ANGGOTA TENTERA TAK TAKUT UGUTAN
 
Kami ingin merujuk kepada kenyataan amaran yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Fadzil Che Wan melalui berita TV pada 22/8/99 dan pada 23/8/99 melalui surat khabar The SUN. Saya percaya kenyataan ini adalah kenyataan amaran pertama yang dikeluarkan oleh menteri tersebut untuk pengetahuan umum, tidak sebelum ini, amaran hanya dikeluarkan diperingkat Kementerian Pertahanan sahaja kepada anggota-anggotanya. Timbalan Menteri tersebut dengan tidak
secara langsung telah mengeluarkan amaran kepada semua anggota tentera dimana tindakan akan diambil keatas mana-mana anggota yang terlibat menentang  kerajaan.

Kenyataan ini adalah terlalu umum kerana apakah anggota tentera juga diminta supaya tidak menentang kerajaan yang berlaku zalim kepada rakyat. Apakah maknanya slogan yang pada satu masa pernah dilaungkan oleh ATM bahawa Tentera Untuk Rakyat. Pengorbanan anggota tentera bukanlah untuk mempertahankan pemimpim-pemimpimnya (tambah-tambah lagi yang zalim) tetapi pengorbanan anggota tentera adalah untuk rakyat sebagai amanah yang telah diberikan oleh Allah Swt. Kepada anggota tentera janganlah kita sia-siakan pengorbanan kita yang murni ini yang diredhai oleh Allah Swt kepada satu pengorbanan yang sia-sia sekiranya kita bersekongkol dengan pemimpin yang zalim.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri ini cuba diputarbelitkan, anggota tentera juga sepertimana orang awam yang lain, tidak sekali-kali menentang kerajaan, tetapi menentang pemimpin yang zalim. Pemimpin datang dan pergi tetapi kerajaan tetap sediada walaupun seribu tahun lagi, hakikat ini perlulah diterima oleh Timbalan Menteri ini. Anggota tentera tidak mudah diugut dialaf baru ini. Kalau dulu anggota tentera mungkin tidak mempunyai masa yang terluang untuk bersama-sama rakyat kerana sibuk dengan tugas-tigas operasi menentang kominis, tetapi kini anggota tentera telah kembali bersama rakyat.

Kami anggota-anggota tentera yang prihatin dengan keresahan rakyat tidak mahu ATM menyebelahi mana-mana parti politik,
kita seharusnya  bersikap neutral, kita perlu lebih prihatin kepada kehendak rakyat dan bukan kehendak sesetengah pemimpin parti politik yang cuba hendak mengekalkan kuasa kuku besi mereka. Suka kami maklumkan kepada rakyat bahawa 90% anggota-anggota tentera yang masih berkhidmat adalah bersama rakyat dan 99.9% bekas-bekas tentera menentang pemimpin yang zalim.

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!.

Teruskan Perjuangan

MP