TIDAK LUNTUK PERJUANGAN ANWAR KERANA ANGKARA  MAHATHIR
 
 "JANGAN UJI AKHLAK DAN KEIMANAN SAYA" - Inilah lafaz penuh hikmah yang diungkapkan oleh DSAI yang ditujukan kepada DS Mahathir untuk membuktikan kebenaran yang didokongnya. Sebenarnya, ungkapan ini hanya boleh menjadi'senjata' kepada orang yang berpegang kepada pinsip agama, jika tidak ia akan memakan tuannya semula. Senjata inilah yang telah menjadi kekuatan DSAI bila berlawan dengan helah-helah keji rejim Mahathir untuk menyingkirnya dari menjadi kepimpinan negara.

   Siapa sangka DSAI sangka sanggup untuk tidak bergelar TPM dan bersedia membela diri bila Mahathir memberi kata dua kepada beliau pada 2 sept 998 yakni " awak dipecat" dan "dimalukan". Keputusan DSAI yang sanggup dipecat walaupun dimalukan itu menunjukkan beliau lebih sanggup dari meletakkan jawatan dan semua kes pertuduhan yang dibuat ke atasnya
didiamkan. Ternyata keputusan beliau itu melambangkan beliau bukanlah seorang yang kemaruk kuasa dan penakut.  Sebagai seorang yang punya idealisme dalam perjuangan, beliau sedikitpun tidak berasa gentar untuk beradu prinsip dengan Mahathir.

   Siapa yang sanggup menerima penghinaan secara besar-besaran bahkan terancang?? Apatah lagi jika perancangan itu dibuat oleh pemimpin peringkat tertinggi! Namun DSAI sanggup menerimanya, kerana beliau tahu bagaimana untuk bersilat di gelanggang pendekar-pendekar bacul. Malah DSAI lebih bersemangat dan yakin kerana di belakangnya ada rintihan-rintihan rakyat yang mahukan pembelaan. Apakah persediaan DSAI sebenarnya, sedangkan beliau tidak punya harta seumpama Qarun dan bala tentera seramai tentera Firaun. Yang menjadi rahsia perjuangan DSAI sebenarnya adalah rohani yang menghamba hanya kepada Allah. Kekuatannya adalah kerana beliau berpegang pada tali kebenaran. Memang beliau tahu akan diserang habis-habisan oleh Mahathir dalam usahanya menegakkan kebenaran kerana beliau maklum apa sahaja penghinaan terhadapnya telah diatur rapi oleh oleh pasukan perancang yang sanggup melakukan 1001 macam kerja-kerja kotor untuk menewaskannya.

    Kita cukup bangga punya pemimpin bernama Anwar. Apa yang berlaku pada beliau menjadikan dirinya sebagai Pemimpin Melayu yang teruji dan pencetus sejarah keadilan buat Malaysia. Pengiktirafan ini bukanlah berbaur sentimen. Namun untuk melihat kepada paparan peristiwa kebangkitan umat untuk bersama-sama dalam perjuangan DSAI. Tidak seperti tafsiran Mahathir terhadap rakyat Malaysia yang bagi DSAI bahawa "RAKYAT BUKAN BODOH". Memang rakyat Malaysia berilmu, mereka faham sedikit sebanyak agama sebab itu mereka menganggap apa yang diperlakukan kepada DSAI adalah suatu penghinaan kepada agama Islam. Maruah manusia juga direndahkan bila isu seks luar tabii digembar-demburkan dalam media malah mudah pula dituduh kepada insan yang bernama Anwar ini.

   Lihat sahaja bagaimana mereka bersama-sama bersimpati, berkorban, berjuang untuk insan teraniaya bernama Anwar itu. Jika benar DSAI punya masalah moral mustahil beratus ribu orang berhimpun bersamanya untuk mendengar bicaranya. Mereka datang bukan jasadnya sahaja tetapi membawa bersama perjuangan; ada diantara mereka yang syahid (dibelasah polis) dipukul, ditangkap, diberi amaran dan diugut. Seandainya DSAI adalah pemimpin biasa perkara ini tidak akan berlaku. Ini adalah kerana DSAI adalah PEJUANG TULEN yang sanggup terkorban kerana rakyat. Alhamdulillah, DSAI tidak meninggalkan rakyat yag penakut. Beliau telah mewariskan keberaniannya; maka tidak hairanlah rakyat sudah semakin
berani menegur kezaliman Mahathir yang dengan wewenangnya melakukan keganasan untuk mempertahankan monarkinya.

   Meneladani peribadi DSAI dan menolak peribadi Mahathir adalah satu tugas kita sekarang. Kita tidak mahu mengorbankan DSAI. Penentangan Mahathir terhadap misi perjuangan DSAI tidak boleh dimenangkan begitu sahaja. Kita tidak boleh berdiam diri dengan pengorbanan DSAI. DSAI sanggup dipecat kerana KEBENARAN, KEADILAN DAN KEBEBASAN untuk masa depan ummat. Mahathir pula sanggup memecat kerana KEBATILAN, KERAKUSAN NAFSU DAN KETAMAKAN KUASA demi anak-anak, suku-sakat dan kroni-kroninya.

   Sokongan kita kepada perjuangan DSAI adalah krana beliau menghormati KEINSANAN dan kita menolak Mahathir kerana KEBINATANGAN. Suatu ketika Mahathir berkata penggantinya nanti tidak semestinya warak. Kenapa??
Kerana kewarakan seseorang menjadikan Mahathir tidak senang berbuat dosa. Jadi adalah lebih baik bagi Mahathir melantik orang yang profesional dalam bab-bab dosa ini agar mereka senang melakukan dosa..,
                      DAN MAHATHIR AKAN MENJADI KETUANYA..
 

Wassalam,

Refomis Sabah