RUSUHAN YANG TERANCANG OLEH MAHATHIR

Abu Jahal pernah terjatuh didalam lubang yang digali untuk memerangkap Rasulullah saw. Mahathir kini sibuk menggali lubang-lubang perangkap untuk memerangkap Barisan Alternatif. Semasa taklimat kepada petugas pilihanraya di beberapa tempat di utara Perak langkah menghadapi rusuhan di bentangkan oleh SPR. Seakan-akan rusuhan sudah pasti akan berlaku.
Ya memang akan dilakukan sesuai dengan tajuk pilihanraya “ PILIHANRAYA TERKOTOR”. Rusuhan ini akan berlaku di banyak pusat mengundi. Mahathir akan menggunakan tektik terkotornya dalam pilihanraya ini. Ianya akan dijadikan mimpi ngeri bagi rakyat yang tidak berdosa. Bagaimana ?

Langkah pertama ialah dengan mencanangkan insiden yang bakal berlaku.BN akan menggunakan media propaganda menyediakan minda rakyat dengan   “hura hara” yang akan di cetuskan oleh pembangkang. Dan memang ianya jelas nampak seperti dicetuskan oleh pembangkang jika tektik perang saikologi BN berjaya. TEKTIK INI LAH YANG MESTI KITA
FAHAMI.

Cuba lihat kejayaan yang telah BN perolehi dengan tektik ini pada tahap Level 1 di Terengganu. Pemuda UMNO bermotosikal dengan berpakaian logo PAS dan berbenderakan lambang bulan secara berkumpulan mengelilingi bandar KualaTerengganu. Mereka berlagak sombong. Menendang kereta-kereta orang ramai. Ini membuatkan orang ramai yang silap sangka marah kepada PAS dan menyebarkan berita ke”biadap”an Pemuda PAS. Sebenarnya ini cumalah jerat ! Esoknya perarakan serupa dilakukan dan kali ini di ikuti oleh ratusan penyokong tulen PAS ! Jelaslah Pemuda PAS angkuh dan berlagak walaupun belum menang pilihanraya. Imej PAS rosak teruk.

Kali ini tektik ini akan dilakukan seluruh negara pada tahap level 3 !Cara nya amat teramat licik. Senarai daftar pengundi kini dimasukan dalam CD ROM. Di lokasi yang ditetapkan ramai pengundi Alternatif yang dikenalpasti akan DIHILANGKAN nama dari senarai. Mereka akan terpinga-pinga dan terkejut,kecewa dan marah pun ada . Di saat ini ahli UMNO yang
berpura-pura masuk Parti Alternatif dan berpakaian berlambangkan Alternatif akan main jarum. Mereka  amat“MERADANG “. Kununnya SPR tidak ADIL . Hamba Mahathir.Penipu.Tidak Adil ! dan mula bertindak ganas.Jika jerat ini mengena ahli Alternatif tulin akan terikut-ikut dan jelaslah rusuhan akan berlaku dengan lebih agresif. Media eletronik yang memang telah disiapkan akan beroperasi merakamkan rusuhan Itu. SB yang menyamar akan bertindak ganas. Bayangkan jika senario ini berlaku di berpuluh tempat seluruh negara. Mahathir akan mengishtiharkan Darurat ! Tersiar di TV , Radio dan Akhbar lengkap dengan gambar insiden . Mahathir akan berkata “ Bukankah saya dah katakan ini semua angkara pembangkang?”

Oleh yang demikian apa yang mesti dilakukan ialah:

1. Barisan Alternatif MESTI mempunyai pasukan POLISnya sendiri di SEMUA Pusat pembuangan undi semasa pilihanraya untuk membantu polis yang akan ditugaskan pada bilangan yang sedikit di lokasi yang telah ditetapkan. Awas perusuh upahan mungkin bersenjata.

2. Barisan Alternatif MESTI meletakan seorang peguam yang bertugas dan akan membuat lapuran dan bantahan jika nama kita tidak tersenarai.

3. Barisan Alternatif mesti memasang sepanduk JANGAN TIMBULKAN HURU HARA dipondok petugas dan dibaju parti masing-masing. Sentisa ingatkan  antara satu sama lain kemungkinan yang timbul. Pastikan semua pengundi Alternatif pulang sebaik sahaja membuang undi.

4. Pemimpin Barisan Alternatif hendaklah memastikan bahawa keciciran nama pengundi ini tidak berlaku. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan SPR lengkap dengan peruntukan dan sistem komputer canggih?

5. Barisan Alternatif mesti mempunyai pelan tindakan sulit untuk menghadapi Senario jika terberlaku juga insiden yang dirancang oleh Mahathir tersebut.

6. Semasa ceramah alternatif, minda rakyat mesti dibentuk akan Pelakon sebenar cerita” PILIHANRAYA TERKOTOR” ialah dari BN.

7. Penyokong Barisan Alternatif dan petugas hendaklah menyiapkan Video kamera dan kamera untuk merakamkan sebarang insiden yang tidak diingini.

8. Apa yang menyulitkan ialah banyak pusat mengundi akan di blackout dan komputer tidak boleh beroperasi. Penipuan tahap lain pula akan dijalankan.Sediakan generator sokongan dan  peralatan sesuai agar rancangan jahat  ini dapat dipatahkan. Ingat.semasa mengira undi pun ada kejadian blackout dan kemenangan memihak kepada BN !

9. Cetak artikel ini dan sebarkan dipusat pembuangan undi dikalangan ahli parti Alternatif.

10. Berdoa agar Allah gagalkan apajua rancangan jahat mereka.

Sekian rahsia sulit yang dapat saya dedahkan dari perancangan sulit Mahathir Penerbit, Pengarah dan pelakon utama filem “ PILIHANRAYA PALING BURUK DALAM SEJARAH”

ABU JANDAL ~ Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan.