SURAT TERBUKA KEPADA PENGARAH DAN KAKITANGAN SPR

Assalamualaikum wbt.
Dato’ Tuan-tuan dan Puan-puan,

Dahulu saya pun seperti tuan/puan . Mengkagumi mahazalim lantaran Visi dan illusi lakunannya yang beraneka dan kadangkala menghamburkan airmata.Namun kini terserlah sudah segala kemungkaran dan warna-warninya yang sebenar berkat perjuangan seorang pemimpin tulin yang terfitnah dan dizalimi .Bos media terkulat-kulat melihat laman web yang sensasi dan benar-benar berani lagi terkini mendedahkan semua kudis dan pekung yang selama ini tersembunyi disebalik selendang berbagai slogan.
Ya dulu tuan/puan pun sama seperti saya tidak mengetahui.Lantas bermatian-matian memenangkannya agar visinya tercapai. Ya visinya Dan visi para kroninya banyak yang sudah tercapai. Disebalik topeng zoro Mereka merompak harta negara.Hak kita semua. Hak anak cucu kita. Kita pilih mereka dan melantik mereka untuk mentadbir negara.Mengurus harta negara sebaik mungkin. Gaji,elaun dan kemudahan mereka sudah sakan.

Penghurmatan yang kita beripun lebih mencukupi. Tetapi mereka telah menjadi pagar makan padi.Harta negara di belanja sesuka hati. Projek mega dan megah dibelanjakan dengan dana negara .Harga yang murah dilipatgandakan.Kroni berhari raya dengan keuntungan menggila.

Kita dinafikan pelajaran percuma malah IPT dikorporatkan

Kita dinafikan,perubatan percuma malah hospital hendak dikorporatkan, ( Walaupun buat masa ini dikatakan dibatalkan.Jika Mahazalim memerintah lagi ianya tetap akan dilaksanakan.Mahazalim pantang dibantah)

Kita dinafikan jalanraya percuma, malah dicukai setiap jalan.

Kita dinafikan penempatan selesa, malah ratusan ribu rakyat merempat bermalam anak beranak dirumah setinggan. Sedangkan kos kosong mahligai Mahazalim sahaja RM200 juta

Kita dinafikan bahan makanan yang berpatutan harganya malah saban hari rakyat mengeluh panjang dengan harga barangan yang menjulang-julang.

Kita dinafikan khidmat berkualiti telekom,Pos,Elektrik,Air malah Tandas pun melainkan mesti dibayar

Kita dinafikan ketelusan penggunaan dana awam seperti KWSP,Khazanah Nasional,Petronas dan Tabung Haji malah semuanya tersembunyi penuh misteri bagaimana semuanya dibelanjakan.

Kita disuruh berjimat cermat tetapi Mahazlim membina menara KL, KLCC, KLIA,  Litar Formula 1, Empangan Bakun, Cyberjaya, Putrajaya. Belanjanya berbillion. Kontraknya kroni yang dapat.Bahan banyak yang impot.

Kini Mahazalim yang telah tuan/puan yang dijuarakan telah gila.Gila Harta dan takhta. Sedemikian gila hingga sanggup melakukan segala galanya. Pantang ditegur.Mahazlim alergik pada teguran . Sehinggakan sanggup Mahazalim:

Memfitnah saudara seagama dan orang yang telah banyak membantunya dengan fitnah yang paling menjijikan. Segala kesempatan dan ruang fitnah diteruskan. Diperalatkan Media masa ,Polis dan Badan Kehakiman. BPR telah menjadi tikus basah jatuh keberas. Malah DSAI dibiarkan dibelasah secara fizikal.Kini didalam penjara di dera secara mental dan dinafikan kemudahan asas. Dilayan seperti penjenayah kejam.Mahazalim menuduh, menghakimi dan memecat DSAI dengan alasan ada bukti kukuh. Sehingga kini jelas saksi utamanya Azizan menipu semua orang hidup-hidup. Tarikh perbuatan liwat yang difitnah dipinda berkali-kali dalam mahkamah sarkas.DSAI tetap merengkok dalam penjara dihidangkan nasi berlauk ikan kering dan sayur hancur.Terpisah dengan anak isteri lantaran fitnah Mahazalim. Tidak kah tersentuh naluri tuan/puan? Dapatkah tuan/puan bayangkan penderitaanbatin anak-anak DSAI dan isterinya? Adakah hanya tuan/puan yang layak merkasih mesra dan bergurau
senda dan bermanja dengan anak isteri/suami? Inikah pemimpin agung yang masih ingin kita tabalkan semula dengan apa cara jua jenis penipuan pengundian?

Mencerca para ulamak, merendahkan amalan keagamaan,memperleceh menutup aurat,menolak hukum hudud dan menghina sunnah. Malah Rasulullah SAW sendiri dijadikan objek sendaannya.Quran hendak dikaji semula dan golongan anti hadis dilindungi sebaik-baiknya.

Membiarkan kemurtadan bermaharajalela.Ribuan orang melayu sedang memohon menukar agama.Mahazalim membisu. Kilang arak terpacak Megah . Pusat judi tertegak dipuncak nan tinggi di Genting Highland

Mengekalkan , melindungi dan membela para menteri yang kaki arak,judi, betina, Rasuah, perampas bini orang dan perogol.

Sedarlah tuan/puan akan kedahsyatan dan kemungkaran yang sedang Melingkupi kita. Mahazalim sedang merintis jalan Kamal Atartuk.Turki Moden yang anti Islam kini dibalakan dengan azab yang maha dahsyat. Ini adalah

Peringatan Allah. Jangan kita menempah bala. Sudah terhantuk baru tengadah apa gunanya?

Janganlah tuan/puan bersekongkol dengan apajua tektik jahat Mahazalim. Kami bukan suruh tuan/puan menipu agar barisan Alternatif menang.Tetapi beri kami peluang yang adil untuk mengajar dan menghapuskan Mahazalim yang menzalimi sebahagian orang dengan langsung dan kita semua secara tidak langsung. Lakukan sedaya upaya dan kemampuan tuan/puan agar keadilan
Ditegakan di Suruhanjaya tuan/puan. Kami sanjungi segala usaha dan niat murni tuan/puan. Lakukan yang terbaik dengan niat yang terbaik. Rakyat akan mengadili Mahazalim seadil-adilnya.

Tetapi andaikata

Jika setelah terserlah segala kedurjanaan ,tuan/puan masih lagi bersedia untuk ditunggangi si Mahazalim dan bersekongkol dengan Mahazalim serta menjalankan rencana jahatnya, laknat Allah dan kami semua atas tuan/puan dunia akherat.Ini  bermakna tuan /puan redha di atas segala kebejatan dan kemungkaran Nasional Mahazalim. Kami dan seluruh generasi akan tetap menganggap tuan/puan sebahagian dari pengkhianat tanah air, bangsa dan agama. Sedangkan akibat dari semua ini pun
tuan/puan dan anak cucu tuan/puan sendiri akan merasakannya. Dan di akherat bersiap sedialah berbaris di bawah panji-panji shit dan melaungkan lagu Inilah barisan kita sambil berbondong-bondong untuk ke..  berketuakan Mahazalim di barisan depan.Kali ini ia akan menangis air mata darah .Namun tiada lagi akan bersimpati.( Wallahua’alam )

ABU JANDAL –