KINI
demi keadilan, kemajuan, perpaduan
Isu No. 16 – 23 Ogos 1999

Parti Alternatif Tidak Ketandusan Pemimpin
Parti-parti alternatif tidak ketandusan pemimpin seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh parti-parti alternatif itu adalah kerana Anwar telah dizalimi. Anwar telah menjadi mangsa konspirasi.

Anwar telah diseksa semasa dalam tahanan. Dia diaibkan dengan tuduhan-tuduhan yang direka. Kini dia dibicara lagi setelah dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun. Anwar dibicarakan oleh sistem kehakiman yang tidak adil. Kerana itulah banyak pihak yang bersimpati dengannya.

UMNO Ketandusan Pemimpin
Yang ketandusan pemimpin ialah UMNO. Teruknya UMNO kalau terpaksa bergantung kepada loyar buruk seperti Ibrahim Ali.

Mahathir sudah jadi Presiden UMNO lebih 18 tahun. Dia berkata dia belum boleh turun sekarang kerana tiada pengganti yang sesuai. Maknanya Timbalan Perdana Menteri yang ada sekarang bukan orang yang sesuai pada pendapat Mahathir.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri yang ada sekarang diberi gelaran Mr Clean, tetapi itu tidak layak bagi Mahathir untuk jadi Perdana Menteri. Mungkin ada kriteria atau ciri lain untuk menjadi orang yang boleh menggantikan Mahathir Mohamad., pastinya jangan ‘clean’.  Peranan Mr Clean hanya untuk pancing undi menjelang pilihanraya; lepas itu, orang lain yang ‘lebih sesuai’ akan gantikannya.

UMNO sekarang sedang membekukan proses pemilihan pemimpinnya. Dari semua peringkat parti, dari Majlis Tertinggi hingga ke peringkat cawangan, semua pemilihan ditangguhkan. Ertinya, pemimpin-pemimpin UMNO sekarang sudah expired. Sudah luput tarikh guna pakai. Kalau barang makanan, barang-barang yang sudah luput tarikh sewajarnya dibuang saja.

Pemimpin UMNO Tidak Dipilih Ahlinya
Tengok saja dalam Majlis Tertinggi UMNO. Sejak 1996, jawatan Presiden UMNO Mahathir menangi kerana ada usul sebelum perhimpunan supaya tiada pertandingan untuk jawatan itu. Kerana penangguhan pemilihan, kekosongan terus berlaku dalam jawatan Timbalan dan Naib Presiden UMNO.

Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana sokongan ahli-ahli Bahagian UMNO dari seluruh negara - telah dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO dengan sewenang-wenang. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menjadi Naib Presiden UMNO, diberi tugas khas menjalankan kerja Timbalan Presiden UMNO.

Satu lagi jawatan Naib Presiden dipegang oleh Tan Sri Muhamad Taib. Sampai sekarang, kedudukannya tergantung tak bertali. UMNO segan hendak terima pemimpinnya yang menghadapi tuduhan rasuah, di samping kes perbicaraan kerana bawa wang lebih dua juta dalam beg di Australia.

Satu lagi naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi meletak jawatan.  Maka, hampir separuh daripada pemimpin UMNO tertinggi yang pernah dipilih sudah ‘kehilangan’.

Parti-parti Alternatif ramai Pemimpin.
Terdapat ramai tokoh yang boleh menjadi menteri dan Perdana Menteri. Kalau orang seperti Ibrahim Ali boleh menjadi Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang dan mahkamah, terdapat ramai orang dalam parti alternatif yang jauh lebih baik kelayakan mereka daripada Ibrahim Ali untuk memegang jawatan dalam kabinet.

Krisis politik sekarang telah menyebabkan ramai golongan intelektual, teknokrat dan profesional, terutamanya daripada orang Melayu, memihak kepada parti-parti alternatif.  Ramai yang telah diterima ke dalam barisan pimpinan parti masing-masing. Jadi kelihatan banyak tenaga baru dan darah baru dalam parti-parti alternatif. Ketika UMNO kelihatan ketandusan dan kelesuan pemimpin, parti-parti alternatif kelihatan segar dan dinamik.

Mahathir CEO Skim Cepat Kaya
Parti-parti pembangkang tidak terlibat dengan skim cepat kaya. Sebaliknya, UMNO dan BN yang menjadi penaja skim cepat kaya. Dr Mahathir Mohamad pula bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) skim tersebut.

Nepotisme dan kronisme adalah versi terkini skim cepat kaya. Anak-anak Mahathir - seperti Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina - semuanya sudah kaya-kaya. Kebanyakanya jadi jutawan belaka kerana daddy-kasi, bukan dedikasi. Anak-anak Mahathir menguasai lebih 200 buah syarikat. Mirzan ada syarikat perkapalan. Petronas terpaksa keluarkan wang RM1.8 bilion untuk selamatkan hutang Mirzan supaya tak jadi bangkerap. Supaya Mirzan tidak muflis. Ini untuk mempastikan skim cepat kaya anak Perdana Menteri tidak gagal.

Ling Liong Sik pun macam Mahathir. Dia juga terlibat dengan skim cepat kaya. Anak lelakinya yang berumur baru 27 tahun sudah memiliki harta berjumlah RM 1.7 bilion. Puncanya kerana daddy-kasi, bukan dedikasi.

Daim Zainuddin adalah contoh individu paling berjaya di bawah skim cepat kaya tajaan Mahathir. Harta terkumpul Daim berbilion-bilion ringgit. Daim pernah mengaku dia berjalan tak bawa cash (tunai). Maknanya dia bawa kad kredit saja. (maklumlah orang kaya…)

Rafidah Aziz satu lagi contoh kejayaan skim cepat kaya. Dia beri saham kepada menantunya sendiri supaya jadi kaya. Mudah saja dia beri saham itu kerana dia jadi Menteri yang jaga pengagihan saham kepada Buimputera. Dia beri 1.5 juta saham dalam Leader Universal Holding Bhd dan 4,173,910 unit saham FACB kepada Fazrin Azwar Bin Mohd Nor, iaitu menantunya. Ini skim cepat kaya paling ekspress. Bukan kerana dedikasi tetapi mummy-kasi.

Tamat

Para penerima diminta mencetak, menyalin dan mengedar Kini, terutamanya kepada mereka yang mungkin berminat. Kami juga menghendaki alamat e-mail supaya dapat mengirim risalah harian ini secara langsung.

Terima kasih atas kerjasama anda.


The MALAYSIAN
justice, progress, unity
Issue No. 22 – 23 August 1999

Alternative Parties Reject BN Government Bank Merger Proposal
In a joint press conference yesterday, the Barisan Alternatif categorically rejected the Barisan Nasional (BN) Government’s recent bank merger proposal, and will abandon the scheme if it secures a mandate from the Malaysian electorate in the forthcoming general elections.

The BN government’s scheme to forcibly merge the existing banks and financial institutions into six larger banks was characterised as irresponsible and ill-conceived.

While recognising the need for banking system consolidation in the face of imminent financial liberalisation, the Barisan Alternatif is opposed to the means by which the authorities are approaching the problem.

For market-based incentives
“While market forces alone cannot be relied upon to achieve and protect our national interests, we favour market-based incentives  to induce Malaysian banks to serve the best interests of the nation, the public as well as balanced and sustainable economic growth,” said Dr Wan Azizah, speaking for the coalition.

She said that government should also work to ensure that the Malaysian financial system better serves national economic priorities and the people’s financial needs rather than simply adjust to globalised banking, whose shape is far from being inevitable.

The Barisan Alternatif also rejected the non-consultative and authoritarian approach to public policy matters and noted that there has not been any convincing rationale for the BN government’s specific proposals.

“The six bigger banks envisaged have been seemingly arbitrarily dictated by the authorities with little attempt to persuasively convince stakeholders of the scheme’s superiority and real merits, besides allaying genuine concerns about its deficiencies and adverse consequences,” the statement noted. “There is no evidence that the larger banks will be better able to deal with the challenges ahead since not all problems can be overcome with some economies of scale, especially since the envisaged banks will still be puny by international standards.”

Dr Wan Azizah also stated that some of the groupings and lead banks envisaged suggested that at least some of the forced mergers are likely to fail, thus worsening the Malaysian financial system’s already weakened condition.

She pointed to the cultural, institutional and personnel incompatibilities as well as the poorly conceived incentives offered, which cannot motivate all the stakeholders concerned to ensure successful mergers. The coalition also noted that before and during the recent banking crisis, most of the smaller banks fared relatively better than the larger banks.

In the wake of the likely problems, foreign banks will probably become more dominant in the Malaysian banking sector as they are best placed to take advantage of the likely uncertainties due to the adverse consequences of the ill-conceived bank merger proposal.

A multi-tier system
Outlining the Barisan Alternatif’s approach, Dr Wan Azizah said, “Instead of the dictated mergers to be agreed upon in such a rush, we favour the development of a multi-tier banking system, in which different size banks would co-exist and complement one another.”

She noted that there is considerable evidence that many smaller local or regional banks continue to serve their clients and the economy more effectively than impersonal larger banks, and pointed to the many successful multi-tier national banking systems in other countries as evidence of the viability of such systems.

As to how it could develop, the coalition favoured a “voluntary evolution of such a system in this country, considering the history and recent strengths and weaknesses of Malaysian banking.”

“We believe that a voluntary process is the best means to ensure that the interests of all stakeholders are adequately protected,” added Dr Wan Azizah. “The merger proposal rides roughshod over the interests of the owners and managers of most banks, pays scant attention to the interests of minority shareholders, and is even less concerned for the interests of other stakeholders, especially clients, customers and employees.”

Financial sector employees have taken the brunt of the recent financial crisis and are likely to suffer further from massive lay-offs and reduced pay, the statement noted.

The statement also pointed out that owners and managers of banks are aware of the major challenges looming ahead, and recognise the need to change.

At the same time, the forced nature, timing, tight schedule and insensitivity of the merger proposal does not inspire confidence that the authorities have a superior understanding of the problems, options and solutions.

Coupled with various recent failures, this has only further undermined public confidence in their ability to address the challenges faced by the banking system in particular and the economy more generally.

“There is widespread suspicion and rejection of the proposal,” the coalition noted.

Politically motivated
The Barisan Alternatif noted considerable public concern that the bank merger proposal is politically motivated, mainly to eliminate those not politically favoured by the clique currently in control, especially those believed to be associated with former Finance Minister Anwar Ibrahim.

“The bank merger proposal seems likely to further concentrate ownership, control and influence in the banking sector at the expense of the public and Malaysian economic competitiveness,” the coalition said. “In particular, there is considerable concern that the dominant clique is using the financial restructuring process, especially the bank merger proposal, to control the financial sector more thoroughly than before.”

In concluding, Dr Wan Azizah said that although the proposed bank merger is clearly motivated by the haste and greed of the politically dominant clique before an election which may undermine their political status, the Barisan Alternatif had no wish to politicise the issue.

She called on the BN authorities to immediately abandon their ill-conceived proposal in favour of the superior and fairer approach outlined in the Barisan Alternatif’s statement.

The press conference was also attended by Dr Chandra Muzaffar for Parti KeADILan Nasional, Hj Subky Latif for PAS, Mr Lim Kit Siang for the DAP and Dr Syed Husin Ali for the Parti Rakyat Malaysia (PRM).
*****
Free and fair elections?
“As far as I am concerned, elections in Malaysia are 100% free.... However, I must admit that elections are only 50% fair. It is obvious that government machinery and resources are used by the ruling party in a subtle or roundabout way much to the disadvantage of the opposition parties”

-- Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman, former secretary of the Election Commission. The Star, 18 January 1998

END

TPlease visit our Websites at:
http://berita.webjump.com/
http://kini.webjump.com/

Readers are urged to print, copy, forward and distribute The Malaysian to those who may be interested. We would appreciate receiving e-mail addresses to which we can send this daily newsletter directly. Thank you for your cooperation.