Real UMNO

Sesiapa jua yang masih kagum dengan UMNO menuntut kemerdekaan harus memikirkannya berkali-kali. Memang tidak lama lagi 31.Ogos di mana tarikh itulah Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj melaungkan MERDEKA!, MERDEKA!, MERDEKA! di Stadium Merdeka. Sejak dari tarikh itulah pada tahun 1957 dulu maka semua rakyat diminta supaya kagum dan berterima kasih kepada UMNO kerana UMNO yang kononnya berjaya memerdekakan Malaysia dari penjajahan British. Namun, ada penilaian lain mengatakan penjajah memberikan Kemerdekaan pada waktu itu sebab UMNO saja diyakini dan menepati hati penjajah.

Walauapa pun, waktu baru merdeka dan waktu pertanian dijadikan agenda utama negara, ramai kanak-kanak sekolah menerima bayaran biasiswa, apabila meningkat dewasa, mereka yang berjaya masuk ke Institut Pengajian Tinggi diberi pula biasiswa. Itu di dalam keadaan UMNO tidak sehebat seperti sekarang. Itu kedaan pemimpin UMNO tidak seperti Mahathir di mana dia ditonjolkan dengan berbagai gelaran itu. Walaupun kerajaan miskin diwaktu itu, tetapi masih mampu membiayai anak bangsa mencari ilmu. Bahkan boleh dikatakan semua pendokong UMNO ( baru ) sekarang adalah bekas penerima biasiswa Kerajaan Malaysia di waktu dulu bahkan Mahathir sendiri pun mungkin begitu.

Kalau boleh dikatakan itu sebagai jasa UMNO, ia boleh diterima. Tetapi itu dulu, UMNO dulu tak sama dengan UMNO sekarang. UMNO dulu sudah dimatikan oleh UMNO sendiri, UMNO sekarang ialah sebenarnya UMNO yang baru berusia tak sampai 25 tahun. UMNO sekarang ialah UMNO korporat yang kaya tetapi banyak hutang. UMNO sekarang ialah UMNO yang tak lagi membiayai biasiswa bangsanya. UMNO sekarang ialah UMNO yang sudah jauh menyeleweng dari kebenaran. Boleh dikatakan semangat asal UMNO ialah di dalam Semangat 46, UMNO sekarang tidak semangat asal UMNO lagi. Tetapi apabila S46 juga mati, maka UMNO sebenarnya sudah mati. Yang tinggal sekarang ialah bukan ‘UMNO’ sebagai pembela bangsa, penyelamat agama, penjaga negara. Tetapi ‘UMNO’ sekarang ialah penjenayah bangsa, penyeleweng agama, penjajah negara.

Namun, orang yang menyokong UMNO sekarang ini ialah penyokong penjenayah, pensubahat penyeleweng ugama, talibarut penjajah. Samada mereka itu merasi atau tidak, tetapi hakikat sebenarnya sekarang ialah memang begitu. UMNOlah yang lantang mengatakan Malaysia adalah bukan negara welfare, maka biasiswa ditiadakan dan diganti dengan pinjaman. Jalan-jalan dicantikkan semata-mata untuk kutip tol, penswastaan berleluasa sewenang-wenangnya tanpa kawalan kerajaan, bahkan UMNO lebih membela mereka dari rakyat. Siapakah yang dapat laluan istimewa dijalanraya-jalanraya di sekitar Kuala Lumpur?. Kononya untuk atasi kesesakan. Adakah ianya berjaya?.

Penyokong yang masih tinggal di dalam UMNO sekarang ialah mereka yang masih lagi didodoi dan diimpikan oleh mimpi lama dulu. Padahal doidoian dan impian dulu sudah lama dikuburkan oleh UMNO sendiri. Maka yang tinggal masih totok lagi dengan UMNO ialah orang tua-tua yang sukar disedarkan. Tak keterlaluan dikatakan kalau Rasul S.A.W masih hidup dan mengajak mereka berfikir pun, mereka akan tolak Rasullullah. Begitu kerasnya hati mereka itu. Masakan tidak begitu, berbuih ulamak berdakwah pun, mereka masih lagi bersetuju bahawa politik dan agama adalah berasingan.

Bagi mereka kejayaan adalah hak UMNO saja. Mereka yang tua-tua itu sangat percaya bahawa UMNO saja kononnya yang mampu mempertahankan keamanan.Bahkan ada banyak lagi yang seumpamanya. Bagi mereka UMNO adalah untuk hidup dan untuk mati. Sebab itulah jahat macamana yang telah UMNO buat kepada bangsa, agama dan negara, mereka anggap ianya biasa bahkan ada yang menjadi lebih kagum lagi kepada UMNO kerana pemimpinnya dah disama tarafkan dengan Firaun, Qarun, Hamam-hamam dan Kamal Atartuk dan sebagainya. Beginilah betapa songsangnya fikiran kebanyakan anggota UMNO sekarang. Mahathir sendiri pun berani mengaku dia MahaFiraun, Ibrahim Ali mengaku dia bagai katak. Kenapa sampai begini tenat?.

Nak tak nak, anggota UMNO kena ingat, ada perkara boleh dijadikan bahan gurauan, dan ada benda tak boleh. Ada juga yang kata, selepas Mahathir turun tahta, hilang masalah kedurjanaan UMNO. Ini menunjukan mereka sudah tidak sokong Mahathir tetapi taksubkan UMNO. Padahal mereka lupa, mereka sampai taksub sembrono itupun disebabkan oleh Mahathir, siapakah yang kata individu tidak penting tetapi parti lebih penting?, kalau tidak Mahathir. Ini menunjukkan, walaupun Mahathir sudah tidak berkuasa, tetapi Mahathirisme itu tidak luput dari amalan dan fikiran UMNO. Amalan menyeleweng dan menyorok kejahatan itu akan ada di dalam UMNO walaupun pemimpin mereka berubah.

Ini kerana UMNO sekarang ialah UMNO Mahathir dan bukan UMNO asal yang bersetuju dengan Lord Reid itu. UMNO asal sudah mati, kalau ada lagi orang melayu yang ingat bahawa UMNO sekarang ialah serupa UMNO dulu, ingatan itu hanyalah sia-sia. Kalau ada lagi orang melayu menaruh harapan kepada UMNO untuk membela bangsanya, harapan itu adalah sia-sia. UMNO sekarang ialah UMNO angguk, senyap dan dapat habuan. Ianya serupa saja dengan Maharaja Yang Zhen di dalam Jade Drama setiap petang jam 6.30 ptg di TV3 itu.