut atau tidak yakin dengan kakitangan mereka sendiri?

Saya menggesa pihak media alternatif membuat liputan besar2an perasmian ini.  Adalah dipercayai kos pembinaan pentas sahaja sudah mencecah RM7 juta.  Ini belum termasuk pancaran laser, skrin (di pasang di antara kedua2 menara)dan banyak lagi.

Untuk memeriahkan lagi suasana, kakitangan Petronas yang terpilih sahaja dibenarkan duduk di pentas.

ORANG DALAM