Mahathir takut ambil tindakanů?

Melihat kepada perkembangan politik terbaru masakini dan persoalan sikap Mahathir terhadap segala pertuduhan terhadap pemimpin UMNO baik yang melibatkan rasuah, salah laku moral, salah guna kuasa terhadap Daim, Rafidah, Mahathir, Tan Sri Rahim dll maka adalah nampak jelas Mahathir belum bersedia untuk mengambil sebarang tindakkan. Mungkin kerana beliau
sendiri takutů? Mahathir sebenarnya amat berhati-hati dalam menangani isu ini. Kalau boleh cuba untuk melengahkan sebarang tindakkan yang akan diambil terhadap laporan DSAI, sikap beliau lebih kepada mendiamkan diri dari berbicara isu tersebut.  Selain sebenarnya, cuba sedaya upaya mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu itu.

Alasan sikap Mahathir bolehlah difahami seperti berikut:
1.      Kalau diambil tindakan maka adalah dipercayai tiada siapa yang akan tinggal di dalam pimpinan UMNO hari ini yang akan terselamat dari  dikenakan tindakkan hatta Mahathir sendiri terpaksa mengambil tindakkan terhadap dirinya sendiri!
2.      Beliau takut akan berlaku kesilapan kedua setelah tersilap memecat DSAI tempohari. Mereka yang diambil tindakkan kemungkinan akan membocorkan lebih banyak kesalahan pemimpin UMNO yang lain.
3.      Beliau takut akan timbul pecah belah yang lebih dahsyat di dalam UMNO. Lebih teruk dari apa yang berlaku sekarang. Ini sudah tentu akan menguntungkan BA.
4.      Sebarang tindakkan mahkamah keatas mereka yang termasuk dalam laporan polis oleh DSAI akan membuktikan DSAI berada dipihak yang benar dan Mahathir dipihak yang salah.
5.      Beliau terpaksa berusaha untuk merapatkan barisan UMNO dan menahan segala bentuk pecah belah yang lebih serious didalam UMNO. Isu pemecatan DSAI, isu wanita UMNO, isu team B vs team A, isu timbalan presiden UMNO tentu sahaja bukan isu yang boleh dipandang ringan.  Isu kemungkinan penyokong DSAI yang masih dalam UMNO akan melakukan sabotaj kepada parti UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Mahathir sebenarnya berada didalam keadaan yang sangat serba salah bak kata pepatah ditelan mati emak dibuang mati bapak. Di satu pihak beliau tertekan disebabkan desakan untuk menjawap segala tuduahan rasuah oleh DSAI dan pimpinanan barisan alternatif serta rakyat. Di pihak yang lain beliau terpaksa menjaga kepentingan kroni-kroni beliau.

Saya kira Mahathir tidak akan tunduk dengan tekanan rakyat dan pemimpin-pemimpin BA dan beliau akan cuba bertahan dan mengambil langkah-langkah desparado untuk berhadapan dengan tentangan rakyat ini. Sebagaimana Firaun cuba untuk menghapuskan pengaruh Nabi Musa dengan cuba menghapuskan Nabi Musa dan pengikutnay maka begitulah juga Mahatir akan cuba mempertahankan kerajaannya daripada ditumbangkan oleh BA dengan menekan dan menghapuskan penentang-penetangnya.

Pertarungan ini adalah sebenarnya pertarungan HAK dan BATIL yang kesudahannya sudah pasti kemenangan dipihak yang HAK dan yang benar. Pertarungan ini sudah pasti amat hebat dan kerana Mahathir yang telah lama berkuasa tidak akan mudah untuk ditumbangkan.  Apa yang Mahathir tidak sanggup buat untuk tetap berkuasa? Hatta sendainya terpaksa mengorbankan
nyawa rakyat sekalipun beliau akan melakukannya!. Saya sangat percaya Mahathir akan melakukannya kerana sudah ada tanda-tanda beliau sudah bersedia untuk melakukannya, mungkin kerana terpaksa? Atau mungkin kerana sebenarnya Mahathir memang sudah GILA paling tidak GILA KUASA.

Saya kira rakyat perlu bersedia untuk menghadapi pertarungan ini

Abu Hazim.