Teka-teki Tarikh Pilihanraya !!!

Saya sekadar ingin berkongsi pandangan.  Banyak pihak membuat ramalan p-raya akan diadakan dlm. bulan September kerana Kawalan Modal akan ditarik balik menyebabkan ekonomi mungkin akan merosot setelah pelabur asing mengeluarkan dana mereka.

Satu lagi faktor ialah kes perbicaraan DSAI, sepertimana yg. diramalkan oleh tertuduh sendiri beberapa minggu yg. lalu, p-raya akan diadakan sebelum beliau sempat membela diri.  Mereka akan menggunakan hujjah2 pendakwa untuk membantu memenangkan kerajaan yg. memerintah.

Kini, kes pendakwa telah ditutup dan Hakim A.J. akan menentukan pada 6 September sama ada terdapat kes ‘prima facie’ terhadap  DSAI yg. mana beliau akan dipanggil utk. memebela diri.  Juga berkenaan dengan kes Tan Sri Rahim Noor yang telah ditetapkan untuk didengar pada 20 September (kalau tak silap).

Berdasarkan kepada senario di atas, mungkin p-raya akan diadakan antara 7 - 20 September.  Mungkin juga pada 7 September di mana Hakim A.J. akan mengatakan terdapat kes ‘prima facie’ ke atas DSAI yang menunjukkan pendakwa mempunyai bukti yang kuku, ‘beyond reasonable doubt’ - maka esoknya rakyat pun membuang undi.  Teringat kepada berita-berita saat terakhir sebelum mengundi seperti keluarnya gambar KULI memakai tanjak Kadazan yang ada tanda salib (padahal Dr. M juga pernah memakainya) dan sebagainya.

Sama-samalah kita tunggu saat yang dinantikan untuk kita jadikan Dr. M sebagai Ketua Pembangkang.

Sekian, Wassalam.