Majlis Pelancaran Se Abad Malaysia .. agenda Mahathir
 
Pihak regime BN telah merancang program besaran saperti di atas untuk turnoverkan mana mana yang di atas pagar. Di fahamkan rancangan radio 'era' jugak akan mengendalikan kegiatan ini disamping TELEKOM MALAYSIA yang bakal menjadi barua regim BN ni. Walaupun TM telah menyatakan bahawa keuntungan  syarikat telah merosot 50%, tetapi mengapa sampai sponsor 'Mahadey' ini sampai RM440,000. Ramai para artis telah dijemput agar ramai yang akan datang. Sila rujuk lampiran. Lampiran ini saya terima dari seorang kakitangan TM yang kurang berpuashati terhadap program ini.

Mungkin ramai yang akan hadir. Jika anda menghadiri nya, masa @PM berucap, elok sajelah tinggalkan majlis.

Jika tidak, lebih elok boikot saje rancangan ini.

Pergi Kubor naik bas.
Mati UMNO hidup PAS

konspirasi98

**** Lampiran ****

Assalamualaikum wbt

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

Kepada semua anggota Telekom Malaysia, sukacitanya dimaklumkan bahawa  Majlis Pelancaran Se Abad Malaysia akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Ogos 1999 ( Isnin ) jam 8.30 malam.

YAB Dato Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri  Malaysia akan merasmikan majlis ini.

Telekom Malaysia akan menjadi penaja utama untuk Sidang Video ( Video Conferencing ) YAB Perdana Menteri bersama semua 13 YAB. Ketua Menteri/Menteri Besar. Sidang video ini akan dijalankan di 14 lokasi di seluruh negeri termasuk di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jumlah tajaan adalah sebanyak RM440, 000.00.

Bersempena dengan majlis ini juga, para hadirin akan dihiburkan oleh persembahan artis-artis tempatan seperti Siti Nuhaliza, Indigo, Juliana Banos, Elite, Noraniza Idris dan ramai lagi.

Semua anggota & keluarga adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Tiket masuk percuma boleh didapati dari ( sila bawa tiket untuk cabutan nombor bertuah ):

                **** Dipadamkan ****

Tempat duduk untuk anggota Telekom  Malaysia ialah Blok 114 dan Blok 225 ( pintu masuk blok adalah dihadapan tempat letak kereta C ). Anda dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian terima kasih
 

*** di padamkan ***
 

********** Tamat Lampiran ***********