Lepuk-lepak 6
 
KENYATAAN KAKI PUKUL
Timbalan Menteri yang tak berjaya yakinkan Parlimen bahawa beliau bukan kaki pukul bini, Ong Ka Ting berkata, kadar jenayah bertambah di Malaysia kerana ekonomi gawat. Betul tu. Jenayah tu termasuklah Dr Mahathir bantai duit Petronas untuk anak dia. Apa nak kata, bila kepala ikan busuk, lama-lama ekor pun busuk juga.

Penarik Beca - takut terjangkit busuk

TAK SEDAR BUSUK
Kata orang, yang tak menyenangkan ialah busuk. Tetapi, yang lebih tak menyenangkan ialah orang macam Dr Mahathir, Umno dan BN yang tak sedar dia busuk. Lalu dia pun bergelandangan ke sana sini menebar busuknya. Yang bahaya ialah orang yang salah. Tetapi, yang lebih bahaya ialah orang yang tak rasa salah macam Dr Mahathir, Daim, Rafidah, Rahim Tamby Chik,
Mohtar Abdulah. Megah sungguh mereka menggedik ke hulu ke hilir. Kesian negara ini dicengkam orang-orang salah yang tak rasa salah.

Penarik Beca - takut perasan baik

BUSUK YANG GHAIRAH
Ramai terbengong-bengong kenapa ada lagi orang yang sanggup duduk dalam Umno/BN dan berketuakan sibusuk yang tak sedar dia busuk? Teringatlah kita kepada orang yang duduk dekat kandang babi. Mula-mula memanglah, nak tidur pun tak boleh disumbat busuk. Tetapi dah lama-lama duduk dekat kandang babi, rasa tak boleh lena pulak kalau tak tidur tepi kandang babi. Begitulah orang-orang Umno/BN tu.

Penarik Beca - Umno dan neraka apa bezanya?

TIKET KE NERAKA
Khabarnya, Umno/BN nak cipta rusuhan dan mengganas seperti syaitan dan kemudian tuduh pembangkang yang buat kerja jahat tu. Lengkap sungguh kerja mereka. Mula-mula rompak harta negara; bila rakyat marah, tangkap; tangkap pun orang tak takut, buat ganas pulak. Lengkap sungguh kesyaitanan Umno, dalam pada orang berebut mencari redha Allah dia bermuslihat nak berjahat dan menempah tiket ke neraka.

Penarik Beca - di mana tiket ke syurga?

13 MEI
Semua orang dah tahu, penempah tiket ke neraka, Umno/BN rancang nak buat 13 Mei yang kedua. Bila dah jadi esok, itu sah kerja Umno/BN. 13 Mei 1969 dulu, mula-mula Umno conteng poster PAS dengan kata-kata memaki Cina. Lepas tu, polis bunuh dua pemuda Cina yang dikatakan gangster. Bila Cina mengamuk, Umno pun cepat-cepat rebut peluang dan buat gila mengamuk sana sini. Kali ni, macam mana pulak rancangan mereka?

Penarik Beca - tak rancang jahat, walau tak baik

KITA TAK SALAH, BUAT APA GADUH
'Kununnya' pembangkang nak bergaduh dan merusuh. Heran pulak, pembangkang tak buat salah dan tak ada apa nak sorok, nak buat apa bergaduh dan merusuh? Pembangkang kaya dengan sokongan, buat apa gaduh? Rugilah! Yang nak bergaduh
dan merusuh ni ialah orang yang banyak salah, banyak sorok kesalahan dan bangsat dengan sokongan.

Penarik Beca - kaya dengan kemiskinan

KAYA TAK MENGAMUK
Kata setengah ahli sosial, orang kaya tak mengamuk dan merusuh. Yang suka merusuh ialah orang miskin dan tertindas. Tak tau betul atau tidak teori mereka, yang pasti kali ni ialah yang sah nak mengamuk dan cetus rusuhan di Malaysia ialah Umno/BN yang kaya dengan harta rompakan tetapi miskin bangsat dengan sokongan.

Penarik Beca - miskin tak meminta